Friday, September 20, 2013

kita tak p Bandung tapi tumpang menyebok je lah

Assalamualaikum

Hari tu kan aku ada bagitau mama, baba dengan adik p Bandung. Aku tengok ramai betol orang Malaysia p Bandung. Mak aku cakap masa dia p Bandung hari tu, siap jumpa orang Melaka ramai. Hahaha. Boleh jadi Melaka second home lah pulak Bandung tu kan. Whatever duh

Diorang p Bandung tu opkos la shopping macam-macam aku tengok. Pergi 1 luggage, balik dah ada tambah beg-beg. Tak nak pulak berat satu-satu beg tu. Bawak balik batu gunung berapi ke hape??

Well aku tak order apa-apa melainkan Fridge Magnet ! Wajib hahahaha. Tak beli benda lain pon mak tak kesah janji FM mesti ada hokeh !

So ni sesi menyepah apa yang mak aku beli. Tak semua la aku snap. Tak kuasa. Kang orang cakap ai is jakun pulok




strawberry bandung. eh kat bandung ke beli. ntah. tapi sedap gila strawberry dia. banyak gila aku bedal. asal bukak fridge rembat 5 biji. dasarrrrr haha. tu tengah bedal kek lapis prune. hamaggaddd sedap gila kek lapis dia. ni mak aku cakap dia order sehari sebelum nak fly balik ke apa ntah. lupa. sedap sangat wehhhh



omak den siap borong kain baju raya untuk tahun depan. hahaha gila awal omak oiiii. anak beranak perempuan 5 orang. so sorang sehelai dah. aku amik yang takde manik-manik sarat barat tu. tak minat



diorang beli seluar jeans kemain macam kat sini takde. banyak plak tu. pastu tu keychain dengan FM. keychain nak bagi kawan-kawan theyols kot. FM aku punya. Tak boleh bagi orang lain! Kes tamak di situ hahaha



Hard rock shirt sorang satu



Jakarta shirt sorang satu gak




Ni kerja baba lah. Basikal dengan beca pon nak beli hahaha. Kuangjaq gelakkan bapak sendiri -_-
Ni yang aku cakap "sekali cucu-cucu dia balik,  bersepai basikal. Roda kemana pedal ke mana hahaha




Hasil belian baba jugak. Suka beno beli perhiasan rumah





Iols punya kihkihkih




FM yang semua iols punya. Dah selamat tepek kat peti. Huehehehehe



lets klik !!

14 comments:

Acik Erna said...

assalam lya..bukan basikal je lya..dirumaha cik ni kalau uc2 sedara datang..FM pun dah tak de kat pintu peti ais tu he he

redza said...

shopping sakan mak ko ni

fairus said...

WAH.. BORONG SAKAN NI..

Knor said...

shopping sakan noh..byk dpt pulak tu..

NEKCIK said...

wamboii uols manyaknyer dapat!!rejeki lah tu kan

oya said...

wah seronok la shopping kat bandung..
lya..miss u bebeh..mmg bersarang blog oya dah..

Alia Laila said...

Uii banyaknya souvenir :O :O
Memang shopping betul lah pi sana bestnyaaaaaa ^^

Dr Singa said...

sedondon kelabu tahun depan!!!!
tak aci..
ko pilih dulu!!

Kakzakie said...

Amboi!! pengelat semua FM Lya konker sendiri ye..

Abah punya hati berseni ye Lya. Kakak suka apa yg abah beli tu semuanya cute. Simpan dlm almari jgn anakdara kecik dan hero kecik dtg dia pulak buat main..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

waa bestnyer...dapat banyak fm tu...suka la ngan basikal tu antik sangat...

eira eixora said...

orang cakap pergi bandung best. tapi tak tahu bila leh pergi.

psstt. basikal tu cantik

KakNi said...

Amboi sapu kat dia semua FM ye.....

JuadahMalaysia said...

Apasal tak pi sana sekali ?

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahhh shopping sakan mak kamu yerkkk