Tuesday, September 3, 2013

okey ni last. raya di Puchong

Assalamualaikum


Woih tolonglah tak berkesudahan entry beraya kau ni hoih. Jenuh nak upload. Jenuh orang nak hadap. Hahahaha
Sorry lah ye. Can't help la. Kalau boleh pergi jalan rumah jiran sebelah pon aku nak upload. Haha. amboi jangan ketara sangat jakun tu ye

This was last week. Hari Ahad. Tak berjalan lagi rumah sedara mara rapat kat Puchong. Ish wajib ok beraya saya. Makan sedap-sedap. Huahuahua matik la fikir makan je kan




sebelum gerak. amboi mak aku, lebih pulak. wahahaha dengki. tudung merah dukung budak kecik tu sepupu punya wife. dia stay kat rumah. tak dapat ikut si kecik tu demam. tutup muka dia tu bukan sebab apa, sebab dia actually pakai purdah. tak kan aku suka-suka pulak nak upload pic orang kan




anak buah puchong yang semakin membulat. bagus ni. kita kena kekalkan mutu keluarga kita. tiba-tiba haha



sampai-sampai je, ada roti jala dengan serawa durian. sepupu aku tengah buat tempahan roti jala dengan serawa. apa lagi, tibai la sekali hahaha




kempunan dan kecur liuran tengok. lama dah tak makan kuah kacang ayam. dulu arwah mokteh selalu masak ni kalau kitorang beraya kat Puchong.. kehebatan arwah mokteh memasak diwarisi anak-anak dia. Last makan kuah kacang ayam arwah mokteh masa tu kat KLIA, adik aku yang nombor 2 nak fly balik Egypt. Arwah mokteh datang dengan arwah pokteh, bawak kuah kacang ayam dengan nasi impit. makan ramai-ramai kat KLIA tu haha. Memori sangat. Al-fatihah. Rindu -_-



Lodeh lazats. Matiklah kalau seminggu duduk Puchong naik 10kg makan sedap je kan -_-




makan pagi tak sempat hadam lagi, by 1pm macam tu dorang ajak lunch. Huwaaa nangis ok. Perut kenyang. Tak makan rugi. dasar buruk lantak kau ni.  Tapi tak makan dulu pon. Kenyang. Dalam pukul 3pm baru makan.




cencaru bakar



siakap sambal serai. bau masa dia goreng sambal tu, 1 rumah. stress tau tak. bergelodak hidung hahaha




ayam penyet



pucuk ubi



sambal tomat. fuhhh wa cakap lu sambal ni memang terbaik sangat. macam sambal ayam penyet AP tu. memang terbaik pedas gila la. ni bibik sepupu masak kan. lupa nak mintak resepi dan mintak tapau hahaha




aku makan ni je. asam rebus keladi lupa snap haha. fuhhh bergelodak deria rasa aku makan. pedas mampuih. tapi cannot stop hahaha. terbaik sangat combination tu. kalau ikutkan hati, bukan banyak tu dah nasi. mau tambah lagi. tapi sebelum korset akak tetas, baik sedar diri. sedap sangat hoih. asam rebus keladi tu best hirup-hirup. fuhhhhhh i wantttttttttttttttttt



sepupu paling cilik. bulatnya mata. gerammmm

okey tu je. habis dah entry raya. raya pon dah nak habis. hehehehe


lets klik !!

8 comments:

Hanis MY said...

ya ahmpunnn [engsan tgk menu yg best! lorr naper makan tu je?

Knor said...

mmg bergelodak perut menengoknya lya....boleh caya ke lya mkn btg keladi je...

kena caya jugaklah...nak bikin kurus ye..

hazlina azmi said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Azian Elias said...

YA ALLAHHH serawa durian itu sangatlahmenyentap hati dan jantung ku.. sangat sedap dilihat...

Carl Lesmana said...

dap ermmm kak . kalau sy lah kak konpem mati diet hahaha :) btw this is my first time drop comment in here hehe :)

Dr Singa said...

ko .. kalau tak letak gambo makanan.. tak sah!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun kecur tgk sayur asam keladi tu... feberet tuh.. leh meratah semangkuk tu... mkn dgn nasi lain cerita.. hehe..

Cinta Misteri said...

amboiiiii makanan!

yang paling mabeles tu....serawa durian hokeyyy!

kalau CiM gi raya adabmenddalah ni, mmg mengadap lah jawapannya, sedawa...upppsssss....im sori