Wednesday, August 21, 2013

Apam Balik Pasar Payang / Shopping Tudung di Desa Murni / Ketupat Palas dan lain-lain

Assalamualaikum

Lump sum kan terus dalam 1 entry. Malas nak buat satu-satu. Ni pon cepat-cepat update, satgi nak keluar pergi TNB pulak ada urusan
Sempat pulak kau ye update blog !




Makanan paling wajib di beli setiap kali balik kampung. Apam balik pasar payang. Sedap sangat ! oh okey apam balik dia opkos selera timur la. manis sket. tapi boleh request nak kurang manis. dan dia pakai bijan, tak pakai kacang tanah. bau dia, omaigoddddd wangi. poksu aku siap perli "orang balik kampung cari kepok lekor dia cari apam balik" hahahaha




hoih menggoda. masa dia bakar ni, bau wangi toksah cakap. located betul2 depan pintu masuk pasar payang, dekat orang jual sayur tu kan. belah kiri





pakcik saya nak 3 bungkus tau !!3 bungkus amboi tamak ko ni




pakcik dan makcik. while waiting tu sembang-sembang lah dengan makcik tu. ramah biasa la orang meniaga. masa tunggu ni ada 1 chinese lady nak beli apam balik. teruja sebab dia speaking terengganu hahahaha

oh ye dia meniaga pagi je kot. sampai dalam pukul 11 macam tu kalau tak silap (atau sehingga hasil jualan habis). petang dah takde






oh myyyyyyyyy. ok nama je beli 3 bungkus. tapi dia kerat 4. aku ni dah lah 5 beradik. dalam kereta dah pulun makan. siap tanya adik aku "korang nak lagi ke (sedangkan dalam hati berharap dorang tak nak) hahahahahha"




jalan belah belakang sket pasar payang, area orang jual keropok-keropok, cekedis gula dan macam-macam makanan tu, pagi-pagi ada orang meniaga kuih muih, sarapan like nasi dagang, nasi minyak bla2. aku beli ni. tak tau apa nama. sedap. atas santan bawah gula merah. macam talam, tapi talam versi bonjot kon gini hehe



balik dari pasar payang pagi tu, usha mana kedai kepok lekor yang dah bukak, nak beli kepok goreng. malas nak balik goreng. haha. beli 2 bungkus. tak puas makan, esoknya beli lagi 2 bungkus, makan sarapan. hihihi




favorite, satar ! beli 2 cucuk. 1 cucuk ada 10 biji. langsai. beli dekat kedai yang sama jual kepok tu




sarapan pagi. mak lang buat laksam. nyam !!


Ni masa raya keempat kot, petangnya pergi Desa Murni Batik kat Kuala Terengganu. 



sangat banyak tudung like seriously !!! aku rambang mata. Ntah berapa kali aku pusing, aku rasa kitorang ni kat dalam desa murni mau 2 jam. sumpah rambang mata tudung murah-murah wehhhhhhhhh. ada murah ada mahal. tak cukup bajet, macam aku, beli yang murah. tapi still cantik. die die die




banyak wehh row tudung dia. mau 10 row agaknya. ke lebih. tak pasti. hahahaha. ada kain pasang jugak. tapi majoriti tudung. tingkat atas tak pasti ada apa. tak naik pulak. tapi dia banyak tudung sarung, yang jenis berlapis-lapis berenda-renda bermanik-manik berjurai-jurai. tak reti aku pakai tudung gitu




so aku beli tudung bawal sarung 2. sehelai RM 11.90 sahaja !!!



lepas tu shopping brooch. aduhaiii brooch dia tak nak pulak banyakkkkk kan. puas la aku kejap sini kejap situ kejap sana. dan murah-murah. aku beli berapa banyak tak ingat plak. banyak jugak la hahahaha



yang dalam rak tu shawl. pun banyak dan murah. RM 10 je kot. Ntah tak beli



depan ada kain pasang. cantik-cantik. tapi tak beli la. tunggu balik kampung bulan 10 nanti




ada jubah, blouse, seluar jugak. eh macam-macam. tapi tak nampak baju batik plak. tak pasti area mana




ni mak anjang buat ketupat palas untuk anak-anak buah Melaka dia ni. yang kepingin ketupat palas. siap bekal bawak balik Melaka seplastik hahaha



pulut tu mak lang yang tanak. hoih sangat sedap. lemak masin cukup. aku tak habis-habis mintak "mak lang cubit sket nak rasa". Masalahnya 10 kali mintak cubit sket, bukan sket dah jadinya hahaha



mak lang yang pantas je buat. kalau aku, boleh bagi nisbah 1:15. aku 1 maklang 15 hahaha. punya lembap baik tak payah buat. mau raya haji baru dapat makan




sedap sangat. tak payah cicah rendang ke serunding ke. kitorang makan macam tu je. terbaik. on the way Melaka - Terengganu hari tu bedal dalam kereta. kuikuikuikui

to be cont.


lets klik !!

18 comments:

Eny Yusnizar Abdullah said...

wah sedap sedap makanan kat sana... ketupat palas kalau kat kedah ni pun mkn dgn susu pekat manis pun dh layannnnn sgt :D

redza said...

sedap tu ketupat palas...

Qashmere said...

Ya Allah memang teringin nak makan sata masa gi gannu ari tu. Tapi kami pergi petang tak jumpa. Nasi dagang pon tak jumpa. Rupanya pagi pagi je ada di pasar payang tu yer. Sebab pagi kami gi jenjalan...

Dah la pertama kali ke gannu itu hari. Nanti nak pergi lagi nak ke pasar payang lagiiiiiiiiiiiiiii uwaaaaaaaaaa! Sedappppppppnye

Chot said...

bestnya kalau ddk tggu..byk makanan sedap2 dan murah...nyum2

Nieda ramly said...

desa murni yg ini di mana. nampak mcm baru lagi.?

Nieda ramly said...

desa murni yg ini di mana. nampak mcm baru lagi.?

fairus said...

AWAK TELAH MELANGGAR PANTANG SEMASA MEMBELI KUIH APAM BALIK. SEPATUTNYA SELEPAS MEMBELI KUIH TU TERUS BALIK, JANGAN SINGGAH MEMANA LAGI.. :D

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

ni balik kampung smbil JJCM la ek? heaven btol!

Wak Gelas™ said...

selamat hariraya .,eHHhee

Kakzakie said...

Makanan kakak tak tergoda sanagat Lya sebab dah puas makan sejak raya ni. Tapi tudung tu buat kakak wow!! banyaknyaaaaa. Murah pulak tu. Memboronglah semua anak dara mak ye:)

wahida said...

ketupat palas dah tak ramai yg pandai buat nok...atau mungkin malas nak buat sbb renyah sikit kan...

aku pun suka ketupat palas, tapi susah nak nampak org jual kat sini...huhu...

diana said...

dari atas sampai bawah entry ni buat akak telan air liur je..hahahah..entry menghairahkan nih.muahah

Knor said...

tak lama lgi bertambah femoslah pakcik tu....seronok dtg ke blog lya..

macam majalah tiga

Dr Singa said...

mem besaq beli berapa lai tudung!?

ct kektus said...

kite pon suka apam balik ! tapi tak lah obses sgt. kihkih

brooch murah2 ke ? bestnya ~~

JunAina said...

Cara bungkus ketupat palas tempat akak berbeza dengan cara Pantai Timur. Bab membalut tak reti sgt tapi bab makan memang sangat pandai.

Amalina Hussain said...

pehhhhhhh...lama dah tak makan apam...terliurnya...

JuadahMalaysia said...

ini la apam balik yg menjadi igauan tu ya..