Friday, October 25, 2013

baru nak addicted

Assalamualaikum





Malu jugak nak mengaku ni hahahaha
Dulu, kalau adik-adik aku ke, kawan-kawan aku ke, tengok Running Man (RM), mesti aku cakap "hek eleh apa benda la korang tengok si kpop ni"
Nak2 adik aku, memang penggila sangat la. Drama korea la penyanyi la apa-apa la berkaitan si korea ni. Terutama running man. Aku pon jadi musykil, "best sangat ke RM ni??"

Pastu kat office aku ni ada jugak yang memang hantu RM. Memang ada sorang colleague ni supplier RM yang dia download. Asal ada episod baru dia passing2 la thumb drive dia kat siapa yang minat, then copy la

Aku pon dah dia pas thumb drive tu, aku amik je la. Siap ada 1 folder penuh RM punya episod. Dari Ep 1 sampai yang paling latest



see banyak gila. 1 folder penuh RM dari EP 1 sampai latest. Aku pon layan je la. Sekali best pulak. Baru aku faham kenapa adik2 aku tengok pastu gelak cam haram. Sekarang, dengan aku sekali dah addicted. huwaaaaaaaaaaaaa. Susah pulak dah addicted ni. Tiap-tiap malam layan. 



akhir kata, saya tiba-tiba telah menjadi si peng-addicted running man



lets klik !!

18 comments:

fairus said...

SEBENARNYA APA YANG BEST CERITA NI?

redza said...

aku tak minat langsung drama korea, kpop semua tu

Dr Singa said...

tahniah terjebak beb!!!



saya lom..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pernah tengok RM ni dua kali je rasenya..tapi mmg kelakar sgt .....

Puan Ida said...

hehehe kan dah terjebak
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no657

Kakzakie said...

Kakak tak pernah mengikuti pun Lya. Anak-anak kakak adalah macam Lya siap download...

NM03 said...

tak reti nak layan sebab tak tau permulaan. kawan opis sampai bengkak mata layan RM tengah mlm buta sampai membawak ke subuh...

YanaUjang said...

hoihh dasat..moral of the story..jgn cuba² layan running man..pasti addicted! boleh?? kahkah :p

sudipVSsenduk said...

akal fikiran, hati, jantung, limpa dll masih belum boleh terima running man...

siti alfakhishah aman said...

sejak RM keluar kat TV2 baru tau ape tu RM.. gelak guling2.. rumah xde asterok katekan..

silent readers~

Knor said...

tak sempat nak tgok tv pun..anak2 dara sukalah kan..hatta anak2 kak tak pernah tgok juga..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

anak sedara akak ada sorang yg addicted ngan drama korea... sampai fb dia pun guna gambar pelakon korea (yg akak sendiri pun tak kenal namanya) buat profile pic.. nyaris2 akak nak unfriend sbb tengok nama dah pelik benor ngan gambar tu lagi.. hahaha...

Zuraidah Butang said...

sy suka sangat running man...klakar kan...kalo tgk ngan hubby leh gelak2 sakan lah..hehe

asyifa mustaffa said...

mmg bole pecah perut gelak bila ada tang kelakarnya....da lama pun nengoknya....dri anak 3...smpi la ni anak dah 4...hahaha.....

Bole ilang stress tau tgk ni..:-)

Afasz said...

adik sy pon suka tgk running man ni, kekadang kalau dia tgk yg ulangan nye, sy pon tgk gak, cam best tp tkde lak addicted. huhu maybe sbb sy tk minat sgt korean.hehe...

tq singgah my blog... balas kunjung

Shark Kay said...

huhuh..
sama geng..
boleh muntah tu nk layan dari episod 1..

ji hyo si jaguh pilihan shark :)

aizamia3 said...

kat office ni ramai je yang layan tapi ntah kenapa saya tak minat nak tengok..

Alia Laila said...

Sama kita kak ! Baru nak terjebak ! Hihi ada jugak geng yey !

Dulu asyik cakap dekat abang dengan kawan-kawan, apabenda la yang hampa duk pulun gelak ni. Last last addict jugak lepas sekali tengok wkwkwkwkw