Friday, April 4, 2014

masa cuti sekolah hari tu

Assalamualaikum

Ni masa cuti sekolah hari tu. Sepupu-sepapat pakat balik kampung bawak anak-anak bercoti la ni
So kalau dah balik kampung tu, tak sah aktiviti diorang ni kalau tak berkubang kat laut tu
Termasuklah yang memang duduk kat kampung ni. Sama naik nak mandi laut. Aku la tu. Ha ha ha ha 



Ramai jugak kat pantai. Cuti kan. Punya riuh



Si tudung merah sangat fokus. Sebelah tangan kumpul remis, sebelah tangan korek pasir. Dah macam mak penyu plak aku ni



golongan mak-mak tak mandi pon. santai je



si kecik makan kacang dengan kulit-kulit. hebatt




petangnya.
patut la selipar aku hilang sebelah
main baling selipar ghopenya




we had so much fun!



nasib baik tak jahanam selipar aku




aku bedal mangga muda lagi best. main lari-lari penat ok
mengah akak. no no no
dasar pemalas hahaha




malamnya. malas masak. pakat order je kat medan ikan bakar
bak kata anak sedara aku sorang ni, "balik kampung tak sah kalau makanan tak penuh meja" hahaha




ikan caru bakar, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, kerang bakar bungkus, nasi goreng, bihun goreng, nasi lomak. oh ada leftover kari itik lagi. nyamamamam sangat

seronok sekali-sekala berkumpul. kalau tak, jumpa pun jarang. 
kitorang ni hubungan sedara mara tu close. baik dengan yang dah besar kawen, sehinggalah ke anak-anak kecik diorang
seronok sangat dapat get together. makan-makan, sembang-sembang, gelak-gelak
sehingga kita jumpa lagi
bila tu ?
masa kenduri nak sambut Ramadhan nanti lah ye!
hihihihi



lets klik !!

10 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

HAPPY FAMILY.... cm ni nak kawen ngan ko la.. leh bawk ak jalan n bg ak mentedarah banyak2.. hahaha

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

owhh... best gilak xtvt cuti sekolah.... semua akak suka..
mandi laut memang syok... walaupun kena sunburn.. hehe..
main baling selipar dah tua2 ni memang tak larat dah nak lari... tp teringat dlm 6 tahun lepas.. suami akak, adik2 akak & adik2 ipar yg dah besar gajah dok main baling selipar skali ngan anak2 kitorang.. tp masa tu akak jadi pemerhati je sebab sedang memboyot... hehehe...
owhh... bab gathering & makan2 ni lagilah syok... dah lama jugak kami tak buat gathering... nak kena buat jugalah ni nnt...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

waa...syiok ni ....dah lama tak mandi laut....

fairus said...

WOW.. MAIN BALING SELIPAR.. NOSTALGIA TU...

Sue Bee said...

meriahnya meja makan tu..duduk berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga cam ni mmg best..

Kakzakie said...

Betul juga kata anak buah Lya tu penuh meja dgn makanan.
Tapi seronok juga sebab bukan selalu dpt kumpul..

Amanda Suria said...

best kan sesekali berkumpul mcm ni....macam2 kerenah ada...

YanaUjang said...

kumpul ramai2 gini mmg best! dpt family yg ramai lagi meriah..huhu aku pn rapat dgn sedara² esp belah mak...dgn kazen2 dh mcm adik beradik je...jarang gak jmpe...tp sib baik aku bukak wassap group family...menjemah dlm tu je lerr...still rasa close wpn jauh di mata..ewahh :p

Knor said...

mana taknya lya...seronok le balik kmpung yg kerjanya mkn je..kakak pun suka...bila la lya nak ajak kami2 ni dtg rmh lya...

juadah tu..wow..terkulat2 tgok..
main baling selipar tu dulu2 kakak johan sokmo..baling kat bdn org pun..mengena sesaje..heh

kakyon said...

besnya dapat kumpul ramai kan..menu pun sedap2 semuanya.. rasa laparlah pulak..