Thursday, January 8, 2015

Izzati & Akhmal Wedding - Hari Bersanding

Assalamualaikum

Sementara tunggu kawan aku masak maggi untuk lunch ni, baik aku up entry hari bersanding besar adik aku tu

So majlis nya hari ahad, 21.12.2014

Menu kenduri hari tu adalah nasi minyak/nasi putih, rendang daging, gerang asam tetel/tulang, ayam goreng berempah, kari terung & ikan masin, acar. Kuih muih. Tapai pulut. Cendol. Air asam boi.

Konsep (motif nak konsep bagai), adalah rewang. Team memasak merewang kat belakang rumah. Masa tengah malam berinai tu team diorang dah start kat belakang rumah. Kendarat pulak, family members. Yang pakai baju tshirt pink tu adalah team rewang. Mula-mula takut jugak tak terhandle. Tapi alhamdulillah, berkat pengurusan sistematik pak-pak sedara hahaha, syukur tak kelam-kabut. 

Warna tema, pink.




Jemput masuk uolss




Tshirt merewang yang beli kat adik ipau punya kawan kat batu pahat
RM 9.90 each
Warna pilihan ikut tema, pink





Kumpulan kugiran, Briged Seni Melaka
Best. Stok lagu old skool punya. Off course baba pilih haha





karpet merah menyambut ketibaan tetamu
bunga manggar punah di tiup angin haha





meja guest book.
seriously aku pening kepala cari tempat. sebab seluruh kawasan rumah dah penuh khemah makan
maka aku menyelit kat khemah menyambut tetamu haha




guest book officemate buatkan
aku beli barang. dia buat. upah = belanja makan hahaha
comel kan. suka suka suka




candy table pon menyelit kat khemah menyambut tetamu
takde makanan gempak2 pon. biasa2 je
choki2, lollypop, candy yang berbagai jenis aku tak tau apa nama ntah
jajan-jajan
ada la marshmallow dengan hershey's choc syrup tu
jadi lah. nak bagi budak-budak happy kan 




ini budak 2 orang ada kerja tetap
baju merah tukang pegang veil perantin
si kecik aku tu siap gown, flower girl



kek aku tempah kat Dakmiera Bakery (insta)
Aku sukaaaaaaaaaaaaaa gila kek dia
Aku just bagi gambo. And ini hasil dia. Semua orang suka
Bunga atas tu. Aku pakai fresh flower
Bilik pengantin ada lily fresh. Aku rembat la 1 letak atas kek haha




Makanan meja beradap by team sepupu yang dianggotai seramai 4-5 orang aku tak sure
Memang diorang kat dapur settle kan makanan beradap

Kitorang takde udang panjat nenas. Udang dan telur puyuh cucuk nenas. Hihi




Ayam golek tertonggeng namanya
Sedap hoih. Kenduri habis je, apa lagi memasing pakat kekahkan ayam la haha
Diorang buat 4 set hidangan beradap. Ada lebih mari settle kan




Tak tau ni masak apa. Hati dengan paru lembu. Macam masak kicap. Tapi sodap gilooo kauuu
Dapat makan sket je. Sebab menjadi permintaan orang kat dapo




Ni rendang kenduri tu. Dorang letak bunga deco je
Gimana ya buat bunga itu jadi begitu. Kalau tangan aku yang buat, memang fail





Ce cari mana aku mana scallop haha
First time pakai shawl. Pitamm melilit
Bukan aku lilit. Anak buah aku. Tak reti aku nak melilit sendiri ni
Nama aku nak pakai sendiri, orang dah habis bersanding aku tak sudah-sudah melilit




Team minuman dan cendol seksyen 1 
Amboih ada seksyen plak




Cendol seksyen 2
Amboi adik bujang ite tuuu songkok dah terbang





Pengantin yang di rai




Dengan pak andak dari terengganu





Ko tengok flower girl aku tu menyelit celah lain
Dia tetiba menjadi pemalu 





Pastu taknak tabur rose petals tu sebab malu
Caittttt !




Duduk bersanding lalalalala





Team kompang yang sama dengan malam berinai. Memang best




Alhamdulillah selesai sudah majlis belah Melaka. Sangat berterima kasih pada semuaaaaaaaa kaum keluarga, jiran-jiran yang membantu dan sama-sama memeriahkan majlis

Ok nanti continue majlis belah JDT pulak ye


lets klik !!

19 comments:

Dr Singa said...

nak berkenalan dengan adik kompang berspek itam tu boleh??

MissNadia said...

cantik pengantin.. N suka pink :D

Acik Erna said...

sedap2 nampak lauk pengantin tu leya..pengantin dapat makan tak tu

Aziela said...

Baguslah rewang kat situ yer. Tersusun semuanya....

mun said...

cantikkknyaaa... berkenan plak kite nengok...

bestnya org kampung dapat wat rewang..
majlis moon nnt kena wat kat KL.. umah flat..xleh wat rewang.. katering je la jawabnya...

Nur Inani said...

cantiknyaa pengantin. barakallah. moga kekal ke syurga. sumpah terliur tengok ayam tuu. hahaha :P

Ain Noraini said...

tahniah..semoga bahagia sehingga akhir hayat..dan dikurniakan anak2 yg comel2 dan taad kpd perintah Allah..inya shaa Allah...

tetiba teringat pulokkk masa kak ain punya majlis kahwin dulu punya duluuuuu..hahhaah...dah berzaman berlalu...

Najib Ariyan said...

fuyoooo... rasanya dah lama sangat tak gi kat kenduri kahwin ni... best nya tengok ayam golek tu... lagi konsep rewang memang wujud dari dulu sampai sekarang kalau kat JDT... tempat lain tak berapa tahu yek... tapi gitu2 pun ada banyak jugak yg dah pakai catering nih... yer kan?

makcikkantin said...

memang best buat kat kampung kan...luas, cuma kampung makcik pun susah nak rewang/gotong royong ni......

mawar_berduri said...

wah..good job wedding planner ..so nice! Semoga berkekalan hingga ke Jannah ye ..amin

wahida said...

meriah giler kenduri adik ko ni...
aku suka la tgk kek yg ko order tu..serius cantik...

kelakar pulak flower girl alih2 jadi pemalu..sabo je la...hahaha...

Papaglamz said...

Pink belacan santek.. Senanye dlm byk2 story n picture. Yg pling menarik ialah pasal faz tunggu maggie tu.. Hehehe
Papaglamz singgah n follow faz. Jom terjah Papaglamz.

www.papaglamz.com

Azian Elias said...

meriahnya majlis..

candy booth tu dah jadi trend kan..yg suka pasti kids..

anajingga said...

meriah dan cantik semuanya, tema pink yang sejuk mata memandang, singgah malam ke sini,:)

Nooriah Abdullah said...

kaknoor singgah follow tengok majlis kawin dan makannan yg sedap2 ni

LYAfrina said...

waa.. serba pink..
majlis nampak meriah...
cantik..
mekap pgantin pon sgt cantik

Papaglamz said...

Jom la join GA Papaglamz..
RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

eelobor said...

setiap kali baca entri berkaitan pernikahan/pertunangan, rasa sekejap jer masa berlalu dalam hidup

nur anis said...

pink sana pink sini..comelll...