Tuesday, July 9, 2013

mohon doakan sahabat kita saudara Aziz Alvin

Assalamualaikum


Baru-baru ni dapat berita dari kawan kat facebook, seorang blogger jugak, iaitu xtionkamen. Baca kat wall dia yang kawan seblogger zaman awal-awal aku join blog dulu, saudara Aziz Alvin @ kalau tak silap nama blog dia dulu scandalcakecokelat / wilayahcakecokelat. Ni kawan blogger dari mula aku blogging dulu tapi dah tak active. Ramai jugak kawan awal-awal aku join blog dulu dah tak active.

Baca dekat wall xtionkamen tu, dia inform Aziz Alvin dimasukkan ke hospital ipoh kelmarin kalau tak silap, sebab stroke. Dan dah operate semalam (kalau tak silap) buang sisa-sisa darah dalam bahagian kepala. Semalam still tak sedarkan diri sebab kesan bius. Info ni aku dapat kat wall facebook Aziz Alvin, kawan-kawan dia share, aku baca.

So, sama-samalah kita berdoa moga beliau pulih dari ujian yang diturunkan olehNYA ini, berkat Ramadhan yang akan menjelang esok. Sama-sama kirimkan doa moga beliau cepat sembuh, sihat seperti sediakala dan sambut Ramadhan bersama isteri dan anaknya.

Walaupun kita tak pernah jumpa, aku dah anggap dia macam abang aku dari dulu, zaman kita blogging dulu. Beliau memang happy go lucky. Maaf tak dapat melawat, tapi apa-apa pon doa aku tetap bersama dengan beliau, agar sihat seperti sediakala. Amin...



Aziz Alvin dan anak beliau. Pic amik dekat facebook beliau





lets klik !!

17 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

owh...saya pun pernah follow blog dia dulu ...semoga alvin cepat sembuh...amin

Dr Singa said...

moga dipermudahkan..

NM03 said...

moga cepat sembuh

NEKCIK said...

Insyaallah semuga Allah berikn kesrmbuhannya...aamiin

wahida said...

semoga cepat sembuh hendaknya...


dear, hadiah GA aku baru pos tadi...sori ye lambat...jgn marah tau...

Kakzakie said...

Sedihnya sebab nak puasa dan raya lagi. Bersama kita mendoakannya Lya.

Kesian isteri dan anaknya.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

semoga beliau kembali pulih & sihat spt sedia kala... berkat bln yg mulia mudah2an doa dari semua teman2 dimakbulkan Allah s.w.t... amin

semoga isterinya tabah..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

owh.. lupa.. slmt berpuasa buat lya sekeluarga..

fairus said...

SEMOGA BELIAU SEMBUH SEPERTI DESIAKALA.. AMIN..

redza said...

semoga dia cepat sembuh!

tasekM said...

moga cepat sembuh.



.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

semoga beliau cepat sembuh :)

rATu kEBaYA said...

moga beliau cepat sembuh dan moga diberikan kekuatan untuk ujian yang diterimanya..

YanaUjang said...

semoga cpt sembuh!

ada sorg kazen aku lak asben dia eksiden motor..lori langgar..muka koyak..skrg br pas operate, x sedar diri..dia ada ank sorang...baya ank aku and wife dia tgh peknen lg skrg..hayoo sedih glerr...semoga dorg2 ni tabah hadapi ujian Allah...amin~

LYAfrina said...

insyallah..smoga beliau trus kuat bjuang & smoga keadaannya akan kmbali spti biasa... insyallah dgn izinNya..

salam ramadhan dr lya sekeluarga.. smoga sgala amalan kt diterimanya..amin

JuadahMalaysia said...

Alhamdulilah. beliau ada sahabat yg prihatin spti anda :-)

deno said...

semoga dia cepat sembuh.. insyaallah...