Wednesday, April 23, 2014

Pop Donna yang menjadi kegilaan gadis-gadis di Melaka

Assalamualaikum


Alkisahnya sabtu lepas, balik kerja 1pm tu amik bff aku si odah kat rumah kakak dia kat bukit katil. Aku kan wedding consultant tak rasmi dia. kakakaka
So plan nya petang tu nak pergi jumpa photographer dengan pergi bridal. 
Tapi pergi makan dulu kat windmill bukit beruang
Tengah-tengah makan dia bersuara,

Odah : Along, boleh tak kita pergi pop donna dah alang-alang ada kat sini
Along : huh ? pop donna apa tew ? eskrem ke *manjang ingat makanan je dia ni*
Odah : Butik. Ada macam-macam jom la pelizzzzzzzzzzzz *sambil buat muka lisa surihani kau ingat kau comel !*
Along : alah lain kali la. ni dah pukul berapa. nak jumpa photographer lagi, nak pergi bridal-bridal lagi pot pet pot pet *see menjalankan tugas sebagai wedding consultant dengan baik kan LOL*
Odah : alah boleh la. sekejap je. setengah jam je pelizzzzz *buat muka comel lagi*
Along : Okey la okey la. Tapi setengah jam je. Lebih, aku heret ko balik *garang tak garang tak *
Odah : yeayyyyyyyyyyyyyyy

So lepas makan bergerak lah 2 ketol bff tu ke Pop Donna yang menjadi pujaan si odah tu
Location, atas PHD Delivery. Ada banner Pop Donna

Masuk-masuk je, "phewww ini tempat hijabista-hijabista sekalian. Apa kah aku yang bertudung bawal instant buat kat sini ????" gitew perception nya
Takpe kita masuk dulu
Yang kawan aku si odah dah menghilang di sebalik rak- rak susunan shawl baju skirt dan berbagai-bagai produk
Lalu aku membawa diri

Pop Donna terbahagi kepada 2 bahagian
Bahagian 1 adalah pakaian-pakaian dan shawl dan stokin muslimah dan sarung tangan muslimah dan owh ye ! Handbag. Oh ye ada lagi ! Aksesori

Bahagian 2 terdapat pelbagai makanan seperti pretzel, congo bars, pepero, cadbury jar, popcorn, caramel, butterscotch eh bla2 eh banyak nya ! Aku teruja di sini je hahaha. Eh ada lagi ! Jelly shoe yang buat si odah tu separuh mereng kat situ. Aku tak boleh pakai jelly shoe. Tenggelam ! hahaha

Sementara si odah asyik dengan dunia pop donna dia, aku meneroka segenap inci butik ni. So layankan gambar je lah ye





Sementara kawan anda shopping, anda boleh duduk kat kerusi empuk tu di temani bear itu




kawan baik ku yang hilang arah setelah masuk pop donna. semua benda yang ada dalam pop donna membuat dia teruja

si bukan hijabista macam aku sila duduk tepi -_-





jelly shoe yang berlambak yang membuat dia separuh gila jugak
dan memaksa aku beli sekali sebab 2 pasang hanya RM 50 !
oh memang tak la. bukan jelly shoe jadi nya. seksa jelly shoe tu bertuankan aku nanti




so takpe kita selfie je



odah yang gembira tak terkira dan peneman a.k.a wedding consultant peneman setia




pretzel dan almond apa ntah dan sebelah tu congo bar



section makanan. eh tepi tu ada kek coklat anis dengan cookies




caramel dan butterscotch dan popia nestum dan cadbury jar




popcorn dan tempe sambal yang kering tu



pepero kat atas tu !


so para pencinta fesyen dan hijabista dan pencinta makanan juga, ramai-ramai serbu Pop Donna !
nescaya muka anda akan terpampang dalam insta Pop Donna !! kikikikiki
bawak duit yang mencukupi dan pastikan nafsu shopping anda di paras normal. eh tapi masuk Pop Donna nafsu shopping terus di paras bahaya ! hahahaha macam si odah tu kikikiki

Selamat bershopping !!!

Pop Donna Concept Boutique
No. 19-1, Jalan BBU 2,
75450 Melaka
Landmark: Atas Pizza PHD Bukit Beruang




lets klik !!

14 comments:

Dr Singa said...

uih!
sungguh berdosa kedai ini!!!!


ahkak pun akan ke koner yang satu lagi tu kalau datang sini..
koner yang tak ada tudung mudung tu..

adrianna syaz said...

Amboi..pop pop mcm k pop ni.hehe..ala da x duk mlaka la leya..klu tak leh jgk berkunjung2 ni..hehe..makanan...

Knor said...

mcm best je..banyak ke kawan tu borong.....satu kedai semua ada ye...senang tak payah nak merayau,tempat lain lagi..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

bagus jugak konsep dia...shopping pakaian sambil tu makanan pun ade ... boleh shopping dua2 :)

~ yus ~ said...

Pop Donna ya? baru pertama kali dengar namanya. Balik rumah emak di Melaka boleh cari ni...

Salam singgah dari kak yus ya..:)

Amanda Suria said...

sib baik xde kat seremban...kalau x......

Acik Erna said...

kalau tau cari mau jugak acik pegi ni Aini

sudipVSsenduk said...

mujur jauh. Selamat...

Azian Elias said...

Wahhh...bestnya ye...apa tak menggila kakak2 masuk situ...

bagus sekaramg bisnis2 anak muda.

adrianna syaz said...

Leya..skrg duk kat ipoh leya..huhu..i miss melaka soo much.....nk g jonker walk..bandar hilir...nk g pasar mlm alor gajah..huhu

Kakzakie said...

pandai betul mereka buat business. Kalau bawa abang pun boleh. Bini cari tudung hubby survey makanan:)

Idea mereka bijak kan Lya..

MissNadia said...

nama kedai pun dah menarik perhatian

JuadahMalaysia said...

dia sebenarnya jual baju ke jual makanan

Hanie said...

tgk ig pop donna ni boleh jadi sawan tgk makanan die mcm best giler..