Monday, December 29, 2014

Izzati & Akhmal Wedding - sehari sebelum

Assalamualaikum

Sehari sebelum majlis nikah, saudara mara dah start berkumpul kat rumah
Saudara belah Terengganu dah sampai, yang dekat pun dah sampai
So aktiviti sehari sebelum adalah mempacking goodies, orang khemah final setup, mengemas apa yang patut, dan berinai kecil




Dok menyembang kat luar tunggu orang jual eskrem lalu haha




Wakil tolong beli eskrem
Yang lain malas bangun sume kat dalam rumah
Baju superman adalah abang long. Orang kuat. Incharge bahagian minuman dan cendol untuk majlis




Model cekenit aku camwhore tak sudah-sudah




Membungkus telur untuk goodie bag




Kakitangan bungkus goodie bag




Baulu ikan untuk goodies jugak




Cekenit aku tu pon menolong jugak hah
Dalam goodies kitorang letak semua sama. Ada Yaasin, baulu ikan, dengan telor rebus
Untuk pihak lelaki je lain sket. Ada tambah coklat hershey's kisses dengan bunga telor




Kerja aku adalah buat hantaran




Berat sama dipikul ringan sama di jinjing, itu konsepnya. Haha





Ni orang kuat kami jugak. Sepupu dari Puchong, Kak Yana
Kak Yana uruskan memasak masa hari nikah, dan uruskan makanan untuk meja beradap masa hari langsung





Orang kuat lagi. Busu din. Adik bongsu baba. Busu punya part masa hari langsung. Busu arrange kan team rewang semua, bahagikan kerja-kerja





Khemah-khemah. Khemah makan ada 9. Ada 2 section. 1 kat sini




1 lagi kat sini. Depan rumah tua weols 




Khemah most wanted. Haha. Khemah dj / karok / kugiran hari langsung
Makan beradap bawah garaj. Orang khemah setting situ




Hari jumaat malam tu plak ada berinai kecil. Pakai inai ramai-ramai
Pengantin nya inai lain la. Inai dari Murni Henna Art (Insta)




Lepas pengantin siap, ramai plak yang hulur tangan nak inai corak. Bayau sendiri eh haha
Aku pakai gak. Pakai inai daun je
Anak-anak buah blender terus daun inai. Jenuh nak menumbuk
Pakat pakai ramai-ramai malam tu









Comel. Just nice. Tak sarat barat sangat la kan

Ok nanti continue lagi. Hari nikah



lets klik !!

13 comments:

Shark Kay said...

majlis cmni paling best,
meriah,
part makan paling best.
nonstop.
hehe..
tema warna pink putih mmg cantik.

aizamia3 said...

Bila ada kenduri besar macam ni seronok dapat jumpa sanak saudara.. ;)

Kakzakie said...

Ewah... seronok gotong-royang kan:)

Kayu Manis said...

meriah sgt ni... mcm nk join jer..
berat sama di jinjing.. jgn curi tulang yr

Daddy Ziyyad said...

Bila time kenduri kawin, mesti ada kelibat penjual aiskrim naik motor kan..hahahaha....mmg mahsyuk la sebab semua budak2 pakat2 kerumun beli

Sham said...

Br sy perasan sepanjang bln ni sy xdapt jmputan kawin pn...mcm pelik je...

Acik Erna said...

Seronok buat kerja ramai2 kan lya

makcikkantin said...

1. Zaman gotong royong (rewang) macam dah tak ada kat sini....

2. Harap2 bila anak makcik nak kawen, boleh buat kat kampung, walau pun guna catering service, at least, ambiance kampung....

3. inai tu sgt cantik lorekan dia

:))...hehe, komen guna point form...tingat masa kerja dulu

nur anis said...

Meriah..seronok rewang macam tu...

Najib Ariyan said...

Salam

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....

fairus said...

hajat di hati memang nak sampai sana.. Tapi apakan daya.. Orang rumah saya masih mabuk-mabuk.. nak bawak berjalan pun susah.. Kuat alahannya, macam pregnant anak-anak yang lepas. sekarang ni pun dia dah ambil cuti tanpa gaji sebulan..

aishah nin said...

Bagai pinang dibelah dua pasangan pengantin. Semoga kekal hingga ke jannah.

Aini, jemputlah menjengah ke blog saya :)

mawar_berduri said...

Inai cantik! kemas je dia buat