Tuesday, October 22, 2013

apa yang boleh kita masak atau makan bila tiba hujung minggu

Assalamualaikum

Rasa macam lama plak tak update blog hahaha
Mokcik is very the busy bee. Banyak plak kerja lately
Last week, khamis sampai lah ahad, aku di tinggalkan terkontang-kanting di rumah sebab yang lain semua balik kampung (ganu kite), sebab adik aku yang no 3 tu konvo UMT. Aku tak balik. Kerja 1 hal. Pastu nanti tak muat 1 kereta, kene bawak lagi 1. Tak kuasa la aku nak drive huahuahua
Hari jumaat baru berdua. Adik bongsu balik. Nasib baik. Kalau tak terkeruk-keruk seorangan di rumah

So memandangkan yang lain takde. Mood nak masak tu biasanya terumbang-ambing jugak la. Tapi kali ni, terrajin main masak-masak menyepahkan dapur

Mari kita lihat gambar berikut (bajet ayat buku teks darjah 3)




mangga tu pokok belakang rumah. pokok makcik. banyak gila berbuah sampai tak larat nak makan. yang muda-muda makcik aku jerukkan. yang dah masak dia bagi2 la. Bagi pon dah nak 10 biji, jenuh nak makan




dinner hari sabtu. telur dadar cheese. sebab aku lemas tengok cheese dok bertenggek dalam peti ais. tak tau nak makan dengan apa. aku rough chop then campak je dalam telur dadar. tu yang jadi kaler gitu hehe




masak sardin cili padi. tak pedas plak padahal 10 biji cili padi aku campak. cili pokok belakang rumah tak kick sangat huhuhuhu




breakfast ahad buat nasi lemak ayam berempah. kemain siap ayam berempah hahaha, ni makanan untuk breakfast dan lunch. malas kecah dapur banyak kali





petangnya buat sicilian orange cake tanpa glazing. sebab glazing dia pakai icing sugar dengan oren. aku takut manis huhuhu




ni dinnner merengkap breakfast keesokan harinya. hahaha pakej kan. bagus bagus bagus. bubur daging korban bersama aksesori lain-lain


sekian laporan makan hujung minggu bye



lets klik !!

16 comments:

adrianna syaz said...

Sardin..hehe..kegemaran2...rajin memasak ni..ada kek oren jgk ni..sedap kan..resipi ada...nk?hehe

asyifa mustaffa said...

Kemain la mknannya...sedap tu...lama x mkn nasi lemak ngan ayam greng berempah..arghhh...hilang diet tgk mknan ni!

Dr Singa said...

kesiannnnnnnnnn dia kena tinggal!!!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Lya..awak memang hebat makanan simple macam ni pun boleh buat terliur tau ...

KakNi said...

saya pun selalu masak merangkap breakfast + lunch atau lucnh = dinner... malas nak kecah kan?

fairus said...

RAJINNYA MEMASAK.. TERBAIK..

YanaUjang said...

tringin btol aku berjiran dgn ko...rajin oii masak! aku dh jadi mak mak pon x gigih nk masuk dapur..kahkah :p

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahhhhh tersangat rajin ni...kalo moon sorg2... balik2 nasi goreng je la kot huhuhu....

JaSSNaNi said...

breakfast kita hari.ahad lepas sama.. nasi lemak tapi saya sambal bilis petai.. hehehehe

Knor said...

sardin pun ok...org kata tak elok mkn sardin..akak mkn juga...masak lemak cili api..terangkat pinggan..

kira rajilah anak dara ni ke dapur..untung sapa2 nak jadikan bakal isteri ni

Acik Erna said...

tengok gambar buah je dah buat acik terliur

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

rajin anak omak... memang tak laparlah walau ditinggalkan sebulan seorang diri... anak omak pandai masak.. hehe..

sudipVSsenduk said...

hujung minggu adalah hari gantung kuali :)

Kakzakie said...

Bubur juga yg memikat mata kakak. Kakak ingat nak buat jugalah hujung minggu ini.

JunAina said...

Sekali masak makan berkali2...suka...

NM03 said...

bubur tu mcm bubur lambok. sedapnyer