Tuesday, February 18, 2014

InstaShop, Tomyam Black Canyon and Tomyam Tesco

Assalamualaikum

  • Instagram: waghih_delicious
Baru-baru ni ramai pulak yang update beli sambal bilis kat waghih delicious ni. Kat fb, kat insta, blogger2. Ramai yang dah cuba. Dan aku pulak memang peminat podeh-podeh ni, mudahlah tergoda. Lantas tangan laju whatsapp waghih delicious. Order 2. 1 regular 1 extra hot




semalam sampai. wuuu excited. cium-cium bau dia dulu. huih tak tahan




nasi + sambal bilis extra hot + kicap sket + kacang botor

Komen saya : sedap podeh !!! terbaik sangat. kalau tak sedar diri mau aku tambah nasi. itu pon buat sedar diri sket, so ratah sambal tu je. borasap tolingo den *motip tiba2 slang nogori? * hahahaha


Dah lama tak shopping handbag. Lama ok. Aku bukan ratu shopping pon. So ini ada 2 instagram untuk pen-shopping tegar handbag


  • Instagram: FS Collectionss

FS Collectionss beg dia comel-comel, harga mampu milik, mampu menggugat jiwa anda. Tangan pantas je nak order dan puppp pantas je bukak cimb click hohoiiii. Bahaya sangat ada online banking ni sebab laju je transfer  -_______________-




purple my favorite. mak datin sangat. harga mampu milik RM 50 sahaja sekali postage. cepat-cepat bukak instagram dan cari : FS Collectionss




  • Instagram: CCANTIKK

Aku sangat berminat beg michael kors tapi saya hanyalah golongan kelas bawahan yang memang tak mampu nak beli MK original kan. So solution dia, bukak je instagram. cari #sayajualhandbag dan ada bermacam-macam penjual handbag yang memberi solution kepada kita yang tak mampu beli handbag original yang ratus-ratus atau ribu-ribu. Tepuk dada tanya poket. Poket tebal, boleh pergi pavillion.





Michael Kors merah mak ngah. Hanya RM 75.00 sekali postage. Love love sebab tak pernah ada bag merah. Weeee suka !



  • Black Canyon Dataran Pahlawan Melaka
Black Canyon akhirnya membuka cawangannya di Melaka yeay !!! Suka lompat bintang lompat sampai lantai retak. Selalunya kalau ada kerja di Putrajaya, lunch mesti singgah Alamanda sebab nak makan kat BC tomyam super sodap tu. Akhirnya kita dapat makan tomyam sedap tu bila-bila masa !

Last rabu, pergi makan kat sana dengan officemate. Sebab tiba-tiba beliau nak p cari dodol. So aku cakap pergi Dataran Pahlawan je kan ada area jual hasil melaka.




mine ice lemon tea




favorite iolssss fusilli tomyam. super delicious super pedas nangis-nangis berair hidung



masa kawan aku beli dodol tu, dengan tak semena-mena aku telah membeli FM I love Melaka ni. Seorang penggila FM, tapi takde FM negeri sendiri. Kau rasa ?

  • Kak Ani Tomyam, Tesco Peringgit Melaka


Lagi 1 tomyam yang best kat Melaka. Tomyam yang sangat simple, tapi bisa membuat kau keluar ayaq hidung bila makan !

Tomyam kat tesco peringgit (sebelah Aeon Bandaraya). Bukan kat food court dalam tesco. Tapi kat luar, dekat jual baju-baju tu. 




seumur hidup tak pernah makan tomyam ada kangkung. tapi kat sini, bila dia masuk kangkung, macam 'in' pulak. best. pedas + masam sangat perfect ! Peminat tomyam Melaka di suggest kan datang sini 

Sekian review dan advertisement percuma dari saya.


lets klik !!

26 comments:

Kakzakie said...

Handbag MK merah tu menggoda kakak tapi lagi menggoda 2 mangkuk tomyam tu Lya:)

Masya said...

iyelah sy pun pertama kali tgk tom yam ada kangkung jugak gegegege

Dr Singa said...

nak fm!
hahhahaaa!

gediks kan!!

Afasz said...

sedap nye sambal bilis tu. .. rasa nak beli plak

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

harus nak cuba jugak sambal bilis tu ..nampak yummylicios ...!

Fazleyatul Aini said...

tomyam memang forever favorite hehe

Fazleyatul Aini said...

tu la macam pelik kan tapi percayalah rasa dia tak weird hihi

Fazleyatul Aini said...

beli jangan tak beli

fairus said...

SAMBAL IKAN BILIS BELI KAT MANA? MENAWAN KALBU SAYA..

Fazleyatul Aini said...

cuba2 memang best !

Fazleyatul Aini said...

instagram : waghih_delicious

Cho Zila said...

akak suka bag purpletu.. nampak comel dengan hargapun sangat berpatutan.. MKtupun nampak ok gak... bg akak kalau poket tebal tak salahler kot tapi macam akak jugaler idakler nak berabis hy untuk beg yang dalam sebulan atau dua bulan nanti dah bosan tengok...
ooo nampak sedap ikan bilistu...
BCtu best yerk ... akak yang tak penah msk.. takut nak mencuba sebab kalau tak sedap nyesal...

Fazleyatul Aini said...

meh sini ! hihi

Fazleyatul Aini said...

bc sangat best. tom yam is to die for ! sedap sangat sis !

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Wak beg mk merah mak ngah lawo...
Tomyam tu telan aili nengok...sedapnyer...

Amanda Suria said...

ok..ok...entry ini sangat kejam...akak memang pencinta tom yam...oh tidak..akak jugak pencinta online shopping....oh nooo.....oh tidakkkkk

Fazleyatul Aini said...

tomyam memang feveret hehe

Fazleyatul Aini said...

tomyam forever the best ! hehe

Knor said...

Nmpk berseleranya mkn wageh tu...nasi pns dgn ulm2 sesuai tu..
hb purple tu..cntik..

Cik Yan said...

Start kete pegi tesco..vrooommmmm

Fazleyatul Aini said...

selamat makan tomyam !

Muhammad Taufiq said...

siNGGAH sini untuk lihat perkembang blog :)

Mohon singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

Fazleyatul Aini said...

mau tak berselera kak. sedap hehe

Fazleyatul Aini said...

tq =)

ct kektus said...

bukan ratu shopping, tp bila sekali dah shopping, tu diaaa. hehee :D

JuadahMalaysia said...

Eh.. ada juga ya masakan tomyam bubuh kangkung. ? First time tahu nih