Wednesday, April 9, 2014

tolong hormat orang lain ye

Assalamualaikum

Semalam balik kerja, pergi Aeon. Pehtu masuk dalam mall dia tu. Pergi kat area pakaian-pakaian wanita
Biasa la, pergi Aeon, tak pergi Scarlet tak sah kan
Tengah dok ralit pilih-pilih underwear, tiba-tiba ada sepasang couple dengan megahnya masuk kat tempat pakaian-pakaian dalam wanita ni
Makwe nya menonong masuk kat tempat underwear ni, pakwenya follow, siap tolong belek-belek ok
Arggghhhhhhhhhhhh
Aku dengan kawan aku dah berasap je ni
Yela, kita segan kan. Kan kita nak pilih-pilih. Dah tetiba ada jantina lain kat situ. Pejadah plakkkkk
Mungkin certain orang tak kisah kot. Tapi untuk aku, aku tak suka la. Sebab kau kene jaga sensitiviti dan hormat orang lain yang ada kat situ. Be it tu suami kamu ke, tunang kamu ke, pakweeeeeeeee kamu ke
Kot ye nak mintak pendapat pon kannnnn
Bak kata kawan aku la "kita faham mereka loving each other tapi kene respect orang lain yang ada kat situ"
Kakakakakakakakaka !
Tapi dalam pada bengang tu, beli jugak. Habis nak tunggu kamu tu blah dengan kekasih kamu dok belek-belek tu, sampai kesudah kitorang tak beli kang oi !

Oh ye la mungkin aku yang tak ikut trend kot. Yela kita orang single, mana ada pakwe nak teman beli cependerrrrr hikhokhikhok

If one day korang nampak aku buat macam tu, mohon lempang namblas kali






lets klik !!

12 comments:

Knor said...

tutup mata jelah lya....bersepah org kurang siuman skrg

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

hihhi memang malu nak memilih.. akak kalau gi dgn en suami pun.. en suami tak ikut akak pegi kat tempat ni.. malu kan.. faz

KakNi Sihat Cantik said...

Oh.... ingatkan nak hormat pasal apa tadi tu.... hahahah.... sabo jer lah kan

NM03 said...

ko trai je bra depan mamat tu dik. biar melopong muka dia. hahahaha

Kakzakie said...

Kalau macam kakak ni dah tak kisah ada org lelaki ke apa kakak buat tak tahu aje pilih. Tapi kalau anak dara kakak macam Lya memanglah malu. Abang memang sendiri tahu tak akan ikut kalau kami ke tempat ini..

Cinta Cinta said...

suami akak mmg tak ikutlah klu akak tgh memilih cepender ni... hehe... sebab akak pun tak suka dia ada.. tak leh memilih dengan selesa..

Ain Noraini said...

tak sukakan..gedik2 mcm tu..k.ain yg dh kahwin ni pun x buat mcm tuu...

Dr Singa said...

ko nak beli g string eh dik!!

hehehheeeeee

fairus said...

KALAU ORANG RUMAH SAYA PERGI KE ARAH ITU, SAYA TAK IKUT SAMA.. DUK LE TEMPAT LAIN..

Acik Erna said...

assalam Aini..acik dari muda..sampai ke dah tua ni..suami dan bujang2 dilarang ikut ke tempat pakaian dalam wanita..kesitu cuma acik sorang je boleh pergi..serius Aini..maluuu.
walaupu dirumah..basuh ke sidai ke..kaini2 lain boleh tolong..yang itu tak boleh..acik akan basuh tangan dan sidai sendiri..hi hi..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kalau akak pun naik nyampah kalau nampak kejadian tu... suami akak pun tau segan nak rapat kat tempat pakaian dlm wanita ni...mesti dok jauh2..

MissNadia said...

kalau N memang tak selesa ada orang laki bila tengah belek-belek underwear