Friday, August 23, 2013

makan seafood di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu

 Assalamualaikum

Balik kampung tak lengkap kalau tak makan seafood dia. Banyak tempat pergi makan masa balik kampung hari tu. Tapi malas nak snap. Takat p makan laksa nak usung dslr, kuasa jemah. 

Masa balik hari tu, meredah pergi kelulut, marang nak makan sotong celup tepung punya pasal. So berbondong-bondong lah kamarudin's clan pergi menapak sampai kelulut. Tak jauh pun dengan rumah kampung, dalam 20 minit macam tu

kat medan selera ni ada banyak jugak gerai makanan seafood. tak pasti ada berapa. tak kira haha. baba yang pergi round dari 1 ke 1 gerai. tau je lah dia kan tokey ikan, dia punya usha ikan tu, dari hujung sana sampai hujung sini. stress akak tahu. akak mana tahu bab nak pilih ikan. melantak tau la hahaha 



tokey ikan dan mem besar




suasana kedai yang meriah. berlampu-lampu. berpokok-pokok bergantung-gantung. malam tu ramai betul orang. cari parking punya payah. parking seberang jalan. nak cross 1 masalah negara. sebab tu main road. punya banyak kereta. scary



pari bakar. so sedap. aku suka bakar berkuah gini dari bakar kering



sotong tepung yang sedap sangat ! nak tau cerita. aku kan pentamak lebih. hahaha. mula-mula amik 2 ekor je sotong. sotong panjang tu. besar kot. baba tanya cukup ke tak. aku dengan confident cakap tak ! haha. tambah lagi seekor. jadinya 3 ekor. sekali sampai, dia letak 3 pinggan sotong. muntah darah. hahaha. seekor sepinggan. mari nangis. tapi super sedap weh. sotong dia tak keras, just nice. lembut je. tapi gila la kalau habis. sepinggan tak berusik pon. tapau bawak balik



penggila sotong. makan sampai muntah



tomyam dia. sangat sedapsssssssssssss pedassssssssssss. sedap sangat hoih. aku siap cakap dengan adik aku, nak tapau kuah, sayang. hahaha. takde makna. perut sengkak macam nak meletup dah



bawal sweet sour. kuah dia biasa je tapi ikan sedap fresh. semua seafood dia fresh lah senang cerita




ni ikan tanda 3 rasa. ntah baba yang yang cakap ikan tanda. dia tokey ikan dia expert la. kalau tanya aku, mau aku cakap ni ikan siakap. semua ikan aku bantai ikan siakap hahaha




ikan tolong jangan marah saya. awak sedap sangat. sape suruh tukang masak goreng garing. habis awak saya kokak. nasib baik gigi awak saya tak kokak




table for hungry people. ni makan bertujuh. macam makan sepuluh orang je gaya




weh tengok balik kecur liuran. especially tomyam. nape la takde jual instant pes. mau aku beli 10 botol meniaga terus hahahaha



nak makan tomyam sedap, sila pilih gerai makcik ni. saya bagi 2 thumbs up (sebab ada dua thumb je. kalau ada 10, aku bagi 10 hahahha)

summary order:

nasi putih - 6
air - 6
ikan tanda 3 rasa - 1 ekor (saiz besar)
ikan bawal sweet sour - 1 ekor  (saiz sederhana)
pari bakar - 1 ekor (saiz sederhana)
tomyam campur - 4 orang makan
sotong tepung - 3 ekor besar
sayur kailan 1 sayur kangkung 1

total damage RM 217. okey la tak mahal sangat. berpatutan. makanan sedap seafood fresh. masa menunggu pon tak lama sangat.

so, saya suggest kalau anda datang terengganu, sila singgah sini dan makan di kedai makcik ni (promotion tanpa komisen hahaha)

foods: 4 star
service: 4 star
environment: 3 star
price: 4 star


heh dah upload ni baru aku perasan lupa letak watermark. gagagaga. lantak. sape berani curi gambar mak, mak sebat dengan ekor pari hihihi

lets klik !!

17 comments:

mawar_berduri said...

gigi ikan tu tajam...scary! ..huhuhu

zurayusoff said...

sotong....sotong....
dalam banyak2 tu sotong pemenangnya...
sedapnyerrrrrrrr

fairus said...

TERLIUR TENGOK GAMBAR-GAMBAR MAKANAN TU.. SAMPAI HATI AWAK..! :)

Cinta Cinta said...

meriah dgn sotong.. sedapnyer..

redza said...

terliur weh tengok tomyam tu..pari bakar lagi fuhh!!betul2 menggoda

Badd2222 said...

"Tokey Ikan dan Mem Besar"

haha comel jek

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tomyam wajib order kalau mkn luar utk akak la.. en. husband tak suka.. hihi.. wow.. ngancam lauk pauk u all order..

Knor said...

berapa org makan ni lya...banyaknya..jaga2 gout nti...seafoodlah katakan...

attyfir said...

fuh..kita yg nengok ni pun terliur nengok sotong..nengok ikan semua ..

sudipVSsenduk said...

Peeerrgh! best giler dish...

Kakzakie said...

Kakak rasa kakak pernah makan di sini tapi cuma meja berlainan dan org yg berlainan tapi di gerai ini.

Rambang mata tak tahu nak pilih semua ada kalau tak ada pun dia akan order dari gerai yg ada...

Amalina Hussain said...

peeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhh....semua lauk pauk itu berjaya membuatkan perutku bergoyang inul..hehehe..lapooooo.... ;)

hazwani Rahim said...

Kedai yg mana satu ye?

hazwani Rahim said...

Kedai yg mana satu ye?

hazwani Rahim said...

Kedai yg mana satu ye?

hazwani Rahim said...

Kedai yg mana satu ye?

hazwani Rahim said...

Kedai yg mana satu ye ni?