Wednesday, September 4, 2013

hujan dan jalan sesak memang tak boleh di pisahkan

Assalamualaikum

Hari ni hujan tersangatlah lebat. Aku keluar rumah 7.10am tu tak hujan pon lagi. Just dengar bunyi guruh, tu yang cepat-cepat keluar. Kalau tak biasanya 7.30am baru keluar. Ingatkan just mendung. Sekali dah sampai sungai udang, hujan lebat gila. Sampai klebang, hah kau, punya line panjang. Traffic light dah hijau kereta tak gerak-gerak. Terus masuk jalan kampung kat bukit rambai - pulau gadong. Situ lagi hujan lebat gila tak nampak jalan. Nasib baik dah masuk pulau gadong hujan dah tak lebat sangat but still hujan. Dah sampai Limbongan, area coconut shake tu lagi naik darah, line punya panjang. Kereta slow-slow gerak huwaaaa. Lepas traffic light limbongan - jalan syed abdul aziz tu pon jammed. Aku dah pelik. Biasanya kalau hujan pon tak kan jammed area situ. Rupanya ada excident. Paling tak boleh blah, rupanya budak office aku yang excident. Excident 3 kereta serangkai, pakat langgar bontot kereta. Kereta kawan tu pulak belakang sekali. Haih nasib malang nak buat guana. Dah lepas excident, pun jammed. Padahal office tower dah nampak. Sampainya tak lagi. Sabar-sabar urut dada. Rupanya banjir kilat depan office iols. Kihkihkih. Beria sumpah seranah dalam hati. Sekali depan office sendiri banjir

Hari ni semua orang lambat. Aku thumb print at 8.50 am gagagagaga
Lepas tu, ingatkan dah settle hal hujan. Rupanya jangan kau sangka hujan di luar sahaja, di dalam building turut hujan




area limbongan menuju ke bandar melaka je jammed. ko tengok line sebelah senang lenang je drive




dah nak sampai office. office tower dah nampak. sampainya tak jugak wuhuhuhu. time ni lah baru nak fikir "kenapa la kereta aku tak bleh terbang"




panjang lagi line tu. bersabaulah ye kamu semua. saya dah lepas hazab hihi



banjir kilat depan office. kesian kereta merah tu. lain kali jangan lah buat berani nak redah. merugikan diri sendiri juga akhirnya






sekian, reporter kaji cuaca.
bye



lets klik !!

16 comments:

Kakzakie said...

Macam ini gaya banjir luar dalamlah Lya.. teruk juga kalau air masuk office. Bimbang menitik atas PC.

Tempat kakak pun hujan juga pagi tadi. Ini pun masih mendung tapi tinggal gerimis aje..

Mysara Ab Rahman said...

skrg ni mmg musim hujan la kak..asyik hujan je..klu dh banjir cm tu yg merisaukan

Ain Noraini said...

kat tpt kakain dah mula nak hujan jer ni...mendung gelap jer langit tuu...

dah la payung lupa nk bawak ada dlm kereta...hishhh basah la kene hujan blk nnt niii...

Knor said...

kt sini mendung petang nti hujan le tu..rmalan knor le..


kat dlm tempias ke?...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

wah dasyat banjir gini ...seb baik selamat sampai jugak kat ofis......

~misshuny~ said...

hai..kita lalu jalan yg sama la.bezanya sy lawan arus..sy dari tengkera ke sungai udang..memang lebat gler hujan td.huhu

redza said...

tuan punya kereta merah tu ingat kereta dia boleh bertukar jdi motobot kot

Acik Erna said...

assalam lya..hujan dan jem memang tak boleh dipisahkan..

fairus said...

SAYA KE PEJABAT TADI TAKLAH JEM..

Shark Kay said...

time hujan mmg ramai yg slow..
kira ok ler..
xdek ler xcident..
kalu hujan campur xcident mmg parah..
nk g keje pn rasa malas stuck kt jem.

LYAfrina said...

kat sini panas terik je..mlm pon pns.buka kipas pon still peluh. yela, bila hujan, ramai y bwak kereta.. lg pon, bila hujan ni drive pon slow cz jln licin.. tu y jem

Cinta Cinta said...

wa.. dah boleh menjadi wartawan ni...

eelobor said...

kat KL nie lagi teruk sebab dia datang sekali ngan pakej iaitu HUJAN - JEM TERUK - BANJIR KILAT

Hanis MY said...

huwaa lebatnya hujan smp banjir kilat...

Cinta Misteri said...

CiM mmg tak suka drive dlm hujan. skang mmg kalau hujan tak nmpk jalan. wipe screen laju2 pown air hujan lagi laju.

kalau dah kat depan air naik banjir...jgn laaa berani2 redah, terkandas mmg susah....

JuadahMalaysia said...

ingat kan kat kl je jem teruk bila hujan..hik