Monday, November 25, 2013

Fettucini Carbonara

Assalamualaikum


Sabtu lepas buat fettucini carbonara. Tiba-tiba sangat. Adik aku la tu, nak buat. Last-last dia keluar p wedding kawan dia, ahkakkkk jugak yang kene buat. Aku dah la tak pernah buat carbonara ni. Aku kureng suka. Kalau bolognese tu expert la jugak. Wah expert ke. Tikam diri sendiri dulu. 

Resepi aku tengok kat blog kak Ratu Kebaya. Aku ada ubah sket-sket la. Biasa la bab menderhaka resepi ni aku memang expert. Nasib baik menjadi wehehehe

Ni bahan yang aku guna:

Fettucini pasta - 1 bungkus
Isi ayam - ntah berapa banyak aku letak. Ikut suka je hehe
Bawang besar 1 dice kan - bawang holland takdo. Guna je bawang biasa hehe
Garlic 2 biji ketuk
Bell pepper 1 - dice kan
Mushroom 1 tin - dice jugak
Fresh milk - 1 kotak large tu
Campbell's Cream of Chicken & Mushroom - 1 tin large
Prego Sos Carbonara - 1 tin large
Cheddar cheese - ntah aku letak berapa banyak tak ingat. Agak-agak lah ye
Black pepper powder - ikut rasa anda

Rebus pasta dengan garam sket. Toskan then gaul dengan olive oil. Ada orang suka letak minyak masa masak tu. Tapi aku follow Nigella Lawson punya method. Dia selalu letak garam sket masa rebus pasta. Bila tos pasta, baru gaul minyak. Konon followers Nigella lettew kan haha

Panaskan olive oil sket. Tumis bawang dengan garlic. Pastu masukkan susu, isi ayam, sos prego dengan campbell's cream tu. Then masukkan bell pepper. Aku masukkan lambat sket. Tak suka bell pepper tu masak sangat nanti lembik. Then masukkan mushroom. Gaul jap. Masukkan cheese. Bila cheese dah larut sepenuhnya last sekali baru makcik masukkan black pepper powder tu. Rasa la sendiri cukup ke tak. Aku tak letak garam ye. Sebab rasa dah ok. Kalau tak pekat, korang tambahkan la cheese tu. Pandai-pandai lah ye adjust sendiri hehehe



Lazat. Ye aku konon je tu siap nak tabur pepper lagi kan. Nak bagi cantik kekdahnya. Last-last gaul hilang gak hahaha. Selamat mencuba. InsyaAllah kalau buat dengan ikhlas dan happy, pasti sedap. Walaupun first trial. Gagagagagaga naik lift tekan sendiri sangat kannnn




Ni semalam pergi wedding kat Taman Panchor Jaya, Ampangan. Sesat ko. Sampai dah jumpa simpang Bukit Putus. Scary. Terus u turn. Huhuhu. Lapo gila. Sampai pun dah lambat. Orang tak ramai. Best. Boleh makan senang lenang hehehe

Tu je bye


lets klik !!

9 comments:

sudipVSsenduk said...

Fettucini carbonara!! :p

nak ke Ampangan sesat sampai ke Bukit Putus... huh, jauh sangat sesatnya tu.

Kakzakie said...

1. Kakak suka fettucini carbonara tapi abang suka spaghetti bolognese.

2. Nasib baik hidangan masih ada walau sesat... kalau dah habis haru dibuatnya...

Knor said...

Eeemmm sedap2...bukit putus..seram je dgr..

asyifa mustaffa said...

X pnh buat yg ni...klau nak mkn kna bli...isi rmh ni mnat yg bolognes...yg ni x pedas kta mreka....tu yg x pnh buat tu....

Alhamdulillah....ada rezki lg tu...

Amalina Hussain said...

menggoyangkan anak tekak patik saje..

LYAfrina said...

hohoho.. kalo y guna sos carbonara,,, mmg febret lya la..

adrianna syaz said...

Aaa..sedapnya..pos sikit leya...tak pnh ty buat lagi ni..nmpk sungguh sedap ok....:

fairus said...

TERGELIAT LIDAH NAK SEBUT NAMA MAKANAN TU.. :D

fairus said...

TERGELIAT LIDAH NAK SEBUT NAMA MAKANAN TU.. :D