Wednesday, September 18, 2013

Chucuk Chucuk - Premium Satay Celup, Steamboat & Grill

Assalamualaikum

Semalam balik kerja, p makan Chucuk2. Dekat je dengan office aku ni. Seberang jalan je. Bukak tingkap office dah nampak restoran dia. Ni restoran baru. Yang dulu aku pergi kat bukit beruang

Chucuk2 ni pernah keluar JJCM TV3 dengan TV Alhijrah. Masa bulan puasa hari tu ada buat majlis buka puasa dengan Ustaz Don

Dah lama aku tak datang Chucuk2 ni. Last masa kat kedai lama dia kat bukit beruang tu. Ni dah dekat dengan office, saje plan dengan budak2 ni. At first nak pergi Seoul Garden. Pastu tukar plan nak try Chucuk2 yang tempat baru ni. On je takde hal




balik kerja terus serang. wehehehe



bertentang je dengan office aku. yang bangunan cermin biru tu. Atau lebih senang, persimpangan kota laksamana/eye on malaysia



bayar dulu. baru mencedok=cedok je. harga weekdays untuk dewasa RM28 seorang.
ada macam-macam pilihan bahan untuk steamboat, seafood, marinated chicken and beef. sayur-sayuran.



amaran. jangan membazir nanti anda yang rugi wahahaha



nasi goreng tu. sedap gila. pedas meletop




kat belakang tu ada telur ayam, telur puyuh, fruits, jelly, bihun/maggi. air yang kat belakang tu ada ribena, orange juice dengan ice lemon tea. tepi tu ada aiskrim



yaaa serang !!




happy my tummy semalam. haha 




moi moi



marinated chicken yang super sedap. tapi, beware kalau anda bukan pemakan pedas, marinated dia agak pedas ye. tapi sedap. tapi yang tak tahan pedas cicah la sos kan




yummeh sangatsss



nasi goreng yang sangat sedap tu dan pedas pon gila. tak tahan pedas sila beware. nasib aku ni lidah kebal. kebal-kebal pon, at one point tu berdesit la jugak kan



semalam ada sup tomyam dan ayam. we prefer tomyam. sekali, tomyam dia memang pedas. dah la panas-panas kan, pedas plak tu. boleh menangis. tapi tomyam dia kureng sket. tak balance masam pedas tu. pedas je lebih



semalam tak amik bihun. amik maggi. woo sedap hoih. pedas pon aku bedal. mak kan berhantu pedas sket. terbaik sangat walaupun tomyam dia ok2 je. tapi ok la boleh makan




marinated beef yang sangat sangat sedap !


Kesimpulannya, sedap. Bagi 4 out of 5 star. Cuma tomyam sup tu boleh diperbaiki. 
A must go restaurant to try if u all come to Melaka ya

Environment: ok selesa. fully aircond. 
Price: ok reasonable
Service: ok jugak
Foods: ok jugak. boleh di tambah lagi kot. wahaha tamak


  • No. 12A, Jalan KSB 1, Taman Kota Syah Bandar
  • 75200 Melaka.
  • Phone+6011-232 909 96 / +606-2880996


lets klik !!

13 comments:

NM03 said...

sesat2 kat melaka, boleh singgah sini

sudipVSsenduk said...

wow! bestnya main masak2

fairus said...

ADA KEINGINAN TETAPI BELUM BERKESEMPATAN UNTUK PERGI..

Knor said...

tak mampu nak mkn kita org kebanyakan..

Kakzakie said...

Kalau anak kakak memang suka makan macam ni. Cuti lepas pun kami makan stamboat/bbq juga Lya..

~misshuny~ said...

dah lama cri tmpt makan steamboat kat melaka..thanks ye..t leh try.hihi

gadisBunga™ said...

aihh...semua pesen sangat sangat sedap nih. kompem kene nyinggah le nih! *kite selalu turun melaka sekarang. buleh la makan situ. hehehe

Mysara Ab Rahman said...

kte rasa kan akak bley jd pgacara jalan2 carik makan..hehe

JaSSNaNi said...

uwaaaaaaaaaaaa..
Sedapnya makan cuchuk cuchuk..
Entah nape skrg lepas branak fiyya ni, asyik sedap jer makan steambot.. hehehehe suka yg ada bbq mcm ni.

wahida said...

dah 3 blog aku pegi pagi ni, semua citer pasal steambot bagai...grrrr...ni yg harus ajak laki pegi jugak neh...

aku pun hantu pedas nok...tak pedas tak melawan la org nogori ckp...ekekek...

Shark Kay said...

owh..
kalau pdas mmg best nie..
x boleh tahan tgk gambo nie.
mmg yummy.

JuadahMalaysia said...

suka juga makan steamboat ni tp takde geng nak makan. mr suami tak suka..huhu...
nampaknya komen lya utk menu kat sini semua PEDAS. Dulu2 perut i ok lagi mkn benda pedas. tp semenjak dua ni, perut cepat meragam.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

pergh kalo dapat makan pedas2 dan panas2..mmg terangkat nie...