Monday, April 14, 2014

nasi lemak sambal best !

Assalamualaikum

Hoih ngantok gila pagi ni. Ni mesti penangan nasi lemak semalam haha
Aku ni, paling rajin nak main masak-masak pon weekend je la. Weekdays sah-sah malas
Balik je mama dah siap masak. Kikikikiki

Weekend tinggal kitorang 4 beradik je. Mama baba dengan adik bujang pergi Pineng then straight balik Terengganu
So membujang la kitorang. Semalam, masak nasi lomak je. Tu la makanan kitorang dari pagi sampai malam. Bagus tak kakak nya. Pemalas sangatttt. Then petang pergi pasar malam, beli ayam goreng sorang seketol. So jadilah nasi lemak ayam pulak untuk makan malam. Kihkihkih

Biasa kalau masak sambal, takde letak belacan. Sebab baba tak boleh makan. Ni alang-alang diorang takde, marilah masak ikut tekak aku hihihi




nasi lemak 2 jam namanya. sebab apa 2 jam? aku masuk dapur pukul 8am, dekat nak pukul 11am baru siap. punya lembap masak hahaha





nasi lemak ku. ada nak resepi ke? ish aku ni main campak-campak je. takde proper resepi
beras + santan + halia + garam + air sket + daun pandan
pastu nak bagi nasi tu peroi, bila dah nak masak, masuk minyak sket. aku masuk 1 sudu je
nanti nasi anda kan peroi. dan sedap di ratah begitu saja kikiki




pelengkap hidangan. kacang je takde. kosser nak goreng kacang pulak kan





ok ini sambal terbaekkkkk sangat ! aku refer Blog Cik Ina Do Do Cheng
fuhh sambal memang terangkat babe




ini lah menu kami 4 beradik dari breakfast > lunch > dinner
boleh cuba kalau anda malas. hahahaha



lets klik !!

14 comments:

Dr Singa said...

beli je lah kacang cap tangan tu..kopek..

Amanda Suria said...

sedapnyaaaa.....nasi lemak kalau xde kacang x sedap kan...ehhehee

Knor said...

lama tak mkn nasi lemak..

Ain Noraini said...

dah ler lapo ni...bila tengok nasi lemak tu terus jadi lapo sgt2...
mesti sedap nasi lemak tu...tak ada kacang pun tak pe..

Kakzakie said...

Kakak pun kalau buat nasi lemak tak ada kacang tanah sebab semua buat tak nampak kacang tu. Sayang kan
Nasi lemak kalau sambal tumisnya sedap memang sepinggan tak culup Lya..

sudipVSsenduk said...

biasanya sambal la yg buat nasi lemak tu meletop

Acik Erna said...

Serupa la kita..acik pun kalau masak nasi lemak..seharian tu itu la menunya

MissNadia said...

ehh.. sedapnya nampak. kacang takder pun dah nampak cam lengkap

Ayu said...

Sedap kan sambal ni ...;)

gadisBunga™ said...

masak sekali makan sampai malam. terbaik. saya suke!!!!

wahida said...

aku pun kalau buat nasik lemak mmg sampai ke malam lah jawabnya menu itu je...hahaha...

pastu kami pun takde kacang tanah sbb tak laku pun kacang tanah...

fairus said...

TERBAIK...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wei.. bper posen nasi lemak ko ni... berlemak sangt ke.. hahahaha

JuadahMalaysia said...

Nampak sambal tu memang sedap. berkilat & menyala pulak tuh..