Monday, March 24, 2014

Raudah dan Amirul: My BFF Engagement Day

Assalamualaikum

Sabtu lepas, bff yang paling bff *almaksud yang paling rapat la* selamat bertunang
Raudah @ Odah. Dulu dia pun blogger gak. Tapi blog dah berkubur lamo dah. Pomaleh minah tu
Kalau siapa follow blog aku dah lama mesti kenal. Asek berkepit dengan odah je kan
Alhamdulillah, dia dah bertunang dengan orang Manjung. Sama tempat kerja dengan dia
Happy for her. At the same time, sedehhh. Biasa la aku memang hati tisu kan 
Sebab kitorang paling rapat antara bff ber-6 ni. Rasa macam time flies so fast. 
Sekolah sama, matrik sama kat utara. Dia kedah aku perlis. Kadang-kadang cuti sem balik sama tunggu la kat bus station kedah tu. Apa ke nama shahab apa ntah. Lupo
Habis belajar, kerja. Tempat kerja dekat. Kalau hujan, nanti aku amik dia kat rumah p kerja sama-sama
Asal hari sabtu balik kerja melanguk kat rumah dia kalau tak p mana-mana
Pastu dia berhijrah ke Manjung, kerja sana. Dapat jodoh orang Manjung. Hoih fikir-fikir balik, banyak nya yang kita lalui bersama-sama. Dan tiba-tiba dia dah bertunang dan akan kahwin!

Apa yang aku harapkan sebagai seorang teman baik, agar perjalanan menuju ke alam perkahwinan tu berjalan lancar, dengan izin Allah. Dan kita akan tetap kawan baik sampai bila-bila *hugs and tears*




diy pelamin oleh kakak Odah. Cantik dan simple kan




Orang belah lelaki sampai dalam pukul 12++ gitu




bincang-bincang time. Di tetapkan bahawa majlis adalah pada 16 Ogos nanti




amboi-amboi kemain kontrol ayu kau ye hiks !




bakal mak mentua sarung cincin. cincin risik dan tunang




alololo bakal menantu kesayangan ni hiks hiks




odah dan bakal tunang beliau




hantaran from both side. kuning dari perempuan, biru dari lelaki



 sirih + kuih bakar dengan apam mekar + kek + cookies




fruits + Quran + chocolates + kek buah kukus + Jubah 




kain pasang + kek + baulu + fruits  




kek + chocolates + sirih + cincin




makanan kat rumah odah ni memang sangat awesome la. anak beranak masak sendiri. malam sebelum majlis tu aku datang menyebok, tengok tempoyak dah siap masak. wuuuuuuu

menu hari tu semua lauk kampung yang sangat awesome ! masak lemak labu, ayam kampung dengan nangka masak lemak berempah, asam rebus batang keladi, daging gerang asam, tempoyak daun kayu, sambal belacan, ikan masin, ulam2

ko tengok pinggan aku. nasi amik sket, sebab nak tamak amik tempoyak punya pasal. tempoyak dia memang to die for ! kalau datang raya, nasib menyebelahi, siap dapat tapau. gagagagaga




lets makan ! balik siap dapat bungkusan lauk. tengkiyuuu mak odah. tempoyak tu balik2 je terus simpan dalam peti. sayang, takut basi kikikikiki






gambar tak banyak pon. 1 ni je la yang semenggah sket.  




ootd sangat. tak payah cekak pinggang ingat pinggang awak secekak kerrrrr



lets klik !!

12 comments:

Knor said...

hai lya.....ramai kekawan bertemu jodoh..kn

Amanda Suria said...

tgok orang tunang2 ni kan..terasa plak akak nak tunang...eh..eh....pelamin tu sgt cantik dan makan tu yang awesome...my mum pandai buat tempoyak daun kayu tuh...hehehe

Kakzakie said...

Alhamdulillah... satu-satu-satu akan bertunang begitulah.
Sampai masa Lya pulak...
Sedih yg ada tu sebenarnya tumpang gembira dan bersyukur Lya...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam ukhuwah FA...

Tahniah buat Odah bff Lya tu ye... Insha Allah sampai pulak jodoh Lya pulak ... :)

Akak follow #681 jemputlah ke blog kecik akak :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

waduh...tempoyak tu paling menawan hati :P

fairus said...

SEKARANG MAJLIS BERTUNANG DAH MACAM MAJLIS BERKAHWIN.. UUUIIII.. DUIT TU.

sudipVSsenduk said...

cantik pelamin & telan air liur tengok tempoyak tu..
In Shaa Allah lepas ni Lya pulak

Dr Singa said...

tisu Premier?
tisu Scott ?
tisu Giant ?

HijrahKuKeranaMu said...

simple yet sangat cantik pelamin tuh...

Afasz said...

cantik n simple pelamin tu.. moga bekekalan hingga ke jinjang pelamin. amin.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ohh... Cik Odah dah bertunang.... tahniah Odah... moga yang dirancang berakhir dengan baik semuanya... amin...

eelobor said...

begitulah perjalanan hidup.... yang mesti diteruskan. semoga perancangan berjalan lancar dan berakhir dengan kegembiraan