Tuesday, April 22, 2014

sekarang aku faham perasaan tu

Assalamualaikum


Last week rasanya kecoh betul pasal ada seorang wanita ni call plus marah-marah
Bukan marah lagi ok. Berbakul-bakul makian dia

Ceritanya..

Dia terpaksa mengharungi jammed dekat highway plus menuju ke selatan. Jammed tu berterusan selama sebulan kalau tak silap. Sebab jammed, dia tutup 2 lane kot sebab ada kerja-kerja apa ntah berkaitan jalan la.
Dia kerja KL, tinggal kat Melaka. So ulang alik KL - Melaka la
Hari-hari harung jammed. Tak tau la start mana jammed nya tapi masa call tu dia cakap dia dekat R&R Seremban. Dia call plus tanya kenapa tak gerak-gerak. Bla bla bla bla
Suara dia, kalau aku jadi operator, memang aku tanggalkan headphone tu sebab memang kuat lah dia marah. Suara wanita tu memang tengah stress. Dia cakap tiap-tiap hari sampai rumah pukul 3pagi. Dia sanggup keluar lambat sebab nak lepaskan orang KL balik dulu. Still jammed. Balik pukul 9pm jammed, 11pm jammed. Ish tak best la aku cerita kan. Kalau nak tengok, pergi Youtube "Operator Plus Kene Maki Dengan Pengguna Lebuhraya"

Masa mula-mula aku dengar perbualan fon wanita tu dengan plus, aku agak tak bersetuju la dengan wanita tu. Ye kita faham kamu tu marah. Tapi carutan makian dia, huihhhhhhhh. Memang kaw kaw melaka weyh. Berbakul-bakul makian dia. Aku yang orang Melaka ni pon takut dengar haha. Kang tak pasal-pasal orang label, "hah orang Melaka memang macam tu". oh no no no. Tolonglah jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Sampai lah pagi tadi. Aku nak p kerja. Dah keluar awal ni. Pukul 7am weyh aku keluar. Sebab lepas bangun sahur tak bleh tido. So bersiap-siap awal. Pukul 7 dah keluar. Sekali dekat simpang Tanjung Bidara - Solok Duku - Masjid Tanah, jammed. Tak bergerak- gerak kereta. Tengok kereta tak gerak-gerak ni, hoih dah kenapa. Panjang gila line kereta depan aku. Simpang 3. Yang nak menuju ke arah sungai udang tak gerak. Gerak pon takat macam kura-kura je. Aku nak menuju ke sg udang la. Sebab aku kerja kat bandar melaka. Lama weyhhhhhhhhh tak gerak. Aku rasa gerakan kura-kura tu terjadi selamat 15 minit kot. 15 minit tu aku rasa macam 15 jam hoihhhhhhhhhhhh






Sekali bila dah kedepan sket-sket, perghhhhhhhhhhhh berasap rasa. Kau tengah buat jalan ???? Pagi-pagi gini ??????? Peak hours di mana semua orang keluar nak p kerja nak hantar anak p sekolah ????????????? Apa yang ada dalam fikiran orang yang mengarahkan kerja-kerja tu di lakukan di waktu peak begitu ??????? Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *telinga berasap*

Pergh seriously, mengenangkan aku puasa je hari ni. Kalau tak, aku rasa bukan berbakul dah makian aku, berlori kot. Di sebabkan itu, muka aku punya kelat, ngalahkan cuka aku rasa hahaha. Terus bukak aircond no. 3 terus hahahaha

Ok now I know how it feels... -_-


lets klik !!

10 comments:

Kakzakie said...

Betullah Lya kadang mereka yg buat repair jalan tu tak tengok masa. Buatlah masa org tengah tidur bukan org baru bangun tidur..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

huhuhu...KL ni everyday jem...tu pasal sy merempit je hari2...... selit2 sampai ..hihi tapi kalau hujan naseblahhhh :P

Kakzakie said...

OK... ini guide how to reach Singgah Selalu Lya. Kalau dari arah utara ke selatan jalan terus menuju Skudai. Sentosa tu far away dari Skudai. So dari KL tuju terus jalan Skudai. Set GPS Restoran Singgah Selalu. Lokasi sebelum tiba di Danga Bay (dekat aje dgn Dangan bay, api Danga di sebelah kanan). Singgah Selalu ni kedudukan di sebelah kiri jalan susur. Jgn terus laju bimbang akan terus ke bandar JB..

Hope you manage to find the place Lya.

redza said...

saba je la..

Knor said...

akak pun faham perasaan kakak tu...terharu.

Amanda Suria said...

SA faham perasaan wanita yang duk maki2 ari tuh...dengan tanggungjawab as pekerja, as a mum...tp fikir2 balik..memang patut pun dia rasa marah gile..hari2 balik lambat kot...

Dr Singa said...

mau beratus lahabau pagi tadi keluau eh dik!?

adrianna syaz said...

Mmg kna bertabah la leya..hehe..snggah sini tgkleya..nnti nk rekemen abam askar satu kat leya..hehe

MissNadia said...

N selalu keluar awal nak elak jem

JuadahMalaysia said...

i baca cerita u pun i dah panass... Kalu dok kl ni boleh juga naik lrt, komuter, monorail.