Wednesday, October 2, 2013

Bingka Pandan Sedap dan Mudah

Assalamualaikum

Ok seperti yang di janjikan aku nak tepek resepi bingka pandan
Resepi ni aku google je. Ko ingat aku ni chef ke cipta resepi sendiri? Memang tak la kan ! hahaha. Apa guna bayar internet mahal-mahal kalau tak nak utilize kan? Apa kaitan???  kuikuikuikui

Resepi ni dapat dekat blog Sinar Kehidupanku. Punya banyak resepi kuih muih. Macam-macam ada okey
Ahad lepas craving bingka pandan. So cari resepi bingka pandan je la. Resepi seperti di bawah:


Bingka Pandan
Sumber: http://yatiememories.blogspot.com/2013/08/bingka-pandan.html

Bahan- Bahan
  • 1 cawan gula (aku guna 3/4 cawan je)
  • 1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 1/4 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing 

See ! Senangkan. Campur semua bahan dan blend je. Mau aku tak suka hahaha. Kau kalau dah dasar pomaleh tu, semua nak senang je kan. Eh ada je resepi yang lain sket. Korang kalau nak cuba yang lain, google lah sendiri hekhekhekhek




aku bakar lama sket nak bagi garing tepi-tepi tu




weyhhh suka sangat dan sedap pulak tu ! Alhamdulillah. First trial menjadi. Almaklumlah I amatur bab membuat kuih lama-lama ni. Tak pandai sangat. Tapi ni menjadi alhamdulillah. Langsai seloyang. Aku godek yang tepi kerak tu sokmo. Lazat nyam. Silalah cuba. Thanks owner resepi sebab share resepi yang mudah dan senang untuk amatur macam saya. Nanti nak cuba bingka lain plak hehehe




siap potong nak bagi makcik. tak sempat plak tanya komen makcik gua. Nanti lah baru tanya hahaha gedik sangatsssss


k bye dan selamat mencuba !!


lets klik !!

11 comments:

asyifa mustaffa said...

Mmg sedap...! Da bnyk kali buat ikut resepi k.yatie ni...:-)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

ni kira rajin la lagi..kalau pomaleh macam den ni hah..jgan kan blend sume... kalau boleh nak ngap je ...hahhahahah mmg terserlah kemalasan nya.......

Cinta Cinta said...

wah.. dah ada resepi.. thanks ye

Ain Noraini said...

mesti la sedap tu...
pandai buat kuih...kakain belum pernah buat kuih bingka ni...

fairus said...

BAHAGIAN KERAK YANG TEPI TU YANG PALING SEDAP.. NYUM.. NYUM.. NYUM..

Acik Erna said...

sedap tu lya..tengok warna hijau tu pun dah menarik minat

JunAina said...

Akak pun suak guna resepi dari blog yatiememories.

kalau rajin semua menjadi.

makcikkantin said...

TQ. makcik simpan resepi ni :)

Alia Laila said...

Ish. Ni yang malas datang blog ni. Asyik tempek gambaq makanan ja kak ni. Hahaha :p

Alia suka bingka apa tah taktau nama, tapi warna hijau jugak.

Dr Singa said...

terbau kewangiannya..

cewahhhh

Ismail Said said...

Lagi wangi kalu campur dgn serbuk jintan manis setengah sudu teh..tak cayer..!!...try ler