Friday, August 16, 2013

Eid 2013 - Balik Kampung & Cousin's Solemnization

Assalamualaikum

Aku baran betol dengan network kat office hari ni
Aku upload pic ni dari pukul 11 macam tu kot, sekarang baru siap
Nak marah network office, dah kau upload banyak gambar sape suruh ! gagagagaga

Ni masa balik kampung raya kedua. Gerak pagi sampai petang. Berkebas punggung dalam kereta. Tapi bukan aku drive pon haha. Aku drive kejap je. Dari Chendor sampai Kemaman kot. Adalah dalam sejam macam tu. Selebihnya adik aku drive. Ai is pemalas. Nak dok mengangkang pakai spek beyonce jadi mem besar je. Kahhhhhhhhhh



Biasa lah gerak 2 kereta. Kereta mama dengan baba. Kereta aku simpan kat rumah. Sayang bunga tayar hakhakhak *mak aku dengar mampuih dia tobek kan tayar aku kang*



dah lama tak bawak bekal kalau jalan jauh ni. selalunya menghadap makan kedai je kan. tapi kali ni teringin nak mengimbas zaman kanak-kanak, di mana setiap kali balik kampung, mama masak bawak bekal and akan makan dengan pantai area pelabuhan kuantan. tak ingat pantai apa. tapi sekarang dah tak boleh pergi kot area situ. ntah





bekalan adalah sambal udang, ikan tenggiri masak kicap, udang goreng, ikan tenggiri goreng, leftover rendang dengan kari itik. nyams



tumpang makan kat kedai ni, somewhere at Chendor. hahaha suka-suka je. nasib lah kan. tumpang je. bukan kami duduk mempatahkan kerusi ke kan



masa on the way, sampai area Merchang, situ memang famous gerai jagung. berlambak jual jagung. jagung rebus, jagung bakar, jagung yang belum masak. so aku beli jagung rebus panas-panas 6 tongkol. 3 tongkol RM 5


pergh tengok isi dia. kuning mampat gitu. menggoda. sedap sangat ! lemak manis terbaikkk. 



jakun jagung hahahahaha


Esoknya, raya ketiga tu sepupu aku nikah, rumah belah perempuan kat Marang. Lelaki tu sepupu aku. Rumah kat Marang gak. Dekat je. Kau tau dia nikah pukul berapa? 9 pagi jahh.Gila punya awal tok kadi ni. Aku bangun tido pukul berapa? Lepas subuh bantai tido, pukul 8 baru bangun hahaha



Selamat sudah




Aku rasa aku yang mengantok, tapi asal semua pic yang aku amik, pengantin perempuan asek lelap je? huihuihui



yes akak muka memangkuk dan mak lang. mak lang ni la yang jaga aku 5 beradik dari size pinggang 1 cekak, sampai lah size pinggang dah tak terkira cekaknya hahaha. makcik belakang tu pehal la tunjuk best? nak aku jadi menantu lettew



takde pelamin. simple seat macam ni je. bagus aku suka. aku pon nak macam ni. senang jimat belanja gagagaga. tak habis-habis berangan kau ni



sister muka mangkuk jugak tapi ni versi mangkuk mini



weols dan pengantin



amboi tengok mak aku dia kalau bab bergambar juara !



menu pagi tu laksa kuah merah. ahh aku tak suka tau laksa gini. manis ya rabbi ! tapi dah tuan rumah hidang ni je, bedal la.ada jugak ketupat palas, ketupat nasi dengan rendang jugak. tapi tak makan.



adik bujang makan ketupat dan rendang. rendang tu manis jugak -_-

nasib kau jah asal balik kampung, gula naik. purr purrr purrrr



to be cont..


lets klik !!

15 comments:

Cinta Cinta said...

dek.. akak rasa pengantin perempuan tu bukan ngantuk.. tapi nak tunjuk eyeshadow dia kot.. hehehe

redza said...

cantik isi jagungnya..betul2 menggoda

deno said...

meriah...! terliur pula dneo dgn jagung tu... hihi^^

eelobor said...

hai sister.... hihihi

nasib baik ada kedai makan yg di tutup boleh di tunpang.

cantik dan terliurnya tengok kekuningan jagung tuh

LYAfrina said...

selamat pegantin baru buat cousin
moga kekal bahagia till jannah

Knor said...

bawa bekal tu..jimatkan..

jagung tu sama warna macam pelamin..ikut tema ye lya..bijak..hehe

org sana mmg tak dapek di pisahkan dgn gula..kan

Dr Singa said...

berbelit lidah nak baca tajuk..
'Solemnization'

Eny Yusnizar Abdullah said...

selamat hari raya!
sedapnya tengok sambal udang dan jagung rebus tuuu

fairus said...

SAYA SEKARANGDAH KENYANG.. TAPI APABILA MELIHAT GAMBAR2 MAKANAN TU RASA MACAM NAK MAKAN PULAK..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

perghh...jagung tu mmg nantappp

Acik Erna said...

rendang manis?ah memang macam tu kot lia..letak gula kan..

Acik Erna said...

rendang manis?ah memang macam tu kot lia..letak gula kan..

Kakzakie said...

Lya ni nakal tau... pengantin tu penat agaknya tu yg macam nak lena aje mata. Berat bulu mata dia tu hihi...

Bawa bekal tu baik sebab masa raya banyak yg masih tutup restoran..

Amalina Hussain said...

jagung yang mengiurkannnnn...hihihi

JuadahMalaysia said...

Sama la kita kalu balik kampung jauh2 mesti bawa bekal. maklum la adik beradik ramai. lagipun musim raya selalunya kedai mkn byk tak bukak. last2 kita pun tumpang kedai2 org tepi jln mcm lya buat tu la...