Wednesday, October 16, 2013

random raya haji 2013

Assalamualaikum

Salam Aidiladha. Hari ni masuk kerja. Bawak bekal leftover kari itik, kuah kacang dengan ketupat haha
Kerja banyak pulak hari ni. Gambar dah upload awal-awal. Tulisnya tak jugak. Busy tetiba noks.
So ni sementara tunggu manager aku, kasi tulis sket then publish

Raya haji paling best so far sebab sepupu sepapat ramai balik. Biasanya raji haji kitorang ni nan hado je. Tahun ni ramai yang pulang. Makanan best-best pulak tu. Chef ada balik  mau tak best hekhekhekhek

Pagi raya bangun lambat terkocoh-kocoh mandi nak p masjid solat raya. Balik dari solat, kerja nya makan melepak makan melepak makan melepak petang mandi laut ramai-ramai sampai naik legam dah ni

So, macam biasa lah. Random kan je



Rendang ayam kampung sedap pedas gilass




Ultimate fav kuah kacang ayam. Ni memang terbaik sangat



Signature dish. Compulsory ! Kari itik




Chiffon pandan tapi rasa oren. Hahaha ! sebab by the time nak tuang esen pandan (take note aku tak kuasa nak blender daun pandan segala), ada lah dalam 2 titis je tinggal. So konon improvise, yang ada pon esen oren je, aku tuang je lah. Tapi sedap la pulak. Cuma kene switch kan mind "oh ini kek pandan oren" hahahaha




Aktiviti memasak sume kat belakang rumah. Mendongak ke arah hasil tanaman, ku lihat kuini sedang rancak berbuah "hurm ini kalau dah nak masak sampai rumah jiran baunya", bisik hati kecilku. puihhhh bermadah sangat



Tugas mengocak rendang by yours truly



Pertama kali raya haji pakai ketupat anyam. Sepupu bawak dari Puchong. Daebak ! 104 bijik. Tapi belum tengah hari dah habis, terus rebus ketupat segera 2 pek. Hahahaha



the best nasi dagang ever by mak lang

Langsai semua menu. Makcik ada yang masak rendang kerang dengan kari ayam kampung. Hoih jenuh 1 hari full melantak je. By petang, semua beratur cek darah hahahaha

Sekian kisah raya haji kami yang tak kemana, balik-balik makannnnnnnnnnnnnnnn je
Sorry hari ni tak sempat nak blogwalking, esok lah ye hihi

lets klik !!

14 comments:

Acik Erna said...

sedapnya menu raya haji aini

fairus said...

BUAT LAPAU PERUT JE..

adrianna syaz said...

Ketupat daun kelapa tu pyh sgt nk cri skrg...semua pkt x tau nk anyam..huhu

redza said...

rendang ayam kampung, kari itik tu..sedap!1

Cinta Cinta said...

meriah makanan macam ni.. memang tak keluar rumahlah... habis kan je apa yang ada...

Kakzakie said...

kalaud apat ayam kampung dan itik memang best.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahhhh mmg etrbaik ni...penuh dgn juadah...

gadisBunga™ said...

kari itik!!! awat tak cakap ada kari itik???

TiranaAduka said...

salam
Salam kenal dari tirana aduka.
Maaf dtg tanpa di undang

Amalina Hussain said...

peehhhhhh....sedap tuuuu...kari itik kuek kuek kuekk.. :)

Wak Gelas said...

sodappnyer makkk.,ahHKs

Zuraidah Butang said...

beshnyeeee...raya aji makan mewah kan...sy org melaka gak..i folo u...:P

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

ketupat gantung tu wat hiasan ek? hhihi

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nak tempah kuini barang 2 kg.. hihihi...