Thursday, December 5, 2013

disember habiskan sisa-sisa cuti

Assalamualaikum

Kejap je dah hujung tahun kan. Rupanya cuti aku ada lagi 11 hari ! kahkahkahkah. Aku ingat tinggal 6 hari je cukup-cukup nak p trip next 2 weeks tu. Rupanya tadi confirmkan dengan HR, ada lagi 11 hari. So aku dah amik cuti esok lusa nak pergi adik aku konvo kat UTM Jalan Semarak tu. Matik la aku memang tak tau jalan kan. Harap GPS berfungsi dengan baik. 

So esok cuti 2 hari, trip tu amik cuti 5 hari. Ada balance lagi 4 hari. Hah balik trip sambung lagi cuti. Ahhaaa best best cuti tido je la kan kat rumah

Trip next 2 weeks. Hurm tak sabar. Jakun gitu. Kalau nak pergi sendiri memang nan hado la kan. Tak mampu uols. Ni dah di sponsor, harus la ligat kekdahnya. Tapi sebelum nak pergi pon macam-macam gak nak kene beli. Sebab kat sana tu winter. 1 hape aku tak prepare. Malas. Semalam just survey je kat Mahkota Parade. Banyak dah winter sale. Tapi mood nak membeli tu memang tak mari langsung. Mahal pon ye gak. Pitams. 

Nak ke mana trip tu. Nantilah bagi tau. Kang orang cakap riak plak. Padahal saya insan biasa yang tak mampu nak pergi sendiri hanyalah di sponsor kekdahnya.  -_-




Sudahkah anda melunaskan cuti -cuti anda?


lets klik !!

13 comments:

fairus said...

MULAI ESOK SAYA START CUTI.. HARI KHAMIS DEPAN BARU NAIK KERJA.. HEHEHE

adrianna syaz said...

Cti byk sgt..haha..nak.cti ni nak balik ipoh..nak juai kek..nk juai kek..hehe..leya...leya nak g mna?winter2 ni..macam best je ni... ^_^

Roha said...

hai lya..

cutiii..takde cuti nya keje akak ni lya oiii..coz housewife hihi :p

anyway..samat melunaskan cuti lya!!..enjoy your moment holiday :)

Khamsi Abdullah said...

Setel dah haa.. :P

Knor said...

nak ke korea la tukan..

selamat bercuti lya..harus ada ole2nya ye..

redza said...

selamat bercuti!

Kakzakie said...

Kakak cuti banyak lagi tapi boleh diganti duit. Nak habiskan pun tak ada planning.

Lya duduk rumah mesti dok memasak tak sudah kakak tahu benar :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tahun ni cuti tak cukup.. siap dah ambik advance lg cuti tahun dpn setengah hari.. hehe.. byk sgt EL thn ni.. mcm2 hal..

sudipVSsenduk said...

cuti banyak lagi, terpaksa carry forward sbb kerja laaaaagi banyak... huhuhu

Cinta Cinta said...

cuti akak dah habis pun lieya.. huhuhu... berdoa je ni.. moga takder hal yang berlaku sepanjang 4 minggu ni..

Acik Erna said...

acik belum cuti..ingat nak cuti bulan 2..jadi bawak ke tahun depan je

- said...

wahhh banyak lagi tu... moon punya cuti tggal sehari jek.. huhu...sadis tau...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

saya bulan Disember ni cuti sehari je..pastu nak forward tahun depan..bulan 1 baru nak cuti..hihihi