Monday, February 17, 2014

Makaroni Bakar

Assalamualaikum

Agak lama lah aku tak post aktiviti main masak-masak kan
Malas koooo. Dah berapa lama oven aku tu tak aktif. Takde mood gitew
Tapi hari tu tetibewww rajin sangat. Nak buat makaroni bakar. Lama tak makan. Teringin pulak
Ewah ngidam kah ??

Balik kerja sabtu hari tu pergi Aeon Bandaraya. Adik-adik aku la nak pau makan Chicken Rice Shop. On je. Pas makan, masuk Padini. Nampak pump. 53 hengget je. Rembat 1. Dah balik. Tak leh lama-lama aku ni tangan laju je kang

Balik singgah Econsave, nak beli barang buat makaroni bakar tu

Resepi guna resepi Kak Madiha (fotopages). Dulu pernah buat 2 kali. Pun guna resepi Kak Madiha. Sedap dan senang wehehehee  ~ ~

So saya panjangkan resepi nya kat sini ye kak ^_^



100 g makaroni 
1 camb mentega/marjerin 
1 camb minyak 
60 g daging/ayam, dicincang halus (MaDiHaA guna isi ayam) 
1 cm halia, dicincang halus 
4 ulas bawang merah 
1 camb serbuk rempah kari + air (jadi pes) 
1 tangkai daun sup, dicincang halus 
100 g sayuran campur (dlm paket : frozen mixed vegetables) 
4 biji telur Gred A 
150 ml susu segar/UHT 
50 g keju Cheddar, diparut (tak letak.. non stock) 
Garam 
Serbuk lada hitam secukupnya 

Cara2 Membuatnya 
 
1. Rebus makaroni hingga masak, tus dan gaul dengan mentega. 
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, halia dan pes rempah. Bila wangi masukkan daging/ayam dan kacau hingga masak (tambah sedikit air). 
3. Bubuh sayuran campur kemudian tambah garam secukupnya. Masukkan daun sup kacau dan angkat. 
4. Dalam bekas lain, satukan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan dengan makaroni dan daging. 
5. Lengser mentega pada mangkuk tahan panas atau caseroll. Tuangkan makaroni yg siap digaul tadi. Taburkan keju di atasnya. 
6. Bakar pada 180 C selama 40 minit atau hingga masak. 

Nota: Jika bahagian atasnya kelihatan agak perang, tutup dengan kertas timah/aluminium foil dan teruskan membakar. Jika tidak suka keju, tidak perlu gunakan.

Tapi aku tak guna sayur campur. Tak suka hihi. So aku guna carrot dengan mushroom. Lepas tu aku guna cheesedale je. Sebab tu je ada stok dalam fridge



Yaa om nom nom sangat. Masuk lift tekan sendiri ye. Makan dengan cili sos je




mama dengan baba makan sepotong sorang je. yang jadi naga perabih ni anak-anak dorang lah kan huahuahua. Kejap je dah tinggal setengah tray. Dah nak pukul 11pm tu, dah tinggal 3 potong je. Syabas adik-adik ku. Tak sia-sia aku menggodek makaroni bakar petang-petang tu



Adik nombor 2 yang memulakan housemanship nya kat Hospital Melaka hari ni. Tagging 2 minggu kot. Jadi doktor yang bertanggungjawab ye. Selamat merawat !!!



lets klik !!

22 comments:

Dr Singa said...

bulan posa boleh buat niaga ni...

marinahunny said...

sedap nampak.. resepi kak madiha mmg menjadi. akak pun slalu refer blog dia. btw terima kasih dtg blog akak :)

JaSSNaNi said...

cheese kat atas tu yg buatku tak menahan.. sedapnyaaa dik... rajin ko yer..

Kakzakie said...

Lama betul kakak tak baking macaroni Lya
Tengok Lya punya aduhai... macam nak ambik sepotong:)

Roha said...

walaweii lya tergoda akak melihat makaroni bake tu..bahan2 dier pon sonang nak dapat..bookmark this resepi..
nak try buat weekand ni..:)
thanks dear...

Alia Laila said...

Sedapnya T______T

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lorrr... akak baru je berkira2 nak salin resepi... heheheheeee...
anyway... tq sudi mencuba & war2kan... akak plak jd kepingin dik oiii....

fairus said...

SEDAP KE?

Knor said...

Hemmm mcm sdp je

selamat bertugas, doktor muda..lg pun doc prempuan kekurangan,

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Sedap...telan ailio nengoknyer ni..boleh la nak cuba nanti ni...

Humaira Beauty said...

salam perkenalan dari saya.. selalu gak saya buat makaroni bakar, tapi awak nyer looks yummy.. thanks for sharing d recipe.. next time leh try wat ikut recipe awak pula.. :)

Fazleyatul Aini said...

ala malas. hihi

Fazleyatul Aini said...

saya suka refer blog kak madiha =)

Fazleyatul Aini said...

pakai cheesedale je hihihi

Fazleyatul Aini said...

saya pon dah lama tak main baking ni. amik mood sket hihi

Fazleyatul Aini said...

bahan2 dia mudah tu yg rajin sket nak buat hihi

Fazleyatul Aini said...

alhamdulillah sedap =)

Fazleyatul Aini said...

haha tak payah salin kakkkkk

Fazleyatul Aini said...

sedap and mudah. try la

Fazleyatul Aini said...

sedap kak =)

Fazleyatul Aini said...

sila cuba hihi

Fazleyatul Aini said...

cuba jangan tak cuba hihi