Tuesday, December 9, 2014

Ain E-Day

Assalamualaikum

Sabtu lepas ke Puchong
Anak sedara, Ain bertunang. Majlis hari ahad 
Sabtu malam tercogok la menambah gerombolan yang ada
Actually sampai lambat jugak. Dekat pukul 12 malam baru sampai
Sebab jiran aku pun buat kerja kawen. Pergi rumah dia dulu malam berinai. Sebab majlis langsung dah tak dapat pergi kan
Pastu baba mama dengan adik bujang ke Pineng. Adik bujang konvo
Ye mereka pergi bertiga je
Memang kene berbagi-bagi la kali ni
Mama baba ke Pineng si bujang konvo. Aku, maklang dengan adik aku ke Puchong, majlis tunang ni
Haish so sad tak dapat pergi adik bujang iols konvo
Yela time orang lain konvo semua ada. Time dia takde plak. Theyols bertiga je
Nak buat lagu mana. Time ni plak peak macam-macam event





Anak sedara den, Ain. Weols rapat. Dengan sedara mara Puchong memang very closed.
Asal balik kampung je menjerit "kak long kek batik kak long kek batik !!"
Time flies so fast. Sekejap je dah besar. Dah jadi tunang orang tsk tsk tsk
Sorry kak long emo ngahahahaha. Biasa la dah nak jejak 3 series ni -_-




Hantaran dari pihak perempuan
Bagi 11 dulang. Laki 7
Sebab last minute tambah 2 lagi. Dah sedara mara nak bagi amik je la kan




Ni dari weols
Tempah kat fav bakers, Dakmiera Bakery (sila cari sendiri di FB)




Mengecoh kat tepi
Humangaih bila lampu kat mini dais tu dah bukak, dia punya panas dalam rumah, boleh berapi mulut hahaha
Aku tetiba tudung hitam. Alkisah, aku pemalas nak gosok tudung. Baju aku pakai tu jenis tak payah iron. Maka, aku sauk kan aja tudung hitam. Lantak




Ain dan tunang nya, Nizam
Oghe kelate yuuuu
Make budu la Ain pasni




Dak Ain




Foods memang awesome
Kalau kitorang kenduri, memang sedara Puchong la kitorang import untuk memasak hahaha
Nasi amik syarat je. Lauk kasi penuh
Menu hari tu sambal sotong kering, lemak cili padi daging salai, ayam goreng berempah, dengan kerabu campur tu
Aku amik kerabu tu kemain. Siap repeat makan kerabu je
Amboih lupa diri sangat





Selamat bertunang Ain
Dah jangan nak terejal sangat lepas ni. Aku je terejal takpe hahaha

Oh btw, Ain ni pengapit adik aku kawen nanti
Kalau aku tau jodoh cepat kalau jadi pengapit, awal-awal aku kebas job pengapit ! 
hahahah
tak bleh tak bleh
kang orang tak nampak pengantin atas pelamin tu, nampak aku je 
lalalalalala



lets klik !!

14 comments:

Acik Erna said...

cantik Lya..macam dah majlisnikah kan...

Daddy Ziyyad said...

gilaklah....memang awesome lauk tu! terus lapar ni!! dah la baca entry kul 12.10pm..hahaha

Kakzakie said...

Anak lelaki tak sensitif sangat Lya. Janji mak-ayah ada dah ok.

Tak apa raikan majlis org dulu. Sampai masa Lya pun akan diraikan juga..

Nur Inani said...

tahniahh untuk anak sedara sis. cantik orangnya ^__^

- said...

cantiknya.... tahniah utk ain.. sama plak tarikh tunang dgn mun..hehe.. kirim salam kat dia yer..hehe

NADZIRAH said...

hadoiiii..ayat last tu xmenahan..
akan smpai masa awk jugak nnt..sabor yep...

Cikna said...

Tahniah utk sepupu, tpkn ramai org kata kalau jdi pengapit cepatla jodohnye sampai.....;-)

Kayu Manis said...

cantik manis orgnya...
berbagi2lah ye...

gadisBunga™ said...

Eh jap. Kite lupa nak kabo. Kite dapat dah kad!! Tq!!!

eelobor said...

tahniah untuk ain....

AkuMalas said...

Semoga kekal selamanya, kan gitu? yeahh.. Nice. (^^)

Amanda Suria said...

cantiknya pelamin bertunang tu ha...

Najib Ariyan said...

selamat bertunang, semoga kekal pertunangan sehingga pernikahan dan kekal selama2 nya...

tapi bestnya menu malam tu... sambal tu sambal ni... alahai...

LYAfrina said...

alhamdulillah..
tahniah buat ain..mmg cantik n berseri