Tuesday, August 6, 2013

Corat-coret menjelang raya

Assalamualaikum



  • Biskut raya baru 4. choc chips, badam rangup, dahlia coklat & nestum. biskut telur rebus tak sempat buat huhuhu. malam ni nak buat biskut mazola (request makcik kat kampung) dengan cornflakes madu

  • Shopping done. semalam maraton shopping sorang-sorang. mula pergi Mahkota Parade balik kerja tu. Lepas berbuka pergi Aeon Bandaraya. Shopping sorang-sorang ni best jugak. Tak payah orang nak tunggu aku. Bebas nak pergi outlet mana-mana hihi

  • Baju raya sehelai je tahun ni. Kurung dark pink/black. 

  • Raya pertama ada di Melaka. Raya kedua balik Terengganu yehaaaaaaaaaaa !!!.

  • Kek raya buat malam raya nanti. Butter cake dengan orange cake. Pastu malam raya kedua nak buat chiffon pandan nak bawak balik kampung

  • Daun ketupat mama sedang anyam. Almaklum anak-anak tangan keras kematu tak pandai anyam hihi

  • Rumah 90% dah siap kemas. Tapi bilik aku apa pon aku tak kemas lagi. Baru basuh curtain dengan cadar je hikhikhik. Esok lah kemas

  • Saya akan bercuti mulai esok (Rabu) sampai Rabu depan. Khamis baru naik kerja




Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin untuk semua kawan-kawan blogger. Kalau ada tersilap kata masa menaip entry, harap di maafkan lah ye. Hihihi

Selamat pulang ke kampung. Memandulah dengan berhati-hati.

Selamat makan rendang, ketupat, lemang, kari, serunding, lontong, lodeh dan sebagainya.

Bye-bye semua. Saya cuti blogging, tak tau sampai bila. Kalau rajin update lah. Kalau tak tunggu masuk opis kahhhhhhhhhhhh



lets klik !!

9 comments:

ainnoraini said...

selamat hati raya lya...
maaf ye jika ada silap dan salah terkasar bahasa ketika komen tu kann...

Cinta Cinta said...

Selamat Hari Raya dek... akak pun minta maaf jika ada terkasar bahasa. Jemputlah datang kerumah ye.

fairus said...

ORANG KERJA SWASTA PUN BOLEH CUTI LELAMA.. KITA YANG KERJA KERAJAAN, CUTI LAMA SKIT BOS DAH MELENTING..

YanaUjang said...

slmt hari raya beb! mahap zahir batin..

ko xde kt melaka ke raya kedua??aiseyy br ingt nk pi rmh ko..aku pi melaka raya kedua..huhu~

saira othman said...

Selamat Hari Raya jugak...
http://whyvenusmarscollide.blogspot.com/

Knor said...

Ramadhan dah nak labuhkan tirai..
knor nak minta maaf jika knor ada buat salah
sama ada knor sengaja atau tak sengaja
tapi knor tetap hamba Allah yang jahil
asif jiddan semua..

selamat hari raya buat lya sekeluarga..berhati2 memandu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

slmt hari raya maaf zahir & batin yek..
wahh.. sakan beraya dik..

gadisBunga™ said...

woihhh...lamanya cuti!!! balik laaa!!!

eelobor said...

selamat ari raya...cam mana balik kampung jalan tak jam ker?