Thursday, February 6, 2014

My Best Friend Wedding - AyuFakha Big Day

Assalamualaikum

Sambung entry bff kahwin. So Sabtu lepas, 1 February tu berlangsung lah hari persandingan bff saya tu
And yes, 1 Feb tu merata orang buat kerja kahwin. Kat rumah aku pon baba dengan mama dapat banyak kad, includes kad ayu ni.

Pagi lagi around 10am kitorang dah terpacak kat rumah ayu. Sebab mak dia nak buat potong kek belah pagi. Kira ada 2 kali potong kek. Pagi dengan lepas makan beradap tu. 

Makanan semua catering. Senang. Memang lah rewang lagi best kan. Tapi memandangkan takut tak cukup kakitangan nak memasak, mak dia pon tak berapa sihat nak mengemudi acara memasak, so catering saje lah. Catering - Kasmah Catering Masjid Tanah. Kalau orang yang area masjid tanah atau berhampiran nak kahwin and nak pakai catering, aku sugget amik Kasmah ni. Lauk sedap-sedap kau



photoprops kawan ayu yang buat. photobooth ada tapi lupa nak amik gambar kat situ k. dah sibuk-sibuk tu segala benda lupa hoih




baju persalinan untuk cake cutting pagi tu. Tak aci Ayu pakai kasut tinggi, dah tak pasal-pasal aku paling ketot hoh




suap menyuap ye. kenyang Fakharudin berapa kali Ayu suap sebab nak amik gambo punya pasal haha




beria sangat yang baju merah tu menulis kat guest book




page ni kami berlima kawan baik yang tulis




guest book Ayu. pon kawan Ayu yang buat kan. comel je




kitorang bertiga datang awal sket. lagi sorang datang lambat sket. lagi sorang sebab ada anak kecik, so dia datang time dah dekat nak sanding. Happy dapat berkumpul semula yeay




nak kelihatan ramping walaupun hado sebenarnya ? duduk tengah-tengah. gagagagaga



Ni antara lauk-lauk dia



rebung masak lemak cili padi. aku tak makan rebung so tak amik




ayam masak merah




rendang daging




favorite sepanjang zaman. tempoyak daun. woih sedap pedas ! terbaik woih




pajeri terung. pon sedap max ! sebelah tu sayur jawa eh orang panggil. ikan masin. papadom. buah oren. air oren dan cendol. nasi ada 2. nasi putih and nasi minyak





sementara tunggu pengantin bersiap nak bersanding, kitorang soru dulu. like I said earlier, lauk-lauk Kasmah Catering memang sedap-sedap weyhhhhh. prapppppppppppppp *korset tetas*




dalam 12.30pm pon beraraklah mereka. berarak awal sebab nak settle sebelum zohor. 




kompang di paluuuuu pengantin baruuuuuuuu




siap ada orang silat. yang bersilat ni orang belah pihak lelaki. oh ye yang lelaki belah tepi pegang camera tu photograpger Ayu, Artoukgraphy. Sangat sporting dan gambar cantik-cantik. Boleh klik yang aku bold kan pink nama dia tu kalau siapa-siapa nak kahwin blom ada photographer kan




yeay finally kami ber-6 dapat berkumpul semula ! kitorang ni kawan rapat since Form 4, 2003 macam tu. Alhamdulillah masih kekal sampai hari ni. BFF sangat ! Dah lama kalau jumpa asek nak cukup korum. Yela masing-masing jauh. Aku dengan Ayu kat Melaka ni je la. Sorang kat Manjung. 2 orang kat KL. Sorang kat Klang. Rasanya ada 3-4 tahun tak cukup korum je. Alhamdulillah kali ni cukup yeay !!! Happy to the max !!!





Dari kiri: Aniza, Dilla, Yours Truly, Pengantin Lelaki Fakharudin, Pengantin Perempuan Ayu, Neni dan Raudah

Lepas ni Fakha join group bff jugak lah ye ! hehehe. Jadi bodyguard weols weeee ~ ~ ~




semoga persahabatan kita tak kan putus dan kekal sampai bila-bila. walaupun dah pakai tongkat jalan bongkok-bongkok. hehehe




ok ni plak dengan kawan rapat jugak.
yang berdiri kiri kanan sebelah pengantin Afiq dengan wife dia. Pengantin baru jugak tu. Kat belakang tu Farid (baju hijau) dengan Syafiq. Diorang ni selalu la jumpa. Dekat je pun. Keji sangat la tak jumpa kan. Farid tu tokey burung puyuh ok. Setiap kali jumpa, kitorang membahan puyuh dia hahaha. Jahat sangat




ntah apa lawak aku pon tak ingat hehe. aku dah macam pulau duduk kat bawah tu hurghhhh




akhir sekali, geng merah dan pengantin baru. dayang merah namanya hoho. 
selamat pengantin baru Ayu! sayang ko selamanya. minta maaf kalau ada apa yang terkurang masa tolong-tolong ko buat persediaan kahwin tu. almaklum takde pengalaman. aku ni pon cilok pengalaman tolong ko buat majlis ni. mana tau, next ke kan. wakakakaka


We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.



Barakallah Rohayu dan Fakharudin. Semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya, di berkati-Nya, bahagia dan bercintalah hingga ke Jannah sahabatku..


lets klik !!

16 comments:

Amanda Suria said...

cantiknya baju pengantin...pengantin pun cantik...kat mana weddingnya ni dik?tgok makanan macam gaya org NS..

Fazleyatul Aini said...

masjid tanah, melaka sis =)

Kakzakie said...

Ada tak yg tegur kata muka Lya ada iras dgn Neni BFF tu.
Kakak ingatkan adik Lya tadi tau..

Mesti pengantin happy bila semua BFF ada hadir dimajlisnya.

Fazleyatul Aini said...

haha yeke sama kak. so far takde plak yg cakap

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

eelobor said...

memang dah sekarang musim dia kut....budak opis pun ada juga majlis kahwin. apapun doa saya semoga yang terbaik untuk awak nanti....

Fazleyatul Aini said...

hai too

Fazleyatul Aini said...

tq atas doa itu =)

Shark Kay said...

lauk pauk tu mmg nampk menyelerakan..
mmg xbleh tolak tue..
hehe..
sama padan pngantin..
tahniah buat mereka berdua

oya said...

cantiknya..gorgeous..

Knor said...

Selamat pengantin bru bt mempelai..ltak nk tgok gambar kawin org laim, kmor nk tggu gambar kawin dik lya plk..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

suka tema baju pengantin cantik sangat...
skang ni memang trends photobooth kat mana2 pun ader...
kreatif sungguh...

Roha said...

time akak dulu takde nyerr nak photobooth kat luaq di lya oii..main dalam jew hehe..sekarang mangkin canggih lerr wedding planer ada..yg penting sekarang ni duit tu mau tebal lerr..baru petik jari semua tersedia kann lya..:)
bilalah dapt tengok wedding lya pulak yerr..:)
pada BFF lya..tahniah, semoga kekal hingga kejannah :)

Azian Elias said...

awak lak bila lagi.hee
semoga mereka berbahagia dunia akhirat.. AMEEN..

NM03 said...

tahniah buat perantin baru... moga kekal ke anak cucu

kamu bila lagi

tak makan rebung dik??? ermmmmm dap dap deep deep!!

JuadahMalaysia said...

Macamne cik tong boleh ambik gambar lauk pauk tu semua eh... Kalu sya segan juga nak mengambik gambar masa kenduri kawin nih.. Nanti Ssemua org pakat tgk je kita ambik gambar makanan tu..hihi