Monday, February 3, 2014

Hokkaido Trip - Final Episode

Assalamualaikum

Nak habiskan episod si Hokkaido ni. Boleh aku masuk entry lain plak. Bersusun gambar entry lain ni. Wah gitew kekdahnya kau ingat kau blogger femes ke nyah

So last day. Hari terakhir, alhamdulillah snowing. Pagi lagi dah turun snow. Cepat-cepat perabih breakfast and nak main snow kat luar hotel kekdahnya.

Destination terakhir adalah Rera Chitose Outlet Mall. Kalau kat Malaysia, kira macam JPO la. Tapi aku ni kan golongan marhaen. Memang tak shopping apa pon. Jalan-jalan cuci mata dan makan hahaha. Dan main snow. Orang sebok shopping, aku sebok menjakun main snow.




ini lah dia




besar dan lenguh kaki berjalan merata. masa kat sini, aku lone ranger. masing-masing berpecah. leceh nak ikut orang shopping ni. aku tak suka tunggu orang shopping k. sebab tu aku suka shopping sorang-sorang. bebas. tapi kat sini aku tak shopping apa pon. tapi aku pergi la outlet-otlet dia. cuci mata. memang la orang kata murah. tapi murah pon still ribuan kau mampu ke jemah




masa kat sini snow dah start heavy. 



see dah lebat dah time ni. sejuk nak mammmm




Subhanallah cantik !




penulis yang gigih berdiri tengah-tengah kesejukan itu




tak nak naik atas bas lagi time ni. dok bawah tu menikmati snow. Alhamdulillah tak sangka dapat tengok snow live. Simpan memori ni sampai bila-bila..




precious moment ever




dah macam orang-orang tengah sawah plak




sendiri baling haha


Seusai aktiviti di Rera, semua bergerak ke Chitose Airport. Nak balik kekdahnya. Tengok snow ni makin lama makin lebat




lebat dan gelap tak nampak suasana dah time ni




sayap kapal terbang pon dah sarat dengan snow je




apa ke nama mesin ni. dia bersihkan snow then sembur apa ntah tak nak bagi snow melekat. tapi tak tahan lama pon. dalam sejam snow penuh balik huhuhu


Lama menunggu dalam flight tu. Boarding dalam 5pm, tapi tak dapat take off pon sebab snow lebat. Ada la dalam 7 jam duduk melanguk makan tido makan tido tengok movie dalam flight still tak take off. 



makan



dan makan. nasi dengan chicken curry tapi hoih. nasi ko tau la nasi jepun la kan. curry tu, terlampau rasa butter. tapi kebuloq, aku kasi licin hihihi

akhirnya, setelah melanguk dalam kapal terbang almost 7h, 2 kali take off trial, kesudahannya delay. Due to heavy snow, tower tak benarkan take off. Sadis kan. Aku dah terbayang nasi lemak la sambal udang la time tu. Cisss. So tinggal 1 malam lagi.Hotel and transport semua under tour company. So esok nya pagi lagi dah check out hotel. Dah dapat confirm flight pukul 12.30pm++. Tapi delay jugak 2pm ++ baru boarding gate open. Bila dah dapat take off tu, hambek 1 flight clap and sorak haha. Gila semua dah tak sabo nak balik weyh



Officially bye bye Hokkaido (Picture hari terakhir before boarding gate open. Snow dah tak lebat). Alhamdulillah, pengalaman yang sangat sangat sangat sangat tak kan dapat aku lupakan


Check out apa yang aku beli sepanjang kat sana. Tak banyak pon. Beli untuk family dan close friends je. Almaklum bajet ciputet



oh ye. kalau nak beli kit kat green tea ke, coklat2 ke, boleh beli kat Snow Shop dalam Chitose Airport ni




coke. beli kat vending machine je. tak ingat berapa yen. Aku bukan coke collector pon tapi saja gedik nak beli




kit kat strawberry 




fridge magnet. 325 yen kot 1 pek tu. ntah lupa




kit kat green tea. 1 pek tu 157yen. Pek besar takde. So aku beli pek kecik tu berapa ntah. Banyak jugak. Senang bagi sorang 1



coklay coklat. paling sedap coklat LeTaO tu




ni pon sedap. royce ni famous la kat sana. so beli la 1 





ni untuk adik-adik aku. comel lak beruang tenggek ni. 1 367Yen. Fm tu tak ingat berapa yen




ni untuk diri sendiri haha




shirt yang cekik darah jugak lah ye. 1 tu 1890Yen. Aku beli untuk family je




sama jugak 1890 Yen

Kesimpulannya, kalau korang pergi Hokkaido, kalau nak beli shirt, beli kat airport sebab lagi banyak pilihan. Yang aku ni, beli sehari sebelum nak balik. Sebab malas nak fikir nak pek barang2 kalau beli kat airport. Tak kuasa nak sepah-sepah luggage kekdahnya

Berakhir sudah kisah percutian company ke Hokkaido. Alhamdulillah best sangat sangat. Thank you bos bagi peluang kami rakyat marhaen yang kalau nak pergi sendiri memang takde lepas nya. Tahun ni nak p mana pula ye bos ?  Pangggggggggggggggggggggggggggggg

nak baca entry Hokkaido yang lepas, sila klik Travelogue Hokkaido
Bye !! ~ ~ ~


lets klik !!

9 comments:

Kakzakie said...

Kira masa Lya di sana snow betul-betul sedang melanda hebat. Dan sebaik Lya balik snow pun mula beransur reda. Seronok dpt jadikan memori yg pasti tak boleh dilupakan..

Dr Singa said...

mesti berdebau kan masa nak take off tu!!
segala ayat baca!!

Roha said...

lebat juga ye lya ? snow melanda Hokkaido..
may be the most beautiful memories in life Lya..:)

gadisBunga™ said...

uish...aku tak penah lagi experience take off 2 kali sampai delay. tapi touch down penah 2 kali sebab angin kencang. gerun usus besar aku!

anyway...sungguh berkenan aku kat potato chip coklat tuh dengan kit kat green tea!

Amanda Suria said...

untung betul..tau2 dah last entry jer...x sempat nak baca betul2..kena take time..nanti akak khatam eh dik...

fairus said...

DULU SAYA MASUK RUMAH SALJI KAT ICT PAKAI SELUAR 1/2 JE.. PASTU PAKAI SANDLE JE.. :)

Nieda ramly said...

bestnya makan angin

BUNDA a.k.a KN said...

seronoknya jalan2...main snow...

bunda ziarah pagi...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Waa bestnyer ader snow...twringin saya melancong ketempat yg ader snow ginih...cenggini