Friday, December 27, 2013

Hokkaido Trip - Noboribetsu Mahoroba Hotel dan Jalan-jalan sekitar Noboribetsu

Assalamualaikum

Entry ni hari pertama setibanya di Hokkaido. Naik bas terus menuju ke Hotel. Nama hotel, Noboribetsu Mahoroba. Punya samurai nama kau ni. Berbelit lidah akak

Dekat sana, pukul 4.30pm tu dah start gelap. Tak biasa kekdahnya. First day nak sesuaikan waktu, payah jugak la kan

So sampai hotel, rest kejap. Hotel ni special sket nak compare dengan hotel lain sebab ala-ala japanese sangat. Macam cite Oshin aku rasa hahaha



kat luar hotel. sejuk gila. menggigil akak, walaupun akak kategori berlemak tebal huhuhu



dalam bilik hotel





  • green tea dengan japanese tea tu sedap sangat
  • yang dalam peket merah hitam gambar hantu tu adalah biskut. tak makan pon. amoi cakap sedap
  • tu benda urut leher. yang panjang tu tak tau natang benda ntah
  • heh tu buku apa ntah. tulisan japan. sah la aku tak paham






  • toilet jepun. biasalah automatik. ai is jakun sekejap hahaha
  • hotel kat sini semua standard. shampoo, body wash dengan conditioner dia sediakan macam ni. wangi-wangi plak tu




    • lepas dah rest kejap, turun bawah makan.seafood banyak sangat. especially ketam. macam-macam jenis ketam. fresh. 
    • scallop tu di bakar. sedap
    • dessert sedap-sedap
    • fruits. kat sana epal dia sedap. rangup. limau tu, limau apa ntah. manis 




    lepas dah kenyang. keluar jalan-jalan sekitar Noboribetsu




    7E kat sini memang bersepah. Selain 7E, lagi 1 kedai serbaguna yang bersepah kat sini, Lawson.



    Jemputlah lihat gambar. I'm trying to be creative. Konon lah kan. Padahal tangan keras hahahaha















    jalan sekitar banyak jual souvenir. tapi dah nama hari first, takde la aku nak beli-beli kan. lagipun area sini mahal-mahal jugak souvenir dia. tour guide ada cakap nanti ada pergi tempat lain yang murah sket. so takpe sabar dulu. sini jamu mata je. 

    jalan kat sini macam mendaki jugak. lenguh ok. orang Jepun laju je jalan. kau tengok aku, macam siput. siap mengeluh lagi hahaha

    suhu sangat-sangat-sangat sejuk. dah lah tak pakai gloves. keras je tangan aku rasa




    balik balik hotel tengok dah siap-siap di bentang tempat tidoq ni




    minum green tea dulu. baru bammmmmmm tidoq !!!


    to be continued..



    lets klik !!

    16 comments:

    Dr Singa said...

    jamban dia ada keluar angin-angin nak bagi kering tak..?

    ada pos poskad untuk diri sendiri tak dari sana?

    Fazleyatul Aini said...

    jamban kat airport ada angin. jakun jap haha
    pos poskad? takde. huhu

    fairus said...

    SERONOKLAH DAPAT MELIHAT NEGARA ORANG..

    Fazleyatul Aini said...

    alhamdulillah di beri peluang. seronok =)

    Roha said...

    salam jumaat lya..
    tertarik tang biskut yang gambar hantu tu,unik gitew hehe :)
    view dalam hotel pon nice..lain tempat lain decoration diakan lya!!..

    redza said...

    best2..bila agaknya aku nak sampai jepun ni

    MaDiHaA a.k.a Ratna said...

    interesting... boleh belajar benda baru... guna jamban auto.. hehe.. akak jamban kat KLCC tu pun jakun nak guna.. tercari2 mana hose paip.. rupanya air keluar sendiri.. kakakaka...

    Knor said...

    Alhamdulillah sgt2 seronoknya...tumpang seronok juga ni...

    Fazleyatul Aini said...

    kan. saya pon rasa unik. ada bawak balik. tapi tak makan. simpan je hihi

    Fazleyatul Aini said...

    insyaAllah ada rezeki ko tu nanti =)

    Fazleyatul Aini said...

    tu la kak kita tak biasakan tu yg jakun kejap hihi

    Fazleyatul Aini said...

    hihihii seronok beronok ronok

    YanaUjang said...

    mmg berbelit lidah nk nyobut ehh...aku pn jakun dgn jamban auto tu..pfft!
    eh dorang tlg bentangkan tilam tido ke?? terbaekk!!
    situ halal food, tpt solat senang dak nk cari? *wpn aku mcm tau jwpn dia apa..tp nk tanya gakkk!kihkih*

    Fazleyatul Aini said...

    haah dorang bentangkan
    halal food susah jugak. tapi kitorang makan seafood, roti2. benda yg boleh makan dan tak meragukan, makan je
    solat. aku diberikan "coti" hihi. tapi sepanjang kat sana, 1 tempat je aku jumpa surau, iaitu kat outlet mall. huhu

    adrianna syaz said...

    Uuu..best2..mesti toilet dia tu ada air panas untuk membasuh tu kn..hehe..rasa cmbest plak..nk pg jepun jugak...gambar pun cecantik leya amik ^_^

    JuadahMalaysia said...

    ooo..dia tak pakai katil ya. just bentang toto. nanti toto tu dia kemaskan ker ?