Thursday, June 19, 2014

Alaa...Kassim... Crystal Bay Alai

Assalamualaikum

Sabtu lepas duduk rumah adik aku
Malas balik rumah kekdahnya
Balik kerja pukul 1pm, melagho jap dengan member, petang balik rumah
Adik aku tu belum balik kerja lagi
Apa lagi, bantai membuta
Bukak-bukak mata, eh apsal gelap je ni
Tengok jam kat fon, 8.40 pm !!!
Terlajak maghrib sume arghhhh
Nampak adik aku pon sama membongkang
Pukul berapa dia balik aku pon tak tau
Bangun sembahyang Isya, qada' maghrib sekali
Masing-masing lapo
Keluar rumah tanpa arah tujuan

Ronda-punya ronda
Decide nak pergi Alai
Ikan bakar dekat Crystal Bay
Masa tu dah pukul 10pm ++ jugak
Risau orang ramai sebab cuti sekolah kan masa tu
Tapi redah je la

Memang ramai pon orang
Nasib ada meja kosong
Sebab dah pukul 10 lebih, so ramai orang yang dah sudah makan tengah lepak-lepak
Dan ada yang beransur pulang lepas kekenyangan
So harapan nak dapat makanan cepat adalah tinggi yeay !

Kami pilih Alaa Kassim
Ada beberapa lagi gerai lain
Tapi rasanya yang famous Alaa Kassim je kot
Yang lain tu tak pasti la. Tapi ada je orang makan-makan
Terpulang selera dan poket masing-masing ye



muka tak mandi p makan ikan bakar



alaa kassim ni belah tepi sekali
kalau datang, tengok yang paling ramai tu, hah yang tu lah
takde proper kaunter
mak bayar just pergi kat depan tu yang amoi 2 orang tengah berdiri tu




siakap, udang 4 ekor, sotong 3 ekor
mula-mula aku tak nak siakap
pastu adik aku tu la nak jugak
dah la siakap besar-besar semua
amik je la 1





sebab dah tak ramai, cepat je dapat nasi lemak
diorang akan hantar cili kicap sekali




siakap. bagi 2. sebelah buat sweet sour
to me rasa dia okey okey la
takde la sedap teringat takde la tak sedap
tapi suka ikan dia garing
tapi kuah tu tolong la bagi lebih sket ye huhuhu



sebelah lagi buat bakar sambal
not bad la
tapi aku tak makan sangat yang ni
sebab aku suka ikan garing-garing
bakar ni aku kureng sket



udang sambal
yang ni sedap sangat
sedap teringat-ingat sampai sekarang !
hahahahaha
ni adik aku makan 1, aku makan 3. hihihi




sotong tepung
okey la not bad
tapi kau ni tak sejat minyak ke oi
or at least alas tisu ke
menjejes minyak kat bawah tu




nasi lemak sedap
cenonet je. nasi dan sambal semata




matik la makan berdua banyak macam ni
naga betol
end up tak habis, except udang sambal
lain semua tapau bawak balik




total damage RM 68.20
ntah murah ke mahal tak tau la
berbaloi la agaknya sebab ikan besar, sambal udang sedap. cuma sotong tu oily sket
sayur takde order, sebab dah habis wuhuhuhuhu

to me, kat sini takde la sedap menggila
tapi ok la. sebab bagi bintang lebih kat sambal udang
tu memang to die for
eh taste bud orang kan lain-lain
kalau nak sedap dan murah, jom ke muar, sabak awor
siapa nak ikut !!!


lets klik !!

20 comments:

Dr Singa said...

Dak Doktor tu tak de on call ke?
manjaaaang jenjalan

Chot said...

Murah tu..makan berdua..tp xabis rugi plak..hehe

asyifa mustaffa said...

Perggghh...bedua pun bole jdi yek mkn ikn bakor..! Sedap2...nsib la bru mkn cti skolah lepas...hehe...

Fazleyatul Aini said...

Dr Singa - takde pulak on call. HO ada on call ke. sebab tak pernah plak dia cakap kene on call

Chot - tak abis tapau makan esok pagi tak rugi hihi

asyifa mustaffa - berdua lebih baik hihi

Knor said...

wah2 enak bangat..sotong goreng tu nyaman

Kakzakie said...

Banyak sangat meamng kalu utk berdua. Kakak dah agak mesti tak habis:)

Fazleyatul Aini said...

Knor - sotong tu sedap tapi a bit oily huhu

Kakzakie - tu la order bukan main last2 pack bawak balik jugak

Fyda Adim said...

akak pun kalau nak mkn ikan bakar ke ala kassim ni..murah pun iye..:D

JunAina said...

Sotong goreng tepung yummeh...

Daddy Ziyyad said...

hahaha..ni 1st time saya dgr orang order Ikan Siakap, belah 2..sebelah masak 3 rasa, sebelah bakar! tak pernah terfikir nak order style camni

eelobor said...

dah lama tak pegi makan ikan bakar... rasanya hujung minggu nie kat ke Pantai Jeram, Kuala Selangor sebab nanti dah nak puasa lak

Fazleyatul Aini said...

Fyda Adim - saya jarang ke situ sebab jauh jugak dari rumah

JunAina - hihihi yummeh

Daddy Ziyyad - ok lepas ni boleh cuba cara ni kan hihi

eelobor - tu la dah dekat nk puasa macam2 nak makan hihi

MissNadia said...

udang 4 ekor je rm16.40.. wah mahal ni

Umi Nazrah said...

salam singgah. wah tak sangka nama kedai tu sungguh dahsyat. hehe. 1st time dengar nama cenggitu :D

johan adam said...

assalam
hope ko sehat
sory atas semua salah silap
take care
-green

Fazleyatul Aini said...

MissNadia - kan mahal nasib sedap

Umi Nazrah - haha hectic sungguh namanya kan

johan adam - salam. sihat alhamdulillah. sila sms aku. haha

Cik Itah@RRP said...

salam. huh alamak terliur la pulak sy tengok hahah :D

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

ikan tu besarnya ..patutla tak habis makan berdua

fairus said...

SAYA BIASA JUGAK MAKAN KAT ALAA KASSIM TU..

Teratak Purbawisesa said...

memang murah dan sedap
kalau berbuka puasa mmg selalu penuh kne booking awal.......
Ala Kasim TERBAIK