Tuesday, November 12, 2013

random lagi hihi

Assalamualaikum


Paling senang kerja kalau gambar banyak dan berterabur, aku random kan je
Malas nak fikir ni bila punya kisah *gila punya pemalas*
Tapi ni aktiviti dari sabtu - isnin la
Semalam ahkak cuti. Amik cuti sukati namanya. Sebab nak p repair kereta. Bearing kereta aku bising nak mampuih
Bearing kan kalau dah sampai waktu dia nak meragam kan dia bunyi berdengung je kat tayar
Aku mana tau tu bunyi bearing. Aku main lenjan je bawak sebab ingatkan sebab tayar dah nak botak
Gila lah namanya sangat perempuan kan. Main lenjan je. Tak tau tayar dah nak botak. Sekali dah tukar tayar, bunyi dengung still ada. Suruh kawan test drive, dia cakap tu bearing. P tukarrrrrrrrrrrr


Ni hari sabtu. Mama takde plak. Sekolah dia ada hari kantin. Time tu la nak hari kantin la hari apa lah kan. Pastu ada tetamu nak datang. Tak tau nak masak apa. Last-last 4 beradik bertukang masak mee kari kat dapur. Tetamu dah sampai, mee kari tak masak lagi huahuahau. Punya lembap kau masak hoih



Tetamu dari Johor. Dia bawak ini burasak. First time makan. Sedap. Rasa dia macam lebih kurang lemang la. Dia bawak sekali rendang daging & sambal sotong. Marvelous sangat



Pastu malamnya ada buat bbq. Rai kan tetamu. No pic. Malas. Penat lagi. Macam buat kenduri kawen kekdahnya. Siap sakit kaki bagai. Dasarrrrrrrrr hohoho

Beli nenas pagi tu. Woih aku menaip sambil telan liuran tengok pic ni  -_-



Cream puff order dari dak Adriana Syaz. Woih sedap tau ! Tak muak cream dia. Best sangat !!Amik dari dia petang sabtu tu. Masuk kereta, dengan kebuloq nya 4 beradik ni terus bukak pack. Makan. woahhh lazat kau. Tahniah babe. Memang best. Semoga berjaya bisnes anda dan murah rezeki. Amin   ^_^





 Hari ahad melayan running man je 




dan makan nenas cili kicap lagi *kecur liuran*




ni semalam. aku ajak teman repair kereta, dia bantai membuta.Bearing RM 85. Brake lining RM 40. Upah RM 25. Okey ke mahal? Ntah aku tak tau. Malas nak fikir hahaha. Bengkel ni pon kawan tunjuk kan. Okey la asalkan dah takde bunyi membingit tu dah




Petang teman mama dengan baba pergi Nissan. Apa lagi lah theyols 




Sementara theyols dok usah kereta tu kereta ni, aku melayan cite korea. Sampai pening kepala aku tunggu hahaha




Hari tu beli power bank kat Groupon. 12000 mah RM 68 aje. Pilih kaler silver ni. Ok la tu kan. Aku rasa dah kira berpatutan la harga tu. Ke ada murah lagi ? Ntah lantak asalkan boleh guna, aku bedal je. Malas nak compare banyak-banyak. Buat sakit kepala ai je hohoho


Tahniah buat abang Fairus dan isteri beliau di atas pembukaan Butik Chenta Creative. Butik dia ni ada kat Pandan Square, Kompleks Kesidang, Bacang, Melaka ku sayang. So orang Melaka moh kita serbu ramai-ramai. Ada macam-macam ok. Atau boleh jenguk FB Chenta Creative Hijab.


lets klik !!

10 comments:

attyfir said...

Sedapnya mee kari ..bagus tul adik badik ni gotong royong, ,masak mee kari ..

Burasak tu ,1st time kty dgr.

nenas + kicap.. buat org terliur tau. :)

asyifa mustaffa said...

Bnyak benor dik oi sekali random....ahkak pun x tau nak komen tang mna...hahaha...
Tp kan...tp kan...yg pling menyerlah..adalah nanas itu...! Telan air ko....sib baik tgh kunyah pisang...ilang kecur liur....

adrianna syaz said...

Wah..mee kari...makanan..hehe..sedap eh leya...tima kasih2 leya.terharu sya..hehe..nk cari jgk powerbank cm ley tu...hehe :D

fairus said...

TENGAH LAPAU NI.. TERLIUR BILA TENGOK MAKANAN.. HUHU

eelobor said...

alamak....dah lama tak makan mee kari. teringin nak makan la pulak tgk gambar tu. hujung minggu nie seharusnya kena mencari nie...

LYAfrina said...

1st time dgr nama mkanan burasak ni... tgk r, makanan dl malaysia sndiri pon byk agi x explore... sibuk nak b'western food.. hehe

Knor said...

Mcm sdp jer nenas tu...nk beli keretalh tu...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahh layan running man jugak yerkk....

wahida said...

burasak tu aku biasa dengar tapi tak pernah rasa...huhu...

wah, mak pak ko usha nak beli keta baru kah?

Kakzakie said...

1. Burasak tu tradisi bangs bugis tau Lya.. kakak ipar kakak org bugis tiap kali raya kami makan ini

2. Mak-abah nak beli Almera ye:)

3. Mee kari anak dara mestilah sedap:)