Thursday, December 26, 2013

Hokkaido Trip - Arrival at Chitose Airport.

Assalamualaikum

Hurm. Aku sebenarnya dah takde mood langsung nak update blog pasal trip ni
Bukan apa. Tak nak la orang cakap aku show off la pergi main snow la pergi oversea la
Padahal aku pergi tu ehsan bos. Apa la yang aku nak show off kan ye dak
Haih bosan la gini. Aku hanya nak share pengalaman aku yang secebis ni je.
Takde sekelumit, jangan kata sekelumit, sebesar hama rasa nak show off tu tak wujud pon
Aku nak kongsi dengan korang, pengamalan aku yang tak seberapa ni je
Yang dapat merasa nak pergi jauh-jauh sebab company trip ni. Kalau nak pergi sendiri, jangan kata Jepun, nak pergi Thailand pon aku tak lepas agaknya. Yela kita bukan orang senang kan

Aku dah stop upload pic kat FB. sebab tak nak orang menyampah je dengan aku yang tak habis-habis nak upload gambar. Yela, aku ni jakun dekkkk. First time pergi negara orang gayanya. Nak buat macam mano. Akak orang kampung dek nonnn. *sambil libas selendang*

Jadi, aku minta maaf lah kalau korang merasa aku nak menunjuk-nunjuk. Percayalah, takde sebesar hama pon rasa itu wujud dalam diri ini...

Aku hanyalah berkongsi pengalaman. Kalau korang sudi nak baca, bacalah *ayat sedehhhh*

Stop ayat sedehh !

Maka, 18Dec kami warga Faithview yang ntah berapa ketul ni pon memulakan perjalanan menuju ke negara matahari terbit,Hokkaido Japan.

Kami follow Apple Holiday, chartered flight to Hokkaido. So kiranya 1 flight tu semua orang yang follow Apple punya tour ke Hokkaido la. Ramai betul yang pergi Hokkaido. Penuh 1 flight. Dan di bahagikan kepada team-team. Banyak team jugak la. 1 team ada 1 tour leader. Faithview ada 2 group. Group E1 dengan E2. Group E1 geng bos-bos dan family masing2, kawan-kawan bos. E2 untuk staff Faithview. Staff dalam 20 orang.





Aku bawak 1 luggage besar. Minion tu senang nak spot tu beg aku. Hehehe. Then setiap orang dapat 2 tag tu.


buku itinerary. dan dapat apple punya merchandise macam beg, bantal dalam flight, tutup mata nak tido tu, tutup telinga lagi, ntah apa benda lagi dapat. penuh 1 beg 




dapat free voucher breakfast mcd. 




take off dalam pukul 6am. dalam flight dapat ni. chicken pie. keras nya pie hang ni tau huhuhu




dapat snack box. dalam tu ada coklat hershey's. kek buah dengan apa ntah. lupa. kek buah tu sedap btol. eh aku dapat 2 ok. haha. sebab amoi belakang seat aku tak nak




dalam flight makan tido makan tido. agak bosan makan tido, tengok movie. layan Tanda Putera. tak sampai separuh cerita, aku dah lena. hahahaha





lebih kurang 2 jam sebelum touch down, makan lagi. brahim's menu. nasi goreng dengan ayam sate kot. sedap. cuma kombinasi nasi goreng dengan ayam sate? pelik. tapi sedap bedal je la kan. yang ada tomato kecik dengan nenas tu, otak-otak. tak sodap huhuhu. dessert, cake apa ntah. macam apple cake. sedap





punggung dah naik kematu dalam flight. tak sampai-sampai. jenuh aku follow up map ni hahaha. 8 jam ok. pitamssss




selamat datang !!




settle amik luggage semua, apa lagi. jamban la woih




pemandangan dari chitose airport. 2 hari sebelum kitorang sampai, heavy snow. tu yang memutih je 


to be continued ....



lets klik !!

8 comments:

asyifa mustaffa said...

Syok2....im waiting next entry...:-)
Pedulikan ckp2 orng tuh..! Meh tepek lg gmbor bebnyk...! Bunga sakura ada...? Kikiki....

Teringin ke jepun sbb nak pegang bnga sakura kekdahnya...:-)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

comel nya guardian bag si minion tu ...hihi

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

waaa.. bestnyer lya...
bertuah lya company belanja.. comp akak ni subsidi 50% jek.. mmg tak mampu nak ikut trip ke oversea.. huhuu...
eh! sapa yg jeles tu kata lya nak show off.. ke sebab dia tak dpt ikut? sebelum2 ni kita tunjuk gambar pegi jenjalan dlm msia kenapa dorang tak ckp nak show off? kan ke blog ni tempat kita simpan segala kenangan.. sedangkan kenangan dinegara sendiri pun kita simpan.. inikan pula kenangan di tempat orang yg dtg once in the blue moon.... lagilah wajib kan lya.. kalau akak pun teruja...

redza said...

tak salah pun ko nak kongsi cerita, gambar banyak2..jgn peduli apa org kata

Dr Singa said...

haaahhh!!
pedulikkan orang yang kata tu..
kita punya blog.. kita punya Insta .. suka hati kita lah khennn!!?
tak suka.. jeles.. tutup..klik kat X tu..

lawo-lawo gambor kat insta tu!!
post lah lagi!!
hakak suka!!

Cinta Cinta said...

akak suka je lya upload pic bebanyak... dari tgk gambar malaysia je.. nak gak tgk hokaido kan.. tak dapat pergi dpt tgk jadilah.. hehe

JuadahMalaysia said...

Sedihnya intro awk aini ...

Sya pun kadang2 mcm awk juga. Nak tulis lebih2 dlm blog pasal makan ke...pasal jalan2 ke... macam tak sampai hati. kot org kata kita menunjuk. Padahal kita nk share pengalaman utk maklumat kpd pembaca2 juga. Nak selamat, I jadi org yg tak dikenali dlm blog I sendiri. hihi

cahaya kejayaan said...

share pengalaman bagus apa...yang membaca pun rasa dah berada kat sana..hehe..walaupun xpernah pegang snow..wah..syoknya..