Thursday, January 2, 2014

Hokkaido Trip (Day 2) - Rusutsu Ski Resort

Assalamualaikum


Lepas dah beronok-ronok di Mt Usuzan & Lake Toya, bergerak pula ke hotel seterusnya. Masa tu dah nak petang la. Dah lepas lunch gitu. Nak pergi hotel

Hotel kedua yang kitorang stay ni antara ski resort yang terbaik lah kata si tour guide tu. Hotel ni memang sesuai untuk penggemar aktiviti ski la. Yang tak ski, pon boleh main snow diam-diam hihi. Nak main ski, own expenses ye. kalau tak silap 5000 yen ++ . Ke lebih. ntah aku lupa sudah. Memang tak la aku nak main ski tu. Mau tercampak ski board. Aku kemana, ski kemana kang. 

Sepanjang duduk kat sini, memang ramai la mat saleh, mat jepun, segala mat lagi la. Dok lalu lalang dengan ski boot dia yang dah macam robocop aku tengok. Masing-masing dok junjung barang ski dorang. 

Sampai je hotel, terus masuk bilik. Tukar baju jap, tukar pakai snow cap. wakakaka lawak btol muka aku pakai snow cap. abis time gini je la nak pakai snow cap kan. kalau aku pakai kat rumah, ada can la terbang periuk kat aku kang, sekali dengan pakej ucapan, "jangan poyo la !!" hahaha




Ski resort dan sekolah snowboard 




tenaga pengajar dorang



ni tengah makan potato actually hihi. kat sana famous potato. welcoming food masa kat hotel ni, potato rebus, makan dengan butter. woih sodap




sejuk muka sampai pink pink sudah




pokok salji lagi




penulis yang jakuns snow



penulis muka pink




ntah apa-apa dia ni. layankan je la




sekitar ski resort. ni belah bawah. kalau nak tengok orang main ski kene naik atas sket




jemputlah masuk rumah saya lololololol




amoi jepun ni tengah buat snow man. gigih betol dia anak beranak buat




aku buat snow man punya biji mata je haha




orang jepun ni ajar anak dia main ski dari kecil lagi. bagus btol. takde la jakun cam iols je nanti kan




ais kepal 1 !!!!!


Lepas dah tak tahan sejuk tu, masuk dalam hotel. duduk tempat lepak, online la apa lagi. sembang-sembang, tengok orang main ski lalu lalang. nak tunggu dinner pukul 5pm tu malas nak naik bilik.

Hari kedua, dinner boleh pilih. sama ada nak makan buffet, japanese, italian, french, ntah apalagi lupa sudah. tapi kitorang pilih buffet je senang. yang lain macam tak berapa yakin sangat huhu

Sharp 5pm, terus masuk makan. wakakaka gila awal. Disebabkan tak ramai orang lagi, boleh la amik gambo jap



sushi - sushi



salad station



ketam, yang sangat lah famous kat hokkaido ni. hari-hari makan ketam. sampai aku rasa aku jalan pon dah macam ketam. kat sana, traditional cooking style untuk ketam ni, rebus then rendam dalam air sejuk. patut lah masa mula-mula makan aku rasa apsal la ketam ko ni sejuk. tak masak ke. hahaha. rupanya dah masak rendam dalam air sejuk. mana la iols tauuuu



salmon dengan tuna mentah



sushi lagi



station sayur mayur



fruits. cantik plak dia susun buah2 tu kan



dessert station



favs. tempura



grill station 



so saya makan ini. gunting tu, nak kokak ketam. sup tu, crab miso soup. dia punya kuat rasa ketam, boleh pening. punya kaw. rasa sesudu, terus surrender. huhu. tempura paling best. berapa kali repeat makan tempura terung tu. sedap




amik tempura lagi hihihi. green peas dengan baby corn tu rebus. sedap sangat. manis je rasa dia. dessert, cakes dengan pizza. 



amik grapefruit. masam nak mampuihhhhhhhhhhh. terus tak makan. makan grape je. nasib manis. dan tak memasal makan eskrem hahaha. eskrem dia sedap kau. waffle cone tu pon best. licin. naga sangat hahaha



ada hiburan ok. nampak tak patung beruang2 dengan perempuan tu. rupanya dorang ni patung musical la. tiba-tiba tengah makan ada nyanyi2. rupanya dorang ni hahaha


Dah makan naik bilik. Rest rest kejap. Pastu turun balik berdua je la. Yang lain penat dah kot. Nak amik angin malam pulak


snow man yang amoi jepun buat siang tadi dah siap. gigih betul kan



snow man dan snow girl versi gelap sket haha



snow man kecik



snow man dewasa



malam malam pun ada gak yang dok main slide tu



drama sangat. bukan snow turun pon. baling sendiri hahaha



malam malam cantik sket sebab ada lampu kan



selfie sangat



cahaya cantik 1




cahaya cantik 2



ni depan pintu nak keluar ke kawasan ski area yang belah bawah la. dia ada beberapa stesen / level




kata dah nak krismas, tu yang banyak deco krismas je




kat 1 kawasan dalam hotel ni ada musical fountain. cantik sangat. rasa macam tengok fireworks tapi sebenarnya air je pon. terbuai rasa nak tido hahahaha






cantik cantik




hotel ni besar btol. lenguh dan jenuh nak explore k. bilik hujung sini, pintu nak keluar ski area hujung sana. boleh tercabut lutut. tapi ku gagahkan jua. gitu. dalam hotel ni banyak tempat lepak. dan cantik-cantik




north wing. dia ada wing-wing la kat sini. tu yang jenuh nak menapak. patut la ko orang jepun slim melim. dapat kat aku. huhhhhhh sengal tapak kaki




sekian habis day 2. malam masuk bilik, membuta. esok, day 3 kita start dengan aktiviti lain, yang ohsem sangat !!!!

to be continued....

day 3 - snowmobilling at rusutsu, otaru canal, otaru street, shiroi koibito park, sapporo station


lets klik !!

32 comments:

NM03 said...

oi syoknyer.... sushi???? demmm!!!! sedap hokey, mak suker!

YanaUjang said...

smpi part nama² tpt sume aku skip baca..sbb susah nau nk nyobut..haha fun gila smpi 2 hotel ko stay...

asyifa mustaffa said...

Puas nengok gmba....puas le main dalji yek...!

Best..!!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

alahi..comey je snow man n snow girl tu ..hihihi :)

KakNi Sihat Cantik said...

wow... best nyer jalan-jalan japan!

Dr Singa said...

lain kali..
bawak sirap merah pekat..
kacang tumbuk..
kacang merah..
cendol..
kepal2 snow..
buat ABC!!

nengok pun dah tau sejuk gilaaaa!!

Fazleyatul Aini said...

sushi salmon dia sedap!

Fazleyatul Aini said...

yup berbeli lidah nak nyebut. kitorang stay 3 hotel actually. mlm ke 3 & 4 hotel lain pulak huhu

Fazleyatul Aini said...

alhamdulillah puas =)

Fazleyatul Aini said...

snow girl tu palinggg comel kan haha

Fazleyatul Aini said...

best hihi

Fazleyatul Aini said...

hihihi betol2

memang sejukkk

Roha said...

lya akak tak tau nk comment apa da...
just nice pict and jeles tengok tau betapa bestnya cuti2 lya huhu...

Fazleyatul Aini said...

jgn jeles huhu. sy pon pergi ehsan bos. insyaAllah ada rezeki awk nanti mana tau pergi lagi best dari sy

redza said...

bestla ko dapat main salji

fairus said...

JELES AII..

gadisBunga™ said...

abis satu muka blushed! comel pulak aku tengok, hahaha!!!

Fazleyatul Aini said...

best la jugak huhu

Fazleyatul Aini said...

jangan huhu

Fazleyatul Aini said...

hahaha comel sangatttttt

Knor said...

Mcm knor pun dh ke jepun ni...abg knor ramai kwn di jepun..keluarga angkat pun ada..baik2 org sana..

Kakzakie said...

Tempting juga tengok makanan dia Lya.
Snowman Lya mana satu? tak kan buat mata aje?

Lia Ilnia said...

Tolong bungkuskan ais kepal satu. Hehehe.

Fazleyatul Aini said...

yup dorang sangat baik dan very polite

Fazleyatul Aini said...

mata je yang jadi kak hehe

Fazleyatul Aini said...

siap ! hihi

sudipVSsenduk said...

Lya... Bestnya!!
tak rindu roti canai ke dik?

- said...

oh hooo..terasa jelesss dah nie..tgk lya main snow.... tgk banyak sushi...

ohh hoooooo sushi.... telan liur dah nie..... huhu

Azian Elias said...

Amboiiii bestnya. Kalau akak mau beku tulang. Cantik2 gamba.

Cinta Cinta said...

bestnyer.. ada bawa balik snow tak? hehehe

oya said...

i'm so jealous..awak pegi Jepun..

adrianna syaz said...

Sgt seronok..salji...cntik....dan jgk sushi...sgt sedap...bila la dpt merasa pg jepun ni...