Wednesday, December 24, 2014

Izzati & Akhmal Wedding - Welcoming a new member in the family

Assalamualaikum

Alhamdulillah... Alhamdulillah.....Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Ilahi majlis perkahwinan pertama dalam keluarga kami, yakni adik saya, Nur 'Izzati Akmal bt Kamarudin dengan pasangan, Mohd Akhmal bin Kasim telah selesai.

Kami sekeluarga sangat-sangat berterima kasih kepada seluruh kaum keluarga, dari jauh dan dekat yang hadir membantu agar majlis berjalan dengan lancar

(kau mampu ucapan macam menteri menang kerusi parlimen)

Tak ada apa nak cakap. Cuma kitorang sekeluarga sangat-sangat berterima kasih kat semua saudara. You know who you are. So many thanks. Sangat-sangat membantu kami yang pertama kali buat majlis ni. Team rewang family. Ye kami merewang. Kendarat pun pakai family. Alhamdulillah tak kelam kabut. Terurus sebab siap buat meeting wakakaka. Seronok sangat ! Sebab semua sangat supportive, sporting. Kalau tau macam ni punya seronok buat majlis, dari dulu aku kahwin. Eh tetiba sangat haha. Ni kene tunggu la sket nak generate modal balik wiwiwiwiwiwii

So entry ni kira summary la. Tunggu la lepas ni entry adik aku kahwin je ye
Kalau aku yang kahwin, mau setahun aku update hal aku kahwin je *over*




Nikah on 20.12.2014 pukul 5.30pm




adik ku bini orang
aku puas hati make up dia. tak over tak heavy. just nice
pelamin, andaman by Gee Cantik, Masjid Tanah, Melaka




wakakaka tikam diri sendiri
ye weols yang muda belia hari tu pakai flower crown tu
anak buah aku buatkan
masalahnya, orang lain dah bukak flower crown tu
aku punya gila kuasa tak nak bukak langsung
hahahaha konon comel lettew -______-




malamnya ada malam berinai besar
belah-belah melaka ni malam ada berarak. pakai sanggul lintang
ada bunga api buluh, bunga api moden pun ada 





yang adik aku pakai atas kepala tu la namanya sanggul lintang
tapi ni mini punya la. kecik je
ada orang lagi besar kau. sengsara nak berjalan bawak sket punya besar sanggul lintang atas kepala





amboi hover korang ye


Esoknya, Ahad 21.12.2014 majlis besarnya



my cantik sister, dengan flower girl nya si cuk mok anak buah kami si qalesya
pengapit anak buah jugak, ain






flower girl kemain rambut sanggul toncet
suruh baling rose petals haram tak buat
bila dah ramai-ramai tu dia jadi malu plak




amboi uols udang cocok depan mata
makanan untuk meja beradap di masak oleh team memasak makanan beradap diketuai oleh kak yana, sepupu weols


ok sekian summary
bagi edit gambo dulu. gambo dari family photographer pun banyak nak mam
belum official photographer lagi

so minggu ini ke Pontian lah kita untuk majlis bertandang
ada mana-mana orang JDT nak join ? jom jom jom

Bertandang 27.12.2014 (Sabtu)
Lot 1183, Kg. Sg. Durian,
82300 Kukup, Pontian, JDT.



lets klik !!

7 comments:

mawar_berduri said...

Tahniah dik..semoga berkekalan hingga je Jannah....aminnn...cantik la make up tu ..i like :)

Kayu Manis said...

tahniah bt mempelai hingga ke jannah kita..

hijau tema family ye...
kt melaka mmg suka main bunga api ye.. ada juga gi knduri org melaka ni... tekojout den...
tiba2 meletop lotop...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

alhamdulillah... tahniah buat Izzati & suami.. selamat pengantin baru...

makcikkantin said...

Selamat pengantin baru #adiklya.

kenduri ni buat di rumah mmg meriah...tapi....penat juga

Najib Ariyan said...

semoga pengantin berbahagia selama2 nya yer... dan berkeluarga besar nanti hendaknya

aizamia3 said...

teringat kenduri adik ipar awal tahun hari tu.. mak budak yang hover siap request dengan akak ipar nak naik pelamin lagi sekali dengan hubby.. kehkehkeh..

Kakzakie said...

Lambat kakak ke sini.
Kalau kakak tahu ke Sg Durian kakak nak ikut Lya. Sebelum sampai Sg Durian ada jumpa kukup golf resort sebelah kanan, kirinya ada jalan masuk ke Kg Baru itulah kg. kakak Lya:)