Monday, September 30, 2013

go random (2)

Assalamualaikum

Sebab malas nak buat entry banyak kali, so akan ku randomkan je aktiviti sabtu ahad. Melainkan kalau memerlukan entry khas. Ceah macam orang tunggu sangat entry kau kan. kahkahkahkpuihh




sabtu balik kerja pergi makan kuih kat Perhentian Kuih Kampung Ujong Pasir (ala yang masuk JJCM tu). Tiba-tiba memasing craving nak makan kuih muih. So moh le kita. Yang paling depan ni plate aku. Share dengan member. Ada pulut panggang 1, karipap 1, pulut inti 1, talam ubi 1, talam abok-abok 1 dengan 1 lagi pau sambal dah kene bedal. Total 6 kuih RM 2.50. Mangkuk hijau tu popia basah 2 ketol RM 2. Tu plate kawan aku tak tau bape hengget




pastu order rojak RM 3. share. suka sebab banyak taugeh pastu taugeh dia crunchy lagi. kuah dia pon sodap



pokok mangga pauh kat rumah aku tengah berbuah lebat gila. Ni tak nampak plak buah dia. Tinggi atas nun buah dia. Pastu sabtu malam tu hujan lebat, mangga pauh jatuh atas bumbung rumah "gedegang gedegung" bunyi dia. Dah macam bunyi kalau monyet buat marathon atas bumbung je



laman kiri dah penuh mangga pauh. Jenuh nak sapu weyh. Nak makan tak larat. Masam gila buah dia ni. Tengok time la kadang-kadang aku kutip makan. Tak pon mak aku kutip export ke reban ayam hahaha. Selalu mak aku amik buat sambal belacan. Hoih tedapnyew. Kadang-kadang buah yang jatuh ni tak semua elok. Ada yang dah kene kokak dengan monyet/lotong/tupai. Ada yang putik sangat. Ikut nasib la



Minggu ni ai keseorangan sebab depa semua pergi Temerloh. Visit adik aku yang tengah praktikal kat hospital temerloh. Dok rumah takde buat mende. Tengok tv, on9, baca novel, baca mags, main word search. Tu je la. Nak keluar malas. Mempaneh sangat tak sanggup. Dok dalam bilik bukak aircond dok diam-diam. Hakhak. Tu tengah tengok Best Wan kat AFC. Drooling tengok tempoyak  -_-




kalau dah sorang kat rumah, memang pemalas hazab la kan. pagi masak nasi goreng, makan sampai ke lunch time hahaha



dan layan ceramah UAI. yang tajuk aku tengok ni, memang terbaik sangat. makan dalam ok. siapa nak kahwin wajib tengok !



pastu semalam tiba-tiba mood rajin. nak buat bingka pandan. craving tiba-tiba hahahaha. so menggodeklah sensorang. resepi nanti lain kali ai tepek. dap angattt nak2 yang kerak tepi-tepi tu 




since dorang semua balik dari Temerloh semalam, so aku haruslah masak for dinner. kang mak aku balik tengok atas dapur atas nasi goreng leftover sarapan, mau mak aku jadi hulk. so masak benda simple je. asam rebus ikan tenggiri dengan kacang panjang. nyam sangat



mengudap pistachio. hari tu baba p kelantan, dia belikan ni. sana kan murah sket

tu je bye


lets klik !!

12 comments:

redza said...

nampak sedap bingka pandan tu

YanaUjang said...

pasni entry ko manjang random je kan..haha x aci tau! :p

Cinta Cinta said...

sedapnyer bingka pandan tu.. bagi resepi cepat..

Acik Erna said...

assalam lya..acik kalau datang malasnya kan..bukan tinggal sorang masak nasi goreng..bila semua ada dirumah pun acik masak nasi goreng..makan dari pagi sampai tengahari he he

Dr Singa said...

makan pistachio kentut banyak!!!

fairus said...

MELIHAT BANYAK GAMBAR MAKANAN MEMBUATKAN PERUTKU LAPAU...

KakNi said...

rajin jugak tu nak goreng nasi, kalau saya lagi lah malas sbb dah sorang kan, mahu telan air milo jer... hahahah

Kakzakie said...

Yg jelas semuanya makanan belaka. Pelam pauh tu masa muda tak payah buang kulit Lya. Belah-belah dua buang biji rendam air panas-> masuk dalam air garam+gula-> masuk fridge seminggu aduhai sedapnya:)

Knor said...

bestnya mempelam..gedang gedegung jatuh..inat cek dulu2..panjat pokok pelam sambil bawa bekal..mkn atas pokok..jadi monyet skjap..hehheh

Hanis MY said...

terliur plak tgk bingka tu bila leh merasa air tangan penulis blog ni (mode verangan hikhik)

wahida said...

pistachio sedapnyaaaaa....feveret kami anak beranak tu..


bingka pandan? waaaaa, nak resepi!!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

rojak tu macam best je .....teringat rojak kat Bangi... huhu