Thursday, July 10, 2014

Sederhana

Assalamualaikum

Minggu ni rajin la jugak
Setakat sampai hari ni,belum pergi pun bazar
Bukan kedekut
Tapi rasa malas. Lepas tu kadang-kadang bila pergi bazar, sampai satu tahap rasa "dah tak tau nak beli apa"
Padahal bazar ramadhan punya panjang, makanan punya banyak
Mewahnya nikmat makanan kita kat Malaysia
Sampai tak tau nak beli apa

Balik kerja pergi Giant
Teringin nak cucur bilis Adabi tu
Pastu beli ayam bahagian isi seketul, udang buat rencah, sawi sket
Beli untuk sekali masak je



Balik kerja goreng cekodok dulu
So semalam berbuka cekodok bilis Adabi je
Kenyang. Alhamdulillah

Then lepas Maghrib, baru tung tang tung tang masak mee hailam
Tapi, masa kat Giant tu, takde mee kuning, Habis. Ceah
So beli la dried noodle je




Less kicap. So tak hitam la pulak
Corn flour takde. Maka cair lah sket
Walaubagaimanapun, bersyukur kita. Sebab masih berbuka dengan aman dan tenang





Dalam masa yang sama saudara mara kita di Palestine entah berbuka ke tidak
Apa mereka makan
Sahur ke tak?
Ya Allah kau lindungi lah saudara mara kami di sana
Semoga mereka selamat, dapat berpuasa dengan tenang, berbuka dengan makanan yang sedap, menyambut Syawal dengan gembira

lets klik !!

14 comments:

asyifa mustaffa said...

Simpel tu...tp klau dah lapar...mkn aje ye tak.

Insyallah...mereka hambaNya yg tabah...moga dilindungi...

Yusmawati Paiman said...

simple tapi mengenyangkan itu yang penting kan...

kalau tgk fb, memang mengucap panjang tgk kekejaman Israel.

#letsprayforGaza

Kakzakie said...

Betul Lya... Lebih dari sedap dan berkhasiat apa yg Lya masak tu. Dan usah kata di Palestine bahkan ada saudara kita di M'sia ini juga yg susah hingga makan pun tunggu NGO menghulur... itu pun dah kecoh jadi isu besar sekarang ni.. entahlah..

Moga Islam akan bangkit juga satu hari kelak dari diinjak-injak begitu keji.. sedih kan:(

JunAina said...

Aka pon masak aje kat rumah Alla beri kelonggaran waktu tahun ini dibulan puasa...alhamdulillah.

Ya-Allah kalu lindungilah mereka dari kekejaman.

nur anis said...

best buka makan simple simple ni..:)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

sedapnya mee hailam ...dah lama tak makan ni ....nak buat sendiri tak reti ..nak google resepi malas...nampak tak permainan kat situ ..cakap jela malas dan tak berusaha nak buat kan ? hahahhaha

Knor said...

bersederhana tuntutan.

lazat juga

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

bagusla tu lya.. akak pun jarang ke bazar...
tp msk pun masalah juga ni.. sampai dah tahap tak tau nak msk apa dah.. hehe...

aizamia3 said...

Tahun ni memang tak membeli kat bazaar sebab masih sempat masak sebelum waktu berbuka.. walaupun letih tapi berbaloi..
Moga mereka di sana dilindungiNYA.
Ya!Allah kau selamatkanlah mereka di sana.

Daddy Ziyyad said...

betul tu...dlm pada kita syok berbuka itu ini,renungkan lah nasib saudara2 kita kat Palestin...kat Syria...kat Rohingya

LYAfrina said...

Lya thn.ni sekali pon x jejak lg kat bazar ramadhan.. x rsa nk pergi pom. Lg2 keadaan lya bru leh jln x smpai sbln ni.. x rela nk bersesak

eelobor said...

bagaimanalah nasib saudara kita di sana yer....

Amanda Suria said...

Panjangkan doa untuk saudara kita di sana...
akak tergoda ngan mee hailam lieya tu la...

Amanda Suria said...

Panjangkan doa untuk saudara kita di sana...
akak tergoda ngan mee hailam lieya tu la...