Tuesday, January 6, 2015

Izzati & Akhmal Wedding - Malam Berinai

Assalamualaikum

Berjanggut la nak tunggu aku habiskan episod adikku kahwin ni
So kita sambung dengan malam berinai
Malam berinai after Isya
Antara Maghrib dengan Isya tu ada group Marhaban dari masjid
Petang lepas nikah tu ada persalinan
Persalinan yang tukar-tukar baju tu
No photo. Petang tu aku dah transform jadi mak lampir. Macam-macam benda buat. Sampai budak photog tegur aku, "akak tadi ayu2 je pakai bunga atas kepala, dah petang2 dah transform ye kak"
wahahaha haree tau

So right after Isya, not exactly after Isya pon, lambat sket. Around 9.00pm ++ baru berarak
Gambar dari family photog tak banyak sangat untuk malam tu
Sebab dah kemana-mana buat kerja kan. Tunggu yang dari official photog la

Menu hidangan malam tu. Aishhh. Aku langsung takde amik gambar makanan tau sepanjang event tu
Biasanya aku ni pantang. Tapi ni dah majlis rumah sendiri, handphone ntah ke mana-mana
Aku harap official photog kitorang ada amik gambo makanan. Kalau ada la. Hahahaha

Menu malam tu, sup tulang temulang gearbox bla2. Sebab kitorang tumbang lembu. Tulang apa lagi buat sup la. Selain sup tulang, ada ubi rebus dan sambal bilis, dan cekodok bilis. Kau mampu kenduri malam berinai makan cekodok. Only in Melaka. Hahahaha. Tapi lesap kau semua. Cekodok aku mampu makan 2 ketol je tsk tsk. Dah la sedap gilo dorang goreng panas-panas. Congrats team cekodok bilis. Laku cekodok uols hahaha



Tradisi belah sini malam berinai bersanggul lintang
Sanggul lintang adik aku pakai ni mini je
Ada lagi beso. Yang stok nak jalan pon berhati-hati takut kepala tersembam
Adik aku kata sakit gila pakai sanggul lintang tu. Sebab betul-betul cengkam kepala




Bunga api buluh tradisional. Mama beli 10. Aku pon wonder macam mana nak bakau sampai 10 tu
Semangat mak aku
Dah tu idea bapak aku pulak, lampu gasolin tu. Ada pulak tukang bawak lampu gasolin tu haha
Tapi suka la. Macam klasik kan. Actually lampu gasolin tu gantung kiri kanan entrance nak ke majlis
Time berarak dorang angkat la
Arrangement semua by pak mukim. Pak mukim tu kira macam ketua kawasan la. Abang kawasan pon ye gak haha





Lepas bunga api buluh, ada jugak bunga api moden malam tahun baru tu
Kemain banyak das. Aku tak snap photo. Sebab asyik sangat. Hahahaha






Aku suka songket. Cantik and classic look
Harus la aku yang pilih kan hahaha




Team kompang pon sangat best. Team kompang ni budak-budak sekolah mama mengajar
Kompang joget-joget, lagu best-best kau
Bersahut-sahut kompang dia




Amboi suka siap good good kau ye




Hamboih siap posing *kaklong dengki hahaha*





Penyanyi undangan khas sempat mendendangkan 3 buah lagu je. Lagu Selamat Pengantin Baru, Syurga Idaman dan Senggol-senggolan cubit-cubitan *amboih lagu tak mengagak*

Penyanyi undangan khas terpaksa bersaing dengan penyanyi jemputan lain *stress mak* hahahaha




Pelamin yang aku sangat puas hati
Nampak tak. Wedding adik aku. Pelamin kene puaskan hati aku hahaha
Minimal flowers, tak payah banyak-banyak. Nak amik gambo ramai-ramai kang payah, Serabut je kang
Kitorang ni dah la bukan kecik-kecik semua





Takde gambo ramai-ramai pon. Ni je yang menggeletis nak amik gambo
Kalau semuaaaaaaaaa naik kat stage, ada can aku kene ganti platform orang khemah hahaha

So nanti kita sambung majlis sanding ye
Tak tau bila. Tunggu aku rajin. Haha



lets klik !!

16 comments:

Dr Singa said...

hamboiiii kak long!!!!!!


bunga api gitu susah nak cari sekarang!

joget lambak tak de?

nur anis said...

Klasik..best je tengok...meriah dengan mercun lagi..

Allene ALineWorks said...

bunga api tu, rare sangat tau...

Kayu Manis said...

sangul lintang knor pun pkai juga masa kwin dolo2.. dulu2la..
sibuk2smpt juga nyanyi tu...hihi.. lps sikit pnat tu.. ye idak lya

Daddy Ziyyad said...

peerrrghhhh.siap bunga api :)

Make sure masa awak kahwin nanti, giliran adik awak tu pulak jadi mak lampir berhempas pulas menolong tauuu :P

mawar_berduri said...

cantiknya sanggul lintang ! ....x merasa iolss nak pakai sanggul lintang gitew ..huhu

Aziela said...

Wuaaa...meriahnyaaaa. Bestnyaaaa. Kecik ati tau...apsal tak ajak akak. Nak makan cekodok bilis tu...huhuhuhuu.

songket cantik dikk. Nampak ayuu sangat. Pelamin pun cantik... Ini macam costly jer nie... berbaloi la kan..

aishah nin said...

Alhamdulillah! Meriah sungguh :)

Kakzakie said...

Betul-betul meriahlah Lya. Beruntunglah jadi org pertama menikah dlm family - semua exited:)

wahida said...

meraih giler noks...aku suka tgk ada mercun...paling rare makan cekodok mlm berinai!! terbaiklah!!

aku dulu pun malam berinai pakai songket...
songket memang cantik, tak telan dek zaman, klasik tapi sgt cantik!

fairus said...

Meriah sungguh majlisnya..

mardiana abu darin said...

Kahkah...lawak tul? Awat kakak pulak yg terover ni?

Wahai kakak next entry jgn Lupe...I'm waiting

Gentleman Frog said...

fuh pengapit pun vogue!!!



http://toadjitsu.blogspot.com/2015/01/kartunis-hina-nabi-muhammad-ditembak.html

anajingga said...

pakaian tradisional melaka rasanya yang dipakai adik faz kan, sangat cantik dan unik.. :)

LYAfrina said...

meriahnya..
siap ada main bunga api lg

Papaglamz said...

Jom la join GA Papaglamz..
RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ