Thursday, October 9, 2014

DIY hantaran tunang

Assalamualaikum

Ok sampai bahagian hantaran pulak
Hantaran bertunang, 9 pihak perempuan, 7 pihak lelaki

Memandangkan dekat Melaka dah ada Era Nona, so kebanyakan barang serbu beli kat situ
Tepak hantaran tu, masa tu ada promo. RM 7.90 sahaja untuk 1
Bunga-bunga, ada yang beli kat kedai bunga, ada kat kedai 2 ringgit. Mix n match kan je




Ni hantaran dari pihak kami untuk pihak lelaki
Total 9
Hasil tangan kitorang se-family




Sirih by yours truly
Suka sangat. Haruslah suka dah sendiri buat hahaha
Sirih tu mintak kat rumah kawan aku. Pokok sirih dia sihat betul. Daun beso-beso kau





Sampin. Sampin ni mak lang sponsor
Mak lang balik ganu last month, dia beli kat paso payang





Kasut 





Baju.
Memandangkan dah lipat lebau begini, letak reben dengan bunga sket je atas tu




sejambak ferrero rocher sepupu sponser dan dia gubah sendiri





songkok. ni anak buah aku gubahkan
dia sampai pening fikir camne nak buat dengan songkok ni
sebab tau la kan songkok johor kan tinggi
pastu kosong je. sebab kerongsang songkok tu kat tunang adik aku, pastu lupa bawak. hoho
tu yang sejambak je bunga hah. hahaha




cupcakes. aku order kat Dakmiera Bakery
Riben tu, memang bakery tu siap-siap ikat kan
Nak tukar kaler pink. Sekali reben habis. Ah lantok la guna je la yang tu




Buah-buahan. Aku sangat sukaaaaaaaaaaaaaa yang ni
Sebab aku memang nak guna buah yang sama color je
So beli epal merah dengan grape kat Aeon. Cari plum merah tapi takdok plak
Kotak kayu untuk buah tu, aku beli kat Daiso






Gula-gula dengan coklat tu sepupu aku belikan
Pun suka dekorasi dia
Aku suka pakai rantai manik tu
Sebab nampak menyerlah je kan


Okey selesai bab hantaran belah kami
Overall, aku sangat berpuas hati dengan hantaran 
Walaupun terpaksa fight idea masing-masing jugak wakakakaka
Biasa lah dah ramai-ramai tu kan. Masing-masing ada pendapat
Tapi tu yang memeriahkan sebenarnya
Riuh je masa buat hantaran. Kejap gelak, kejap cam nak perang. Hahaha

Yela. Ini first time untuk family aku.
Terasa lainnya, dari buat kenduri lain-lain tu



Okey mari layan hantaran dari pihak lelaki plak
Pihak lelaki bagi 7 dulang



Sirih junjung
Sampai sekarang aku biar je dalam bilik. Suka la bau sirih





Cincin tunang




Yang dibawah lembayung ini, rupanya duit hantaran
Haram kitorang tak perasan wey. Sebab yela, masa bincang-bincang tu kan orang lelaki je
Orang perempuan kat duduk jauh sket
Nasib baik anak buah aku yang iring adik aku nak sarung cincin tu perasan
Dia tengok amende la dalam kotak ni
Sekali bukak hah kau. Cash rupanya. Terus bagi mak aku
Yela. Dah ramai-ramai ni kita kene jaga-jaga jugak kan





Towel dan kasut




Buah-buahan




Body shop punya perfume lotion bla2





Dan kek. Kek ni, malam tu kitorang kekahkan
Kejap je lesap. Hahahaha


Okey habis edisi hantaran. Nanti sambung edisi lain

Eh esok Melaka coti yeay !!!
Boleh membongkang lama sket mihmihmihmih



lets klik !!

13 comments:

Kakak Norihan said...

wow meriahnya cantik2 belaka...

hantaran lelaki nmpknya besau besau...

penat tapi seronok tk gitu lya..

Dr Singa said...

songkok tinggi memang kena pakai dengan kerongsang .. barulah tak menyalahi undang undang negeri

Dr Singa said...

ps..
selamat membongkang!!!

kihkihkihhhhhhh

Dr Singa said...

ps..
selamat membongkang!!!

kihkihkihhhhhhh

Daddy Ziyyad said...

Baju Camel Active tu kan? hahaha
Sebijik macam baju yg saya ada sekarang ni...warna pun sama!

nur anis said...

rindu pulak nak gubah menggubah hantaran ni...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

dari dulu sampai dah jd mak budak akak mmg suka sgt telek2 hantaran... hehehe...

cikceriacorner said...

cantiknye..tahniah dik..

asyifa mustaffa said...

Cntik dan simpel!
Melaka cuti apa esok?

eelobor said...

tersangat meriah.... kami dulu ringkas2 jer. huhuhu

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

sweet je colour ...i like :)

Sha My heart said...

wah, cantiknya. suka sangat tengok.

Mashitah Mamat said...

cantik..tahniah..
jemput join giveaway MERDEKA GIVEAWAY BY HONEYONNEE.COM