Friday, November 22, 2013

jalanraya


Assalamualaikum



awal pulak update blog hari ni kan. very sorry peeps mood nak update lately ke laut jugak. Vitamin M dah menyerang. Apa pon tak bleh

semenjak cuti sekolah dah start ni, perjalanan nak ke office tu boleh tahan smooth jugak kan. Aku pulak memang keluar awal. Pukul 7.10am macam tu dah keluar. Macam cikgu kauuu. So sampai office memang dah nak kol 8.00am. Cemerlang sangat. Sorang haram tak muncul kat office lagi aku dah tercogok

Kelmarin ada baca kat Facebook "Saya Anak Melaka". Dijangka seramai 1.9 juta pelancong akan memasuki Melaka dalam musim cuti sekolah ni. And yes, boleh bayangkan how crowd lah Banda Hilir tu. Memang jangan harap aku nak jejak sana sepanjang cuti ni. Boleh amarah nanti

Aku perasan lah sejak 2 - 3 minggu kebelakangan ni. Nak pergi kerja pagi tu. Aku rasa biasanya pagi-pagi ni otak kita mesti fresh kan. Kira mood pon macam ok lah. Tapi yang mengganggu mood aku adalah, ada 1 kereta saga blm merah ni. Driver nya wanita. Not sure tua ke muda. Selalu jugak follow belakang aku. Lantak la ko nak follow belakang aku ke belakang kereta siapa pon aku tak kisah. Yang aku kisahnya, dah lah follow belakang kita, dia punya jarak dengan kereta depan, takut aku ! Dia suka follow dekat ok. Macam pagi tadi, dia dok belakang aku. Jalan aku nak p kerja ni kereta memang banyak. So kebarangkalian nak memotong tu payah la. So duduk la ko diam-diam bawak kereta dengan tenang kan. Ini dia punya jek kereta depan, ko ingat ko bawak ferrari ke semah ? Aku yang kat depan dia ni dah tak senang duduk. Bukan apa. Kejap-kejap aku tinjau side mirror aku tengok makhluk belakang ni punya rapat. Takut la kalau apa-apa kan. Ko dah apa masalah. Tak boleh jaga jarak ke? Ko tak pergi kursus komputer masa nak amik lesen dulu ke. Jarak antara kereta kita dengan depan ko tau tak selang macam mana ? Pergi amik kursus balik ye makcik.

Lepas tu, tak cukup dengan dia ikut rapat. Dia bawak kereta boleh tahan macam orang mabuk todi jugak la. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Dah la laju. Aku ni meman seriau sket la bab follow dekat ni. Bukan apa, kereta aku tu dah 2 kali orang cium vontotnya. Memang aku berangin sket la kalau makhluk yang jenis suka ikut rapat ni. Kalau ada jual LED board untuk kereta, aku nak kat LED board tu tulis "Jangan ikut rapat sangatlah binawe". Hahaha boleh ? Marah aku pagi-pagi ni hahaha

Tapi pagi ni memang ramai orang mabuk atas jalan kot. Yang follow dekat tu 1. Dekat 4 - 5 kereta dok main potong kiri. Kelas kau. Nak kata jalan jammed tak pon. Smooth je. Mungkin dia nak terberak agaknya kan. Tu yang sampai main potong kiri. Kesian kesian

Ke aku yang bawak lambat? hahahaha. Tapi jalan kampung kan. Jadah haram nak pecut laju-laju. Tempah maut namanya. Lain la ko lalu AMJ ke. Munasabah la nak pecut

Itu lah kadang-kadang. Kita dah cukup berhati-hati. Tapi sebab orang lain yang ambil mudah, kita sekali kene. Apa nak buat. Dalam dunia semua orang tak sama ye dak

Kesimpulannya, nak makan apa tengah hari ni? Hahahaha
Okebai


lets klik !!

9 comments:

Dr Singa said...

"Jangan ikut rapat sangatlah labahau !!"

redza said...

sabar je la

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

huhuhu... moon pon paling x suka kalo org suka drive rapat2 ni.. aishh...risau ajerkk... huhuhu

Cinta Cinta said...

akak pun seriau jugak kalau org follow dekat2 ni..

adrianna syaz said...

Tetba yg last tu apa nk mkn..ngeh..ngeh...sya aritu sip kna bhasa isyarat tnjuk jati tu dgn drebar lori..teruk btl..dah salah dia,kit plak yg kna..huhu..

Jom jd jiran..mesti dpt mkn kek tetiap ari..hehe

fairus said...

SAYA YANG DUK MUZIUM NI TIME CUTI SEKOLAH NAK KELUAR PON MALAS MAKAN PON MALAS.. JAMMMED LER..

Knor said...

Byk org kurang waras kt malaysia ni pndu kereta..

hantulari said...

Kikikiii, i forgot how much fun I ll have reading yer entry, kakakakaa, made my day pepagi dah ko dek lya oiiii

LYAfrina said...

hihi,..melaka mmg tmpat tumpuan la klo musim cuti sekolah.. lawatan2 skolah pon bykpilih melaka sbg salah 1 destinasi