Monday, September 9, 2013

Steamboat ala Johnny and Rosemary Grilled Chicken on Saturday Night

Assalamualaikum

Ntah apa mimpi ayah aku sabtu lepas, dia suruh aku buat rosemary grilled chicken. Aku memang dah cadang earlier nak buat steamboat. Steamboat la sangat. Pakai rice cooker je pon. Kah kahhhh

So sabtu kerja half day. Balik kerja pergi Jusco nak cari insole kasut baba. Tak jumpa kurrr kurrrr. Ada pon saiz besar pulok. Pastu straight away pergh Tesco Cheng. Cari insole jugak and beli barang memasak. Kata nak ber-rosemary dan ber-steamboat. 

So balik dari Tesco je dah nak pukul 6.30pm macam tu. Berdezup la nak perap ayam and nak bakar. Takde makna la perap. Perap sekejap sangat. Dalam 15 minit je hahaha. Terus masuk oven.

Well resepi Rosemary Grilled Chicken aku amik kat Dapur Ibundo. Sedap. Sila try


Tak garing sangat ayam makcik. Lembap la nak tunggu. Malas. So agak-agak dah masak terus angkat. Makan dengan sos ayamas kehkehkeh. Tak habis pun. Separuh je. Semua kenyang steamboat. Second time makan baru masuk oven balik kasi garing hehehe



bahan steamboat. bebola ketam. wantan. ayam. udang. sosej. bebola ayam



kobis bunga. kulit tauhu. tauhu kembong. crabstick. peas. enoki. tepi tu ada sawi cina and bihun



sup adalah tomyam. pakai pes tomyam je. sup tomyam tu masak lah earlier. pes tomyam, bawang putih ketuk sket, garam, gula. itu je hehe




ini sos steambot ala-ala Johnny punya. woihhh terbaik sangat. takde la 100% macam Johnny. Tapi 90% dah ada di situ. cuma aku tak letak daun ketumbar. takde stok. Boleh try ok. Sedap gituuu

Resepi: Sos steamboat ala Johnny
Sumber: aisyrania.blogspot.com

BAHAN :

8 tangkai lada merah
4 ulas bawang putih
5 sb minyak bijan
5 sb apple cider *aku guna cuka 
5 sb sos ikan
2 sb sos tiram
2 sb kicap
1/2 cawan air
1/2 sb sunquick *  mesti pelik kan..hehe..kat sini la yang bagi rasa masam n pekat dia...
Bijan * disangai dulu yer
1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos..kalau sos mcm da pekat takyah letak pun takpe ye..
Daun ketumbar * racik halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA :

Kisar lada bersama bawang putih..
Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram..
Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) .
Perasakan dengan garam n gula...kalau rasa dah okey..masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar ..letak sikit je 2 bahan ni..coz nanti masa hidang nak makan baru letak lagi dalam mangkuk sos tu..
okeh siap...senang kan...campak-campak jela.... :p




jemput bersteamboat  =)



walah tedap tangat ok. masuk bakul angkat sendiri namanya. habis sape lagi nak puji kalau tak diri sendiri. wahahaha. silalah cuba. sos steamboat tu pueh hati sangat jah oiii. bape kali round aku refill ni. 3 kot. Gulp !



lets klik !!

18 comments:

Acik Erna said...

assalam leya..acik sampai la ni tak pernah makan steamboat..tak tau apa rasa dia

fairus said...

WALLAWEY.. MEMANG TERBAIK..

Asyifa Mustaffa said...

Wahhh..terbaik nie...x yah g kedai dah nak buat cmni...buat kat umh je kan...:)

Re ~ pes kerutuk tu...ok la...rasa mcm rendang...tp mmg kena buh cili skit kalau suka pedas...sbb kalau x buh cili...mmg x pedas lansung...

Kakzakie said...

Ohhh... superb ni Lya. Kalau keluarga kakak yg menghadap mahu sekali lalu licin:)

redza said...

sedap weh!

wahida said...

sumpah terliur...huwaaaaaa....

apa kata ko jemput aku makan2 kat rumah ko nok? hahaha....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

adoiihhh.. terliur plak tgk steamboat tuh.. dah la tengah puasa ni dik oii.. sabar jelah.. hehe..

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum... sedapnya stemboat... banyak bahan lak tu... puas korang yer... yg betambah syok sbb ada rosemarry chicken tu... sedappppppp la haiii...

Ain Noraini said...

waaa sedapnya...
lama tak buat steamboat ni..buat mkn2 sendiri kat rumah...

Knor said...

lain kali ajaklah teman2 maya ni..hari2 tgok je..

kesian kita orang..kui..kui

makcikkantin said...

Lya,
1. ayam tu walau tak garing...the look is there okay...dah masuk keeper makcik :))

2. steamboat meriah...makcik dah keep resepi sosnya.

THANK YOU

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pergh....ini mengiurkan.... !!

KakNi said...

Wah, tak payah ni belanja besar di johnny kan... (^_^)b

JuadahMalaysia said...

tak pernah buat sendiri steam boat. dulu2 pekena kat johnny je. skrg xde geng nak makan sbb mr suami pun tak gemar.

Shark Kay said...

memang best buat sendiri.
kalu kt jihny ni dh braper kene caj,
mmg terbaek.
lpas ni bleh buka kdai.
hehe.

eqa_nadirah said...

wah... menarik.... gne rice cooker je.. nti leh try kat umah... x yah dh nk bli bkas dia kan... (dtg singgah)....

aizamia3 said...

kalau makan steamboat ai lebih suka pilih sup dari tomyam.. senang sebab yang nak makan anak2.. ;)

arora ateh said...

Nyumm.best kan dapat buat sos sendiri tp rasa dia mcm kat kedai..puas hati n berbaloi2 gitu...👍