Thursday, July 4, 2013

mandi laut dan kene attack dengan obor-obor

Assalamualaikum

Ahad lepas kami semua kaum kerabat keluarga yang ada kat rumah tu pergi mandi laut
Early morning masak nasi lemak, sambal bilis nak bawak ke pantai. 
Malam sebelumnya rebus ketupat, nak makan dengan leftover kenduri punya kari itik
And bawak kek batik se-tray yang aku buat malamnya

Mula-mula tengok pagi ahad macam nak hujan je. Siap bunyi guruh. Tapi si kecik-kecik anak-anak buah semua dah buat barisan kat luar rumah, termasuk si besar ini hahahaha. Hujan tak hujan. Pergi jugak. Sampai-sampai terus cop pondok. Nanti mak-mak pak-pak nak duduk kan

Tunggu mak-mak pak-pak sampai. Terus apa lagi, kasi terjun dalam laut. Huahuahua okey buruk perangai. Sampai lupa bukak rantai dengan gelang. Mak aku memang hangin je kalau mandi laut tak bukak rantai ke apa ke. Takut hilang. Sebab dulu masa kecik pernah hilang cincin ok -_-





seronok mandi ramai-ramai. air sejukkk je pagi tu




selit jap kek batik iols buat malam sebelumnya. Dari rengekan anak-anak buah maka terhasillah kek batik 10 minit ini. Kasi lebur semua dalam periuk (except biskut). Budak-budak ni punya excited nak makan kek batik. Masa aku buat, semua pakat tengok. Hah tengok. Nanti suruh mak masing-masing buat

Aku takde kuasa nak susun cantik-cantik biskut tu. Lambat. I is malas tunggu. Kasi campak semua. Gaul-gaul




familia



masing-masing mendugong dalam laut





okey nak jadikan cerita. selepas beberapa jam berkubang dalam laut tu, masa mandi rasa gatal-gatal. gatal kaki gatal muka gatal tangan gatal semua la. masa awal-awal mandi tu takde plak.gatal kan. pastu tiba-tiba sorang anak buah aku ni naik atas darat. duduk pastu kerut-kerut muka. then some of us naik atas tengok. while yang lain still dalam air. dia cakap tiba-tiba kene sengat something, tak tau apa. tengok-tengok kaki yang kene sengat tu bengkak dan merah. pastu pupuk-pupuk dengan daun apa ntah. makcik tengokkan kaki dia. yang weols yang lain ni terus agenda mendugong balik dalam air.

pastu sorang sepupu aku ni. dia nampak something dalam air. macam plastik terapung. dia cakap dengan kami-kami semua ni. tapi dok jengah-jengah tak nampak. pastu dia cakap, "eh tu sebelah kau ! eh sebelah dia lah". nampak la benda macam plastik tu. aku pon rabun tak clear sangat. padahal benda tu dekat ok dengan kami-kami ni. sekali sorang abang sepupu aku cakap, "obor-obor!" hah berlari kau naik ke darat. while yang lelaki still dalam air. nak tangkap obor-obor la konon. amik kayu, tinjau-tinjau. then dapat tarik ke darat (pic as above). besar wehhh. ni nampak macam tak besar plak kan. padahal memang besar. siap dalam dia ada anak ketam. agaknya dia makan anak ketam ke apa ke. tapi kami pergi korek2 obor-obor tu, keluar anak ketam. haha. ok scary. nasib aku tak kene -_-

yang lawak, habis area pantai tempat kami mandi tu terus kosong. takde orang dalam air.semua naik atas darat. hahahaa. semua pakat kerumun nak tengok obor-obor. anak-anak buah aku sengal. kemain cakap "adik ingat kolagen", "aku ingatkan agar-agar". mak hanggg kolagen haha

terus terbantut aktiviti mendugong. tak pernah seumur hidup nampak obor-obor kat pantai tu. padahal dari kecik berkubang kat situ. isk isk isk how dare u jellyfish




lets klik !!

16 comments:

Acik Erna said...

assalam lya..cam tu ke rupanya acik sendiri tak pernah tengok benda ni

Cida de' Nuanza said...

alamak...x penah gak terlibat secara langsung ngan obor2 ni..
bistu gatal2 kt badan tu berapa lama baru hilang?

tp ye la...nampak mcm jelly..hihi

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

eh bahaya jugak kalau kna obor-obor berbisa tu

Kakzakie said...

Hihi... kalau kalogen sah-sah mak ngah ambil bawa balik keringkan anak-anak ooooii:)

Kelakar jugalah Lya bila mandi ramai-ramai berhenti pun serentak. Kalau tak kerana obor-obor tentu tak berhenti lagi.

redza said...

mendugong sambil ditemani obor2..best!

YanaUjang said...

seumur idup aku lak xpnh lg nmpk jellyfish..sian aku..dpt tgk pn dlm movie finding nemo..kaler pink lg okeh! T_T

Knor said...

Tak mendugonglah ye...em...

tak pasal2 obor mati di tangan manusia..he~

fairus said...

DULU MASA SAYA KECIK2 PERNAH KENA JUGAK..

fairus said...

DULU MASA SAYA KECIK2 PERNAH KENA JUGAK..

mokjadeandell said...

anak pernah kena masa kecil dulu..sampai sekarang lekat bekas.Effect obor obor ni depends on jenis dan daya tahan badan kita.Tapi phobia la sampai yang kecil pun takut hingga la ni.

Malinda said...

Dulu masa duduk kg belakang rumah ada laut selalu gak tangkap obor2 camni

Malinda said...

Dulu mase kecil selalu gak jumpe obor2 ni kat tepi laut sebab rumah dekat je dgn laut tp skrng lame gila x nampak menatang ni....

Malinda said...

Dulu masa duduk kg belakang rumah ada laut selalu gak tangkap obor2 camni

Malinda said...

Dulu masa duduk kg belakang rumah ada laut selalu gak tangkap obor2 camni

JuadahMalaysia said...

tak penah tengok obor2 ni. hebat la boleh "tangkap" dia.
he..ada rupa kolagen puniya.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

pernah gak nampak obor2.. tp saiz kecik je..