Tuesday, June 10, 2014

Kek Batik (Biskut Marie) Termudah Tersedap

Assalamualaikum

Sabtu lepas rumah buat kenduri
Kenduri nak sambut Ramadhan
Hujung bulan ni je kan dah nak puasa

Nak upload gambar
Tapi tak transfer lagi gambar nya
Nanti ler

Meriah kenduri
Ramai sedara-mara balik
Sabtu kenduri
Ahad kenduri mandi laut
Haha !
Now saya sangat merah macam udang panggang
Kesan bergelimpangan kat laut sampai matahari mencacak pukul 12 lebih

Anak-anak sepupu / saudara, yakni budak-budak la
Asal balik kampung Melaka mesti request "kak long kek batik !!!!"
Biasa aku suruh adik aku buat
Nanti bising budak-budak tu
"eh apsal kak long tak buat"
Gedik la kamu

So kali ni kak long rajin
Siap share resepi kat blog

Oh ye
Resepi asalnya besfrenforever yang bagi
Masa duduk rumah sewa kat segamat (zaman UiTM dolu-dolu)
Dia buat sekali
Pergh sodap
Terus save resepi dalam minda
Tak payah salin simpan
Sebab memang mudah dan pantas 
Sap sap soi !




Pandangan atas kek batik
:
:

Bahan-bahan seperti berikut:

- Buttercup seketol 250g itu
- Milo 1 cawan
- Coco powder 1 cawan
- Susu pekat 1 cawan then aku tambah lagi 2 sudu
- Gula 2 sudu sahaja (kalau nak manis tambah sendiri)
- Telur 6 biji (kocok kan sket)
- Biskut marie (aku guna 3 bungkus jenama Munchy's. 2 original 1 coklat. Eh coklat ke coffee ntah)- bIskut marie aku patah-patah 4




Kasi lebur semua bahan kecuali biskut dan telur ke dalam periuk
Dah masuk semua bahan itu, baru bukak api slow dan kacau sampai semua bahan cair

Bila semua dah cair, masuk kan telur tadi, kacau sampai semua sebati
Dah sebati tu, nak rasa adunan coklat tu boleh la
Kot terkurang manis ke boleh tambah gula / susu lagi ke
Ikut suka kamu

Biasa la aku memang stok main campak-campak je
Hahaha




Dah sebati rasa bahan coklat tadi, tutup api
Masukkan biskut marie tadi. Gaul rata

Oh ye
Kalau nak lebih coklat, biskut Marie tu guna la 2 bungkus je ke
Aku ni sebab dah patah-patahkan semua biskut marie tu, so aku leburkan je semua
So tak banyak sangat coklatnya



Dan masukkan dalam loyang
Himpit-himpitkan 
Kalau ada coklat lebih, curah rata je atas tu
Kes aku, takde coklat lebih
Periuk coklat budak-budak amik 
Ratah coklat belen dalam periuk
Haha

Dah siap, simpan dalam peti sejuk
Nak makan, sendiri potong la!

Kalau anda rajin
Susun la satu-satu biskut tu
Kalau susun, tak payah patah kan la biskut tu
Kes pemalas
Lebur je semua



Model kek batik
Budak-budak ni
Sepinggan tu dia hadap sorang je
Aku pon makan 2-3 keping je
Tsk tsk tsk
Cubaan nak mengatakan sendiri buat sedap
Kahkahkah

Eleh tak caya cuba la sendiri
Lalalalalalalalalalala
*sambil berlari libas rambut*


lets klik !!

11 comments:

Khamsi Abdullah said...

one of my favs :)

fairus said...

OK.. LEPAS NI DAH BOLEH JOIN MASTERCHEF...

eray ayang said...

nie pejam mata pun boleh buat nie. nanti nak try.

eelobor said...

hehehe....kami pun nak buat jugak la makan kecik2 berkumpul adik beradik sempena menyambut ramadhan. selain tu dapat mengukuhkah hubungan silaturrahim antara kami

Shark Kay said...

tu dia...
punya ler rajin kak long..
sbb tu ler ramai dok syg kak long nie.

Kakzakie said...

Oh... memang senang dan boleh simpan resepi dlm minda kan Lya...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pergh....nampak pun sedap...:) kalau rase tak tau la ...mau tak cukup sepinggan ni :P ekekeke

Knor said...

wah mmg senang lenang..nti kalau kak senang..ye

mesti byk juadahnya ye..

Daddy Ziyyad said...

makan lepas balik terawih..terbaikkkkk..:)

makcikkantin said...

Pernah buat sekali...tapi tak.letak.koko....nak cuba lagi ikut resepi ni...dah letak dlm "otak" tq

sudipVSsenduk said...

sediakan air teh o secawan.. gabungan yg mantap