Monday, August 26, 2013

Pantai Pandak, Chendering, Terengganu

Assalamualaikum

Masa balik kampung hari tu, tak dapat mandi laut pun. Tak sempat. Balik 4 hari je pun. Pack dengan wedding cousin aku tu, dengan berjalan raya lagi. Memang tak sempat jengah pun laut depan rumah tu. Oihh takde lah depan rumah lautnya. Rumah kampung lama dulu masa aku kecik memang betul-betul depan laut. Tapi dah pindah ke dalam sket. Tapi still dekat. Tak berpeluh pun jalan kaki sampai laut tu

Balik kampung tak jengah laut tak sah. Memori sangat. Kecik dulu pantang balik kampung mesti berkubang. Siap seluar katak ok berendam haha. Oih tu masa kecik. Gila nak berseluar katak dah besar ni. Mau mak aku hempas dengan batu terus

Kami balik melaka raya kelima. Pagi sebelum balik tu, aku dengan adik yang nombor 2 pergi cari breakfast. Then singgah pantai. Adik aku dah tahap merayu "tak dapat mandi laut pun takpe aku nak jejak kaki kat pasir je" hahahaha. Sedih ayat. Okey lah akak solehah kate kooooo

Gambar semua tak pakai dslr pun. Malas nak usung. Pakai fon sahaja. Sony Xperia SL. 



menuju ke kampung ku yang tercinta



pantai pandak. ni hari bekerja dah. takde orang pun lengang. tapi petang ramai jugak la. budak-budak kampung main bola. orang amik angin




kat pantai sini penuh pokok ni. pokok apa tak tau tapi cantik. suka sebab purple hihi



berbunga-bunga



dan banyak pokok ni. apa tak tau. tapi tajam jugak la. jenuh nak mengelak pokok ni nak turun ke bawah tu. sakit kaki mak



menjalar ke seluruh tebing pantai



Go Green !



kat belah pantai barat tak jumpa pulak pokok ni tumbuh kat pantai. mungkin faktor pasir yang berlainan fakta hentam haha




kaki kembang. suka pasir belah sini. pasir halus




selipar togel si adik yang kebulur nak jejak pantai



si adik bawak diri. "kau jangan terjun. kau terjun, kau balik sendiri!!" jerit si kakak dengan garangnya




sisa cengkerang berada di serata gigi pantai apsal puitis plak statement kau ni




 kaki 2 beradik 



sang kakak pasrah layan adik yang hampir tak betul sebab teruja dapat jejak pasir pantai




omaigod kesian sang adik sampai melompat keterujaan



kaki mencapah macam squidward. "kakak jangan lompat nanti terbenam dalam pasir laut" statement jahanam dari adik hahahaha



on the way pulak ke tanah tumpah darahku Melaka, singgah beli jagung kat Merchang. beli jagung mentah 6 tongkol, balik nak buat pengat huihuihui




dan wajib singgah Kijal beli lomang. Makan dalam kereta sementara tunggu lunch.

sekian, habis entry balik kampung. InsyaAllah bulan 10 nanti balik kampung lagi. Adik nombor 3 konvo UMT. Ada sape-sape nak pesan kopok???


lets klik !!

11 comments:

Kakzakie said...

Pantainya nampak bersih betullah Lya. Jalan-jalan kalau nampak makanan memang tak lupa nak membeli ye:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

rindu jugak nak jejak kaki ke pantai.. tp apakan daya... driver ahkak mc lama.. hehe..

fairus said...

SERONOK KE TERETNGGANU KERANA MASIH BANYAK LAGI SUASANA KAMPUNG.. (MACAM LE MELAKA BANDAU SANGAT..)

intanfirdaus247 said...

wah ,.bersih dan menarik la pantai ni lya…Bila la kak intan nak sampai sini,.huhu

Knor said...

yg purple pokok bunga morning glory..kaki kembang tu...byk jln2 cari makan tu..heheh

kalau kakak pun teruja mcm adik lya tu bila memandang akan pantai yg indah lagi sayup..

redza said...

terbenam dlm pasir hahaha

Dr Singa said...

pernah sampai pantai ini
tak pernah melompat macam squidward tapi.

pasir dia halusssss kannn!!

wahida said...

oh serius aku tak pernah sampai terengganu lagi...teringin nak jejak kaki kat pantai yg pasir halus ni noks...huhu...

Amalina Hussain said...

sebenarnya kan...sebenarnya kan..dah lamaa saya duk perasan..muka awak ni macam muka kawan baik saya masa UiTM Dungun dulu..hehehehe.. ;)

gadisBunga™ said...

pesan kopok losong! tengkiuuuu!!!! :D

mawar_berduri said...

best ..suke laut tapi dah lama jugak tak jejak laut