Wednesday, January 8, 2014

Hokkaido Trip (Day 3) - Snowmobile at Rusutsu

Assalamualaikum


Sebelum meneruskan entry syok sendiri ni, nak bagitau Black Canyon dah ada kat Melaka yeay !!!!!!!!!!! Akhirnya ! tak payah nak pergi Alamanda kalau nak makan tomyam beliau yang super sedapsss tu. Ok tu je hihihi

So, continue day 3 at Hokkaido. So hari ke-3, pagi lagi dah check out dari Rusutsu Ski Resort
Dah letak luggage tu, breakfast lah dulu



roti kat sana memang sedap-sedap. dan blueberry jam yang sangat sedap. dan hokkaido butter. amik lebih letak dalam beg wakakaka. ketara sangat buruk lantak


So lepas breakfast, terus keluar masuk luggage dalam bas. Aktiviti pertama, snowmobile. Tour guide kitorang siap pesan, kita kene keluar paling awal untuk dapatkan tempat snowmobile dulu. Kalau lambat, kene tunggu lama. So gerak la group kitorang dulu. Dan kitorang paling awal sampai. Gagagagaga. Nampak sangat ke-excited-an di situ



Sampai amik helmet masing-masing pastu dengar taklimat macam mana nak handle snowmobile. Yang pasti bukan aku bawak. Gila aku nak bawak. Mesti la tak. Amoi bawak kita mihmihmih. Gigih ok amoi bawak aku yang berat hazab ni. Tapi gila terror dia bawak laju. Hahaha aku yang takut wuwuwuuwwuu



pagi yang sangat sangat sejuk. kalau tak silap masa pagi ni -2c kot. memang sejuk gila tu yang sampai tutup muka pakai mafla




ok bergerak ke mobile masing-masing




perkenalkan ni la pakwe baru ahkak. hewhewhewhew




gerak !!!! vrooommmmmmmm. ok tipu tak vroom pon bunyi dia. macam bunyi motorboat ada lah hahaha




jarak setiap 1 snowmobile kene 50m atau lebih. tu yang jauh je tu. tapi rasanya kitorang punya jarak memang jauh. takut kekdahnya hahaha




lalu tepi tebing yang dah dilitupi snow



pokok mati ke apa ni. sejuk sangat. jadi ranting je




snow carpet



jalan menuju ke atas gunung ni boleh tahan berliku-liku, berbukit ok. aku rasa amoi punya tekan minyak kemain kuat hahaha. yela bawak muatan berlebihan kat belakang kan wakakakaka




macam pokok kekabu




tepi bertebing gini buat aku cuak. amoi bawak bleh tahan laju. aku takut tercampak je. yes aku suka fikir melampau batas kekdahnya





aku mobile no. 3. so belakang ada banyak lagi. matiklah korang duduk belakang mobile bermuatan berlebihan hahaha. tapi syarat dia tak boleh memotong. bahaya. so duduk diam-diam belakang tu okeh




hutan salji rusutsu




oh still ada daun hijau. ingat semua pokok mati kesejukan hihi




even ada matahari tapi masih sangat sejuk




kemain jauh orang depan aku hahaha. nak sampai ke atas puncak mengambil masa lebih kurang 1/2 jam. dalam masa 1/2 jam tu berapa kali mafla tercabut dari muka, sejuk nak mamm. last-last malas aku nak tarik mafla, lantak la




nampak gunung putih ni. masyaAllah sangat cantik




habis dilitupi snow sebab kata tour guide, 2 hari before kitorang sampai, heavy snow kat sana




dah sampai puncak. rehat kejap dalam 10-15 minit, ambil gambar. poyo sangat aku tu bukan aku bawak mobile pon hahaha. saja eksen kejap uolss. nak bawak penakut kekdahnya




aduh muka macam ada pau 8 bijik kat situ hah




berlatarbelakangkan 2 bijik gunung memutih. masya Allah sangat cantik. speechless rasa. tak sangka akan sampai tempat macam ni. kita bukan orang senang yang boleh anytime plan nak bercuti-cuti. rezeki Allah bagi, menerusi company trip ni, syukur sangat. thank you bos. nasib baik tak boleh peluk bos kalau takkk, hahahaha. pangggggggggggggggg




kat atas ni sangat sangat sejuk. nasib baik aku pakai glove hitam tu. tebal sket. so tangan tak sejuk sangat. tapi muka aku, dah kebas time tu huhuhuhu




dengan shikin. kitorang berdua je wanita melayu terakhir kat sana hahaha. lain semua cayanunalip




amoi ni la yang hebat bawak aku ni. terror gila kau. kuasa kuda punya tekan minyak hahahaha


dah lepak kat atas tu kejap, so turun la bawah balik. turun balik laju sket la sebab turun bukit kan. sampai bawah tengok ramai orang tunggu turn. hahaha. nasib baik weols awal




time ni muka kebas. dan pink. hahaha. tahap kebas, aku rasa kalau orang tampar pon tak sakit kot. sebab amoi-amoi ni main cubit pipi aku sebab aku cakap aku tak rasa sejuk dah hahahaha. konon comel lettew  puihhhhh




masuk dalam cabin, sume hadap benda ni. hahhh best gilaaaa. aku siap berdiri depan benda ni, pusing kiri kanan depan belakang. amboi jakun sangat 1 badan nak kasi panas




apsal kat cermin siap ada benda macam bunga manggar ni. hahaha. masing-masing nak betul tudung yang dah dikelepet oleh helmet tu huhuhu

So dah puas kat rusutsu snowmobiling.  satu pengalaman yang sangat-sangat tak boleh dilupakan. Lepas dah settle kat situ, terus gerak, nak pergi Otaru. Pergi Otaru untuk lunch, tengok canal dengan handicraft street.

Naik bas, kepala pening gila-gila. Tak tau pasai apa. Telan panadol, bammm tidoq. Perjalanan ke Otaru amik masa 1 and half hour tu aku membuta je



lunch kami. makan ikannnn. tempat lunch ni actually dekat pasar. tapi pasar dia bersih sangat. tak berbau la. 




 ikan ni dia kata di salai. masin sket. tapi sedap jugak la. ikan apa ntah tak tau





nak tau natang mende ntah




raw. salmon, crab meat, scallop, apa lagi ntah. tapi aku masuk kan semua dalam sup hahaha




nasi tak sentuh langsung. tak larat sudah makan nasi jepun ni




sup. kat sana memang sup sedap-sedap. dan dia hidang panas-panas. bawah tu ada api. memang berasap-asap la




one of favorite kat sana. japanese tea. memang sedap. minum panas-panas di kala sejuk. paling kurang 3 cawan hahahah

lepas lunch, terus menuju ke otaru canal and otaru street

to be continued....



lets klik !!

33 comments:

  1. very nice view there ye lya ..uiss bestnya kome meluncur salji tau !!..
    akak tengok ikan tu, macam ikan cencaru jekk hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa ikan tu lebih kurang macam ikan kembung rebus garam sket then goreng hihi

      Delete
  2. Makin di baca...makin jelez!!! Hik3....
    Bila la nak ada rezeki p sana ni...nak main snow nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala jangan la ckp macam tu huhu
      insyaAllah ada rezeki nanti

      Delete
  3. syoknyaaaa..tapi misti takut kan naik kete snowmobile tu ....licin kot salji ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut gila. tak pernah kan. tapi best la =)

      Delete
  4. bestnyer... kalau akak pun cuak gak lalu kat tebing tu.. hehe.. kalau akak punya imagine lagi teruk kot lya... mesti teringat kat beruang kat tempat salji gitu... selalu tgk movies kdg tiba2 beruang keluar dr hutan.. hahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nasib baik tak terpikir beruang hihi

      Delete
  5. Perggghhhhhh semua gambar tengok best2 belaka.... Ada feeling tak cam citer winter sonata?... Best ar cakap luar asap kat mulut...

    ReplyDelete
  6. cair tak Hokkaido Butter tu sampai Malaysia?
    Amoi tu Amoi Jepun?
    Beku tak hujung hidung dan cuping telinga?
    nampak macam tedi bear!

    panngggg!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. - mana cair hehe
      - tak la. amoi opismate hehe
      - tak beku tapi kebas huhu
      - saya memang teddy bear tp versi bertudung hahaha

      Delete
  7. best tu kalau dapat bawak snowmobile

    ReplyDelete
  8. bestnyer lya... akak klu salji mcm tu.. mau keras beku tangan... kat cameron pun tak larat..

    ReplyDelete
  9. Assalam.....hamboiii....bestnyaaaaa.....bila la nak sampai....

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum lya...bestnya

    ReplyDelete
  11. Lya tak beli ke jem blueberry tu. Sedapnyaaaa!!
    Kakak teruja sangat tengok Lya dgn kawan-kawan meluncur salji. Macam nak ikut ke sana pulak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jumpa kak. kalau ada nak jugak beli huhuhu

      Delete
  12. sioknya main seleji.. gegege sejuk.. ehsem sangat pakwe wehh.. hehehe

    ReplyDelete
  13. punya lama aku tak blogwalking, sekali masuk blog ko, ko pi company trip tempat yg besttttt woooo....
    jelesssss weh....

    cantik giler gambar ko berlatarbelakangkan dua gunung salji tu...serius...

    bila la aku nak sampai neh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala jgn la jeles huhuhu
      akak selalu jalan2 nanti p la main salji plak
      kita bos bawak. nak p sendiri memang tak mampu punya huhu

      Delete
  14. Sgt best tgk salji dan makanan..nyum2...sya mmg suka mknan jepun ni leya...hebat2 ^_^

    ReplyDelete
  15. hensem beb pakwe tuh. memang type aku sangat muka jenis nampak tulang pipi gitu. seksi woh! hahaha!

    ReplyDelete
  16. woww...best nya. anyway...tomyam di black canyon memang sedap

    ReplyDelete