Friday, October 4, 2013

laksa sarawak dan eskrem dan teman orang dating

Assalamualaikum

Aku tak pernah makan laksa sarawak. Dan aku rasa aku tak pernah nampak kat restoran mana ada jual laksa sarawak kat Melaka ni. Kalau nak buat sendiri memang tak lah kan. Alang-alang laksa belah semenanjung pun aku tak pernah buat, inikan laksa sarawak???? Jangan malukan diri sendiri okey

Maka selasa lepas, eh selasa ke rabu ntah. Tak ingat. Kawan aku yang kerja kat SWM ajak makan laksa sarawak. Ada 1 restoran kat Taman Teknologi Cheng ada laksa sarawak. Owner dia memang orang sarawak. Dulu pernah pergi tapi tutup. Dia cakap tutup sebab renovation kot. Nama restorannya Restoran Aynas World

Haruslah tanpa melihat menu dengan konfiden nya "saya nak laksa sarawak !!"



bau dia sedap. dia macam tak guna ikan. maybe rempah belah sana. pakai bihun. isi dia ayam, udang, tauhu kembong, taugeh, telur. Dan makan bersama sambal dan limau kasturi



untuk amatur yang tak pernah makan laksa sarawak, saya rasa ia adalah not bad. sedap jugak. licin jugak aku bedal wakakakaka. eh boleh repeat la makan kat sini. kedai dia pun selesa. toilet tu yang penting, bersih. hahaha



Ni alkisahnya semalam. Teman budak office aku dating hahaha. Kalau dia tau aku update kat blog, matik lah kan. Hahahaha kelakau pulak. Motif sangat teman orang dating. Macam paparazzi dah aku ni. Eh bukan aku sorang ye. Berdua jadi paparazzi hahaha. Dok meja lain-lain la. Yela first time jumpa, mana yakin kan nak jumpa alone ni. So aku dengan another colleague ni teman la dari meja lain. Sambil tu order eskrem dan mencekik lah

Oh ye. Semalam lepak kat Justberrys Dessert House
Bunyi macam gempak je. Tapi sebelah tower office iols je hahaha



mine. Coco Strawberry RM 9.50. Sedap. Tapi dia actually ada 1 layer jasmine tea jelly. Aku cakap aku taknak jasmine tea layer tu. Sebab dulu pernah order yang ada jasmine tea layer tu, nak muntah aku makan



kawan punya Mixed Fruits Loh RM 9.00. Pun sedap sebab banyak fruits



Tu yang purple kat hujung tu makcik yang nak dating tu. Tapi grrrrrrrrrrr. Aku plak slack duduk membelakangkan entrance. Kawan aku lagi sorang ni tepi dengan entrance so orang keluar masuk dia nampak la. That guy dah jalan masuk sampai belakang aku, tapi kawan aku slow talk "jangan pusing dia ada belakang kak aini". Woih sah lah aku tak toleh, nampak sangat paparazzi kang hahaha

Pastu tiba-tiba kawan aku tu keluar. Dalam 15 minit tu dia masuk. Aku siap tukar tempat duduk sebab nak tengok kot-kot dorang lalu depan kedai ke. Haram takdo ! Kawan aku cakap, that guy tu tau yang kitorang berdua ni kawan dia. Huahauhauhaua haram jadah. Misi paparazzi tak berjaya !


lets klik !!

15 comments:

fairus said...

SAYA DAH BIASA MAKAN LAKSA SARAWAK.. SEBAB AKAK IPAR SAYA ORANG SARAWAK.. :)

redza said...

laksa sarawak tu sedap

adrianna syaz said...

Tak pnh mkn laksa serawak..byknya buah.,nmpak gt sedap...nk kna pg try ni..

Salam kenal..saya folow blog fazleyatul.jika sdi berkunjung ke blog ya ya :)

Crew Fathi said...

Amboii.. sodapnyaaa.. Grrrr

Kakzakie said...

Taman kakak ramai yg asal dari sarawak, kalau kenduri/tahlil mereka hidang laksa ini...

Bagus kawan Lya berjaga-jaga sebelum terkena. Lya & kawan pun bagus tak kacau just tengokkan aje, sebab sekarang ada juga yg pura-pura baik tapi terjadi macam-macam bila bertemu. Boleh jadikan panduan ni. Tak salah... tip selamat sebelum terkena:)

diana said...

Sedap nya..laksa sawak ni lagi pedas lagi syok..tapi ada jugak yang tak suka pedas2..

Dr Singa said...

nanti-nanti kalau ada bunga api.. boleh deting nengok bunga api ya..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hahahhaah...kelakar la boley plak that guy perasan yang uolsss kawan dia...hasihhh...spoilll

YanaUjang said...

laksa swk ni bg aku muak sikit..sedap tp x leh mkn byk..makcik aku pnh buat..dia kata rempah2 tu mmg bli siap2 dr sana..kt sana jual peket khas utk kuah laksa...secret ingredients..nk buat mmg kena bli siap kuah dia yg jual dlm bentuk peket2...ko phm x aku ckp apa ni??haha

Knor said...

tak pernah mkn laksa sarawak..tggu lya belanja lah..

paparazzi upahan ke ni?

sudipVSsenduk said...

pernah minumm air kotak jasmine tea... Weeeekkk!! rasa mcm perah air dari sanggul aci jual bunga malai tepi jalan

Ain Noraini said...

pernah beberapa kali makan laksa serawak..sedap jugak rasanya...

gadisBunga™ said...

feveret dahhh laksa sarawak nihhh...!!!

Alia Laila said...

Ya tuhan.. Temptingnyaaaaa :'(

Waa baru tau laksa Sarawak tu guna bihun. Ingatkan macam kita guna laksa gemuk-gemuk tu. Tunggu akak buat dulu la laksa Sarawak, pastu baru saya try pulak ekekekeke :B

Kelakar pulak rasa baca cerita teman orang dating tu. Hahaha !

LYAfrina said...

hihi..kes2 tmn bdating ni tringat plok zaman skoloh dlu.. pnh mkn sekali lksa sarawak.. dia rsa cam berempah skit kn..