Thursday, July 11, 2013

iftar day 1

Assalamualaikum


menu berbuka semalam. mee goreng, tauhu sumbat dan karipap sardin. semua home cook.
aku pergi bazar petang semalam, tapi tak beli apa-apa. hahaha syabas *tepuk bahu sendiri*
kalau tak, memang ntah berapa jenis la aku rembat. huhuhu
semalam pergi bazar klebang yang dekat pantai 1 Malaysia tu. tak banyak pilihan.
nak pergi bazar masjid tanah. tapi ku sudah mengerti lautan manusia di bazar itu bagaimana ghupenya
nak beli kuih talam kegemaran. huhu takpe lah lambat-lambat sket
awal-awal ni memang padat




hari ni Melaka hujan lebat alhamdulillah. sahur dengan hujan sejuk wooooo
Lepas sahur tak tidur dah. Layan ibu mertuaku kat astro jap. Hahaha
Siap-siap p kerja. Nak gerak awal sebab hujan. Faham sangat kalau hujan sahih jammed kat sungai udang dengan klebang tu
sekali memang jammed. wuwuwuwu
padahal keluar rumah pukul 7.10am kot. Gila punya awal. Macam cikgu nak pergi sekolah
Sampai office 8.15am. Jammed tak boleh blah Klebang. Sakit jiwa akak

Pic takde kaitan. Sukahati nak camwhore. Dah lama tak perasan jelita puihhhhh hahaha
okebai


lets klik !!

7 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

kat sini pun hujan sahur tadi ... grrrr...grrr...stress je nak bangun sahur ..huhu

Kakzakie said...

Alhamdulillah selamat sudah sehari puasa ye Lya. Ujian org berpuasa tu pepagi hari dah jem..

atty's said...

kat bangi pun dari awal pagi hujan .. lor ni still sejuk lagi nie.

JaSSNaNi said...

sedapnya menu.. tauhu sumbat, karipap.. mee goreng.. semua suka.. nyam nyam... semalam akak masak koew teow goreng je.. yang lain lauk2 abang yg masak.. sbb fiyya dah ngamok..

fairus said...

MAKANAN NAMPAK SIMPLE DAN MENARIK.. TENTUNYA SEDAP..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak smlm pun goreng mee jugak.. opss.. bkn akak yg goreng tp mr. husband.. hehe.. akak cuma msk gulai perut + lobak putih aje utk lauk sahur.. pastu mlm sebelumnya sempat akak buat puding roti.. itu je rezeki kami smlm.. bazar belum singgah lg.. malas nak bersesak dgn org ramai awal2 puasa ni..

Knor said...

selamat beribadah dan berpuasa ramadhan karim