Friday, February 21, 2014

TGI Fridays

Assalamualaikum


Semalam pergi Putrajaya ada urusan kat KPKT. Pastu lunch pergi Alamanda
Biasa pergi Alamanda kan makan kat Black Canyon je. Tapi kan sekarang kat Melaka pon dah ada Black Canyon, ceah semalam buat tak nampak je Black Canyon tu hahaha

So weols decide nak makan kat TGI Fridays
Sorry akak orang kampung, first time masuk TGI harus nak update





first time masuk kena la amik gambo tisu. jakun sangat 




weols took apple juice RM 9.90 and mango juice RM 9.90



akak redha double chin so bawak sedar diri order fish and chips je





kau kurus takpe tiqa *sambil lap ailio tengok sizzling plate beliau*




tiqa punya sizzling chicken and shrimp RM 34.90. weh kau gila tak keliur tengok cheese tu. mari nangis. aku curi mash potato dia ohemgee sedap gila




akak redha pasrah punya fish and chips RM 29.90. Tapi seriously kenyang menyandar makan ikan 3 keping tu dengan chips lagi. tartar sauce tu sangatlah sedap

Total makan 2 orang RM 98.15 *bayar sambil urut dada tepuk perut laju-laju* Takpe sekali sekala. Golongan seperti kami tak bleh makan mahal selalu, nanti hujung bulan nangis sambil buat kira-kira bulanan. Sekali sekala melayan tekak dan nafsu semata



petang balik kerja pergi melawat Nad, office mate kami yang masuk hospital. Susah nak describe sakit dia ni. Almaklum kita bukan orang medic. Term medic jadah haram tak paham. Sakit pinggang, tulang bengkak? Melarat ke saraf ? Kene buat fisio. Urut pinggang. Dia cakap urut tu sakit gila. Semoga cepat sembuh Nad


lets klik !!

17 comments:

Amanda Suria said...

akak suka TGI Friday tp kalau kat situ akak suka makan steak jer..hahahahahaha

Knor said...

mahalnya jus tu..ejoy mkn ye dik lya..bismillah

aizamia3 said...

fuh.. boleh tahan harganya.. tapi yelah.. sesekali layan.. ;)

Kakzakie said...

Lya macam kakak biasa order fish & chips aje...
Walau ada perkataan 'aje' tapi menyandar juga dibuatnya kan..

Moga Nad sabar dan cepat sembuh.

Fazleyatul Aini said...

kita first time try. sedap la

Fazleyatul Aini said...

tau takpe kak. nasib sedap

Fazleyatul Aini said...

tau takpe. sesekali bleh la

Fazleyatul Aini said...

tu la kak menyandar kenyang. tq doakan kwn saya =)

ct kektus said...

tengok harga, fuhhh. berpeluhh. sekali sekala tak ape lah rasanya. hihiiih :)

BUNDA a.k.a KN said...

nampak memang sedap....padan ngn harganyer..

fairus said...

MAKK OIII MAKANANNYA.. NAIK LAPAU PERUT TENGOK..

LYAfrina said...

sedapnyer mkn2...

**camner nk setting layout cam blog lya ni?

Roha said...

adoii lya tergugat iman akak tengok jus tu..kena pulak cuaca panas terik ni..
akak pon harus tangkap gambar if masuk TGI ni hehe..saje buat moment untuk sendiri kann..
tu posing tahap apa tu..nak kata kenyang tak luak lagi fish & chips ..

- said...

aisshhhh...terliuq dibuatnyer....huhu

gadisBunga™ said...

dah lama tak masuk TGIF. sekarang ni memilih sikit. hehehe!

JuadahMalaysia said...

Sama la kita... asal masuk restoran mesti nak ambik gambo tisu... adeh la...
Dulu2 Pernah makan yg ada set ayam (tak ingat nama tapi sedap la)

JuadahMalaysia said...

Sama la kita... asal masuk restoran mesti nak ambik gambo tisu... adeh la...
Dulu2 Pernah makan yg ada set ayam (tak ingat nama tapi sedap la)