Tuesday, December 3, 2013

cuti sekolah dan makan nasi minyak memang tak dapat dipisahkan

Assalamualaikum

Punya panjang tajuk
Tapi tu la kan. Aku rasa bulan 12 ni tiap-tiap minggu ada wedding invitation
Mak ayah aku lagi la banyak invitation diorang kot
Haih bila la aku nak invite orang kannnnnnnnn *krik krik krik*

Ahad lepas ada 3 wedding. 1 tu orang kampung sini. 1 lagi anak staff baba. 1 lagi kawan baba punya anak merangkap mama punya bekas anak murid merangkap kawan 1 kelas aku masa sekolah rendah. wahahaha paham tak rantaian dia tu? buat-buat faham dah




sabtu malam hari tu kawan masa sekolah menengah datang rumah bagi kad kahwin dia. dia kahwin 29/12 ni. Sempat borak-borak sejam lebih jugak depan rumah. Tanya dia pasal wedd preparation dia, berapa banyak ongkos kahwin. Agak telan ailio jugak la aku dengar kos kahwin yang macam-macam ni kan





Ni rumah pertama. Dekat Tanjung Bidara je. Makan buat syarat. Tak kan tak jamah walaupun kenyang breakfast earlier kat rumah, tetap aku balun. Gila tak makan nasi minyak orang kan. Rugi - rugi. Sama macam amik berkat. Rugi tak amik berkat orang kawen. Wakaakak




Rumah kedua yang anak staff baba kat Air Molek. Ni lagi rugi tak makan weyh. Ada favorite sepanjang zaman, tempoyak daun kayu. Siap ada petai. Memang lupa diri aku cilok mama punya petai. Hahahaha.




Rumah ketiga aku tak makan. Sebab ramai gila tetamu dia. So tak dapat seat. Lagipun lauk sama je. So aku jamah kuih je 1. Mama dengan baba je makan. Tapi dapat goodies, ada red velvet cheese cake kau. Kerlasss sangat



red velvet cheese cake dia yang sedap nak mamssss. Tak muak. Just nice. Dah separuh bedal baru nak amik gambo kan. Nampak sangat kekebuluran di situ



ni hasil hari ahad hari tu. Gempak btol goodies orang sekarang. Siap ada popcorn. Belum masuk cheese cake tu lagi, moist choc lagi, muffin mighty white tu lagi. Ish macam-macam kan.

Tapi kalau aku yang kawen lah kan, ni dah cakap dengan adik2 aku sume la. Aku kan klasik. Hahaha. So aku nak bagi telur dalam tisu, tak pon dalam plastik kilat-kilat




< sumber: google image >

ha macam ni. mak suka nyah. Tapi dah tak jumpa pon sekarang kan. So klasik. I like like like



< sumber: google images >

tak pun macam ni. hahah suka suka suka




< sumber: google images >

nak comel sket macam ni. kan. dulu-dulu pon pakai kotak je


berangan je lah dulu woi !! krik krik krik



lets klik !!

11 comments:

Knor said...

lya bikin air liur meleleh..

byknya jemputan..esok2 giliran lya..byklah hadiah..

redza said...

kenyang makan nasi minyak

Ain Noraini said...

sama la tiap2 minggu ada jer jemputan kenduri...

fairus said...

SAYA TERTARIK DENGAN BUNGKUSAN TELUR YANG RETRO TU.. MEMANG MENARIK.. KALAU BUAT ZAMAN SEKARANG, MEMANG ORANG PON SUKA.. MENGIMBAU NOSTALGIA YANG LALU.. :)

Roha said...

terkenang sewaktu dulu2an..
bungkusan telur retro nan kelasik..tak salah di renew balik kan lya..:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

byknya jemputan.. akak satu jemputan pun xde dpt ni.. rindu plak nak mkn nasi myk.. hehehe...

siti alfakhishah aman said...

suka bungkus telur simpul2 pakai tisu tu kaler pink tu..klasik kan..

adrianna syaz said...

Byknya dpt hasil p knduri ni leya..tringat dedulu punya kendri kawen bila tgk telur dlm bkas bling2 tu.hehe

wahida said...

sekarang masih lagi ramai yang bagi telur, tapi cara dia sampaikan telur tu yg berbeza, ada yang masuk dalam gelas la, macam2 lagi la...tapi aku prefer yang bungkus pakai tisu tu, unik...klasik...

JuadahMalaysia said...

Saya tak de pun dpt jemputan kenduri..huhu...

Ehh... ada org bagi pop corn ya masa kenduri. unik la skrg ni. mcm2 org bagi utk kelainan

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

memang ramai orang kawen time cuti macam ni ...huhu