Monday, January 26, 2015

Izzati & Akhmal Wedding - Bertandang @ Kukup

Assalamualaikum

Kihkihkih (gelak dulu)
Matik la lama gila tak update. Dah sebulan baru nak update entry bertandang kat Kukup ni
Sekarang busy gilaaaa kat office. Nasib baik tak gila

Ok sambung kisah bertandang ke Kukup
Bertandang seminggu selepas majlis rumah weols
Jumaat, 26/12/2014 pagi, gerak dari Melaka
Dari Melaka 10 kereta.
Hujan sangat lebat sepanjang jalan okeh. Aku memang la mata fail sket kalau nak drive time hujan

Bestnya first sampai daerah Pontian ni. Nak plak Kukup, hujung benua Asia katanya
Sampai around 12pm  ++ gitew. Terus pergi homestay. Rest, makan, membuta kejap. 
Petang semua keluar nak p tanjung piai itu. Katanya ada pesta air
Sekali, taman negara nya tutup uols -_-
Sedih mak di situ. Harapan nak menggedik di penghujung benua asia terbantut





Bergambo kat depan je lah




Esoknya, majlis bersanding belah lelaki
Theyols pakai biru. Weols family tema berterabur. Lalalala





Alhamdulillah cuaca elok tak hujan dah
Oh ye. Masa hari sanding ni, ada group saudara dari sgpore datang jugak meramaikan dan memeriahkan rombongan




Belah kitorang takde silat. Takde yang pandai silat pon haha
Pandai makan je belah kitorang. Lols




Team kompang theyols in green




Bersanding kejap. Takde merenjis. Pastu turun makan beradap





Geletis nya main suap-suap (motif marah di situ. hahaha)
Btw, foods sangat ohsem. Daging beriani sedap gilos
Makanan beradap punya makanan habis di langsai oleh weols
Matik lah orang Kukup cakap, kuat makan orang melaka ni hahaha





Nampak tak muka gembira tu
Kenyang uols. Oh ye ada burasak jugak. Oh yes mereka Bugis
So ada burasak. Macam lemang tapi tawar sket. Orang kata makan dengan asam podeh. Tapi aku makan dengan daging beriani yang super sedap itu




Cuaca hari tu boleh tahan mempaneh ye
Ko tengok aku dok togok air katira. Kemain togok ye. Sedap gilo
Berapa kali aku refill ntah hahaha





Iols sekarang dah pandai pakai shawal (tetiba)
Walaupun macam tak siap je rupa. mihihihihi





Mama baba dengan anak menantu




Us. Tak complete. Group lelaki maskulin lambat sangat makan tak sudah-sudah
Alhamdulillah. Selesai sudah majlis.
Sekarang tunggu next majlis pulak
Krik krik krik krik



lets klik !!

14 comments:

Kayu Manis said...

Assalamualaikum lya
knor dh sampai kukup, gi tgkap ikan lps... tu msk.. mkn seafood.. nyman jer.. sambil naik sampan...

semlm knor pg melaka solok duku... terus ingat lya, ingat nk pg rmh lya... hihi... yelh tu.

meriah majlisnya ye

Nur Inani said...

barakallah pengantin. moga kekal ke syorga :D jemput join segmen saya awak :D

Aziela said...

Cantik2nya gambar. Eh, masa pesta air ni, akak ada juga ke sana tau... Entah2 sama timing dikk. Akak pergi sampai ke pasar malam tau nak cari burasak, tapi nan hado...uwaaa...sodih.

Allene ALineWorks said...

cantik pengantinnya...

Acik Erna said...

air katira lya..acik pun suka..kalau bulan puasa je ada orang jual air katira ni kat tempat acik..tapi nak jumpa yang sedap susah..kalau dapat yang sedap memang kesitu je la acik pi beli

NM03 said...

selamat pengantin baru wat mereka...

akak tggu kamu pulak... kalu jemput terasa nak menghadiri... ahaksss

Kakzakie said...

Dah kata org kampung kakak so kakak do peratilah satu-satu muka manalah tahu ada yg kakak kenal, tapi tak adalah pulak hihi...

Kakak semalam baru balik dari kukup tau..

makcikkantin said...

1. Air katira...pernah dengar tak pernah minum.....mula dengar dok bayang ketum hahahah

2. bestnya kenduri kat kampung...makcik berangan anak kawin nanti buat kat kampung...a simple, kampung style

Najib Ariyan said...

Salam.... lama dulu saya pernah pegi kukup and tanjung piai tu pun tutup... skrg pun tutup lagi... agaknya diorang memang tak pernah bukak lagi....

kat Johor mmg selalu pakai sedondon satu family... hmmm kenduri kawin ada burasak... lecehnya nak buat tu... lagi kalau banyak2... tolong makan boleh lah...

and silat tu wajib ada... saja untuk majlis... saya sedara mara ramai orang johor...

kenapa yer takder merenjis tu... tu kan adat jer.. kalau tak sayang jer buat pelamin mahal2, just duduk sekejap jer...

wellll tempat orang kan... apa nak buat... hehehe

Dr Singa said...

comelnya dak doktor tu!
dan warna baju perantinnya!!!!!!

ko ambik tak resepi air kathira!?
sedap kan!!??
kat johor je kathira nya asli rasanya..
kalau beli kat negeri lain.. hampeh!!

Anisah Abdullah said...

selamat pengantin baru buat pengantin..

meriahnya..

Daddy Ziyyad said...

Hahahah...jgn kutuk geletis2 main suap suap..nanti awak kawin pun, akan disuruh oleh photographer utk pose suap suap tu tauu...hahaha

Next time gi la ke Tg Piai tu...

nur anis said...

meriahh..ni yang best kalau kenduri kat kampung..:)

LYAfrina said...

meriah rombongan pengantin tu..
alhamdulillah..semua dh selesai n bjln lancar..c
antik kombinasi warna baju pgantin tu