Thursday, September 12, 2013

masa muda-muda dulu....

Assalamualaikum

Masa balik kampung raya tu, sempat lah menyepah album gambar lama-lama
Gambar time mak aku rambut kembang pakai skirt hahaha. Kongajaq gelakkan mak sendiri
Gambar time makcik-makcik aku cun melecun kebaya saloma kauuu
Gambar koleksi pakwe-pakwe mak aku. Tak sangka dulu mak aku ada pakwe askar. Kahkahkah. Ok kongajaq lagi sekali gelakkan mak sendiri

Tiba-tiba ada gambar-gambar aku time cinonet dulu. Kahkahkah ok gelakkan diri sendiri pulak
Rasa macam "uih kecik nya aku dulu macam mana boleh jadi besaq gini hahahaha"




wehehehe renek betol aku time ni, keras semacam je amik gambar hahaha. tu dengan sepupu aku, abang lan. versi sopan siap berbaju kurung heh



ni versi kurang sopan. mengangkang macam kakak kawasan je gayanya. tangan tu mesti pegang makanan. dari kecik sampai beso gitu je pe'el nya hahaha



versi perasan kau model kah? haha gambar ni mengundang banyak komen di facebook sebab aku buat profile pic. amboi bab mengutuk aku nombor 1 kan. haha. tapi aku tengok pon lawak. tak sangka aku begini dulu *tutup muka geleng kepala*. dengan spek kau, dengan tali pinggang hitam kemain tebal, dengan rantai nak labuh sampai perut, posing dah kemain tiba-tiba tengok slipar, slipar jepun ! haha



versi baywatch ! hahaha. seksaaaaa sangat hoi mandi pakai seluar katak je heh


seronok pulak tengok gambar lama-lama ni. nanti nak sepah gambar kat rumah ni plak. mengamuk la mak aku bersepah almari nantiiii



lets klik !!

9 comments:

redza said...

aku perasan profile pic fesbuk ko tu tapi tak sempat nak kutuk haha

Asyifa Mustaffa said...

yg gmbar ngalahkan retis tu...mmg x bole blah...tp yg spoilnya sbb selipar jepun...hik3...

Kakzakie said...

Heeee.... cutelah Lya. Comel sangat. Simpan buat kenang-kenangan. Kangkang tu yg buat kakak tergelak:)

Ain Noraini said...

gambar last tu seksi dan seksa nak tengoknya tuu...huhuhu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

bestkan tgk gmbr lama2... masih ada iras lya kecik smpai skrg.. tak berubah sgt.. yg possing ala retis tu cun lah walau berselipar jepun.. hehe..

Dr Singa said...

tali pinggang tebal adalah pesyen semula sekarang ini yu...

fairus said...

TERBAIKLAH GAMBAR NO. 3.. :)

NM03 said...

kelas ko dik nun... hahaha

tapi mmg boleh gelak tepuk dinding kan bila tgk gambar2 lama balik

Knor said...

pakai tali pinggang ayah ye...

lawak lya ni..dr pgg makanan..bulat le..hehe